ASB Loan Vs Asb biasa | ni topik hangat dari dulu kini dan selamanya. Aku dulu bertahun mengkaji kebaikan ASB laon ni sebelum decide untuk ambik. Kakak aku yang kerja bank dah promote dari tahun 2005 kut tapi aku tak ambik. Salah seorang kakak aku pulak amik dengan bank rimau around tahun 2007 tapi dia claim masa tu rugi gila.
Table Of Content
- Korang kena paham Beza Saham Dan Unit Trust
- Fahami ASB vs ASBF juga.
- Apa itu pelaburan ASB?
- Kelebihan dan kekurangan ASB Loan Vs Asb
- Kelebihan ASB Loan
- Kelemahan ASB Loan
- Kelebihan ASB Biasa
- Kelemahan ASB Biasa
- BIla masa yang sesuai untuk mohon ASB Loan ?
- Berapa amount yang sesuai untuk apply ASBF?
- Tepuk dada tanya selera
Disebabkan itu teruslah aku fobia nak faham ASB loan ini
Tapi… tahun 2015 aku decide nak ambik ASB loan nih
haa… mestilah ada sebabkan.
Dari tahun 2000 semenjak aku kerja without fail aku masuk ASB sebanyak RM500.00 yer, potong gaji je senang, tutup mata. Orang kata itulah teknik bayar untuk diri sendiri. Lepas tu baru pikir nak belanja.
Selepas aku dengar Talk Khairul Ezuwan dan faham perbezaan keduanya itu yang aku decide ambik jugak ASBF nih berjumlah RM200k dengan komitmen RM1120.00 selama 25 tahun sebab faktor umur aku yer.
Tapi suka aku nak ingatkan disini sebaiknya korang ada basket simpanan yang berbeza, aku juga simpan di unit trust, tabung haji dan PUblic GOld. Lain tempat lain game lain objektif
Panjang lebar juga aku tulis pasal ASB Vs Unit Trust so pergilah baca.
Korang kena paham Beza Saham Dan Unit Trust
Pelaburan saham bermaksud pegangan hak milik sesebuah syarikat yang boleh anda dapatkan dengan membeli saham dari syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh Bursa Malaysia. Alaa yang korang nampak graf turun naik tu. Ramai kawan kawan aku beli menggunakan apps di handphone sahaja. Zaman dahulu mesti melalui remiser
Manakala Unit Trust atau Unit Amanah pula ditakrifkan sebagai suatu dana yang dikumpulkan dari pelabur-pelabur untuk membeli pelbagai portfolio aset yang diuruskan oleh pengurus dana atau fund manager yang dilantik dari kalangan profesional. Antaranya seperti public mutual.
Dalam erti kata lain dalam saham anda MEMBELI pemilikan secara terus dari sesebuah syarikat. Manakala Unit Trust, anda melabur ke dalam kumpulan DANA yang diuruskan oleh pengurus dana profesional untuk MEMBELI pemilikan syarikat bagi pihak anda.
Fahami ASB vs ASBF juga.
Apa apa pun untuk orang yang decide nak buat ASBF or biasa kena faham apa itu
- Asb
- Asbf
- Asb Tanpa takaful,
- Asb dengan takaful,
- Teknik compounding,
- Teknik rolling
- Maksimumkan atau pendek tahun pinjaman
Paling penting Apa target korang main asbf ?
Apa itu pelaburan ASB?
ASB merujuk kepada Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dikhaskan kepada orang Melayu dan bumiputera. Sebelum model pinjaman ASB diperkenal dan dipopularkan beberapa tahun kebelakangan ini, model pelaburan ASB menjadi antara pilihan kebanyakkan individu sebagai platform simpanan jangka panjang.
Kelebihan dan kekurangan ASB Loan Vs Asb
Kelebihan ASB Loan
- Keuntungan Jangka Panjang. Long Term. lagi panjang lagi bagus dan komitmen bulanan pun rendah. Untung orang yang amik masa muda muda
- Yang Kaki Boros. Mentaliti Jenis Tak Boleh Simpan Duit. Ya Sesuai Asb Loan.
- Keuntungan yang berlipat ganda untuk yang buat teknik compounding vs teknik rolling. Teknik compounding ini adalah orang tidak amik dividen yang dapat setiap tahun.
Kelemahan ASB Loan
- Sekiranya ada kecemasan emergecy kes sakit demam. Accident. Cth melibatkan nyawa. Perlukan duit segera. Agak sukar payah nak keluarkan duit . limit RM5000 sahaja untuk sekali keluar. Itupun 2 kali dalam sebulan
- Masalah untuk orang gaji kecik buat asb loan. akan timbul masalah untuk buat loan lain seperti kereta. Banyak kes loan Rumah tidak lepas.
- Disebabkan komitmen tinggi masalah untuk reward diri sendiri seperti makan sedap mahal. Nak beli barang yg kita suka takde duit. Hilang kenikmatan hidup dalam average 20 – 65tahun tersekat.
- Dah tua baru merasa nikmat duit itu. Dah tua xde rasa nikmat macam muda dulu dulu sebab Jika pilih asb loan long term
Bank Cukup Suka Beri Hutang dan Bank survive dengan makan Interest. Mestilah Pujuk Anda. Kata Asb Loan Bagus. Sebab Dia Pun Akan Dapat Profit. Dan Bank Tak Suka Customer Dia Batal Sijil Asb sebab hilanglah Income bank.
Kelebihan ASB Biasa
- Boleh Simpan Seperti Biasa Takde Gangguan. Bebas Berapa Kita Nak Simpan. Hujung Tahun Dapat Keuntungan 100%
- Setiap Bulan Tak Payah Pening Fikir Loan samada nak kena top up atau bagaimana
Kelemahan ASB Biasa
- Mentaliti Tak Kuat banyak kes yang terguna Duit Itu
- Hari Minggu Offf Kaunter Tak Buka
- Keuntungan tidak berlipat ganda bandi dengan ASBF
So korang yang mana? kalau korang jenis kental memang berbaloi ambik ASB loan, tips untuk korang tak kacau adalah diversified kan simpanan / investment korang. contoh simpan lah di tabung haji juga. Jadi apa-apa masalah korang boleh kacau duit disitu
BIla masa yang sesuai untuk mohon ASB Loan ?
Waktu yang paling sesuai ialah bila kita dah ready. Sebab ASBF ni nak kena bagi komitmen bayaran setiap bulan.
Ada jugak yang tak boleh nak commit bulan-bulan, tapi ada simpanan. Mereka ini memang sesuai kalau nak gunakan ASBF untuk kembangkan simpanan mereka 3 kali ganda dalam masa 5 tahun sahaja. Tapi kena ikut strategi yang betul.
Berapa amount yang sesuai untuk apply ASBF?
Berapa amount yang sesuai perlu tengok kepada bajet sendiri. Jumlah simpanan bulanan perlulah ikut kemampuan dan keselesaan sendiri. Contoh situasi:
1. Abu mampu simpan bulanan RM400. – Apply ASBF 100K
2. Ali mampu simpan bulanan RM600. – Apply ASBF 150K
3. Ajib mampu simpan bulanan RM800 – Apply ASBF 200K
4. Leman – Mampu simpan bulanan RM200. Tapi ada simpanan cash RM5,000. – Apply ASBF 150K ( 50k compounding, 100k rolling dividen) Teknik Hybrid berlaku serentak.
5. Husin – Tak mampu simpan bulanan. Tapi ada simpanan cash RM10,000. – Apply ASBF 200k teknik rolling dividen.
Tepuk dada tanya selera
Jadi, bergantung kepada situasi dan kemampuan masing-masing. Dalam keadaan sekaarang Tabung haji, ASB dan EPF sahaja yang selamat. Krpto, saham dan emas juga merudum.
cuma sekarang makin ramai was-was bila mana OPR naik. interest naik. especially yang buat teknik rolling.
Suka baca sharing kak azni bab bab kewangan ini. Dapat tambah ilmu sama.
hehhe yer kak azni suka study bab ni, hahaha tapi tulah kena luahkan .