Cara keluarkan duit tabung haji secara online

Cara keluarkan duit tabung haji | Tabung haji biasanya akan umumkan dividen dalam bulan 2 atau Februari. Antara tempat yang boleh elak nak pergi adalah tabung haji, hahaha agak slow aku rasa. Penat menunggu kalau pergi ke HQ atau cawanganya. Mungkin disebabkan pelanggan utama banyak orang tua jadi komunikasi di kaunter menjadi agak slow.

Dividen untuk Tabung Haji ni. pun not bad kan, hati pun tenang sebab dah siap zakat. Lapang pikir bab-bab ni. ehhehe macam ni lah orang tua, semua nak tenang-tenang jer.

Jadi Selain daripada transaksi di kaunter cawangan TH, kaunter cawangan bank serta di mesin ATM, kita juga boleh melakukan transaksi ini secara atas talian atau online.

Tetapi!!!

Aku memang kesian tengok orang tua yang menunggu sampai mengantuk di Tabung Haji. Kalau pergi HQ memang campur dengan segala urusan termasuklah nak bukak akaun kanak-kanak.

Dilema juga kan , orang tua bukannya reti bab online online semua nih .

Tapi aku rasa dah ramai orang tua ada hp, apa kata anak-anak tolong setup kan untuk ayah, mak korang. Eh tapi ada sahaja kawan ofis aku pun tak ada link, hahahah so conclussionnya adalah sikap berlengah

Apa kata orang jadi orang yang lebih effisien. Benda semua di hujung jari sekarang. Masa yang ada boleh alh buat benda lain.

Langkah Utama untuk keluarkan duit secara online

Pertama sekali, anda perlu membuat link kan, akaun perbankan internet/atas talian (online banking) di mana-mana laman web rakan strategik TH terlebih dahulu, iaitu Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan juga CIMB. Laman rasmi untuk setiap rakan strategik TH seperti

  • Maybank – Maybank2U
  • CIMB – CIMB Clicks
  • Bank Rakyat – i-Rakyat
  • Bank Islam – Bank Islam IB

Mula mula mungkin agak rasa susah, tapi senang sebenarnya . Selain masuk ke dalam website Thajri, kita boleh tengok balance atau statement akaun tabung haji. Orang tua mungkin lebih selesa dan yakin kalau buat tranksaksi secara fizikal, tetapi untuk orang muda dan biasa guna perbankan internet lebih baik kita menggunakan medium yang ada nih .

BACA : Sunat Isyraq umpama mengerjakan haji

Sekiranya login menggunakan platform Maybank2u, boleh terus masuk ke bahagian menu WEALTH seperti imej dibawah. Tekan “make a transfer” dah boleh masuk ke dalam akaun yang kita pilih

Cara keluarkan duit tabung haji

Cara keluarkan duit tabung haji step by step

  1. Pastikan anda telah mencipta akaun Maybank2U anda untuk melakukan sebarang transaksi secara online, dan juga pastikan akaun Maybank2U anda telah link dengan akaun Tabung Haji anda
  2. Pergi ke laman rasmi Maybank2U, login ke akaun anda dan masukkan password.
  3. Kemudian, cari butang PAY & TRANSFER  atau WEALTH yang terdapat di bahagian atas laman atas Tekan butang tersebut.
  4. Pada laman seterusnya, pada ruangan Transfer From, dalam kotak pilihan, pilih Tabung Haji Account.
  5. Pada ruangan Transfer To, dalam kotak pilihan, pilih Own Accounts.
  6. Pada kotak terbawah, tandakan pada pilihan Savings Account-I (disertakan dengan nombor akaun Maybank)
  7. Seterusnya, sebuah notification box akan keluar. Pada ruangan Transfer Amount, masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada akaun TH.
  8. Pada ruangan Reference, masukkan rujukan jika perlu.
  9. Tekan butang Transfer
  10. Request untuk nombor TAC, yang akan diterima di dalam telefon bimbit anda, masukkan nombor TAC tersebut.
  11. Sahkan transaksi anda
  12. Transaksi anda selesai.

 Jika anda mahu buat pemindahan sebanyak RM3000, anda perlu melakukan pemindahan RM1000 sebanyak 3 kali pindahan. (akan ada charge di sini)

Berbanding dengan ASB had limit adalah RM1000 dalam satu bulan, sekiranya ada duit lebihan lebih dan untuk mudah untuk mencairkannya aku pilih tabung haji.

Tarikh keluar dividen Tabung Haji

Mungkin ada antara anda yang sudah buat pengiraan dividen Tabung Haji sendiri. Walau bagaimanapun, tarikh keluar dividen masih lagi belum ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Tabung Haji.

Bonus atau hibah untuk tahun 2020, akan diumumkan pada tahun 2021, moga tahun ini dividen tabung haji lebih baik dari ASB

One Response

  1. MOHD MUA'ZAM BIN MOHD NAWAWI January 16, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!