Jom pi AEON Mall KL Midtown ! Bila dah berumur ni saya memang agak cerewet sikit bila nak pilih tempat untuk bawa famili bersiar. Paling utama, tempat itu mestilah selesa, selamat, dan yang paling penting ada elemen kehijauan. Macam tak percaya kan, tapi itulah saya nak rasa tenang tapi nak jugak cuci mata hahah. Kadangkala hujung minggu ni, naik penat juga kalau asyik bawa anak-anak terperap di tempat yang penuh dengan bangunan konkrit. Sebab itulah bila dengar cerita tentang pusat beli-belah baharu, perkara pertama yang saya akan tengok ialah macam mana mereka jaga aspek kelestarian alam.
Table Of Content
Hari ni saya teruja sangat nak share dengan korang semua tentang spembukaan AEON Mall KL Midtown! Menjelang tarikh pembukaannya kepada umum pada 5 November 2026, pihak AEON CO. (M) BHD. dah pun memulakan langkah awal yang memang terbaiklah, melalui Program AEON Hometown Forest. Kalau tak silap setiap kali mall baru dibuka memang inilah aktiviti utama AEON.

Menyemai Rasa Cinta Pada Alam Melalui AEON Mall KL Midtown
Apa yang buatkan saya terharu dengan program ni, mereka tak buat kerja setengah jalan. Kira-kira 1,500 pokok renek telah ditanam sebagai sebahagian daripada landskap di sekitar kawasan pusat beli-belah tersebut. Yang lagi best, program ni bukan sekadar formaliti, tapi ia melibatkan komuniti secara langsung!
Seramai lebih kurang 150 peserta turun padang. Antaranya termasuklah 30 adik-adik murid dari The Japanese School of Kuala Lumpur, barisan Ahli Lembaga Pengarah AEON, staf-staf AEON sendiri, dan juga penduduk setempat. Seronok betul tengok bila anak-anak muda dan masyarakat berganding bahu menanam pokok demi masa depan bumi yang lebih hijau. Kami sebagai blogger dijemput untuk sama-sama menyaksikan aktiviti ini dan bersam-sama menanam pokok-pokok.
Usaha ni sebenarnya selari dengan falsafah AEON yang sentiasa utamakan keharmonian dengan pelanggan, hormat-menghormati sesama manusia, dan sentiasa nak sumbang balik kepada masyarakat. Sebagai mak-mak ni, kita memang suka kalau anak-anak dididik terdedah dengan aktiviti luar macam ni sejak kecil.

Reka Bentuk Moden Tapi Tetap Mesra Alam
Pokok-pokok yang ditanam ni bukan sekadar nak buat penyeri mata memandang tau, tapi memang dirancang untuk beri suasana yang nyaman dan sejuk untuk pengunjung. Hebatnya, ciri-ciri kelestarian ni memang dah diserapkan terus sejak dari fasa pembinaan AEON Mall KL Midtown lagi.
Untuk pengetahuan korang, bangunan pusat beli-belah ni berjaya merangkul pensijilan GreenRE Gold! Antara kelebihan yang ada di sini termasuklah:
- Sistem Penyejukan Cekap Tenaga: Boleh pastikan kita selesa berjalan-jalan tanpa rasa bahang, dalam masa sama jimat tenaga.
- Sistem Penuaian Air Hujan & Alat Penjimatan Air: Langkah bijak untuk kurangkan pembaziran sumber air.
- Taman Linear Atas Bumbung Seluas 1.5 Ekar: Haa, ni yang paling saya ‘favourite’! Ada ruang taman hijau yang luas di atas bumbung bangunan, betul-betul di tengah bandar.
Bila ada taman seluas 1.5 ekar ni, tak adalah penat sangat nak layan anak-anak. Boleh lepaskan mereka main sambil kita ambil angin petang yang segar.

AEON Mall KL Midtown, Lebih Dari Sekadar Tempat Shopping Biasa
Melalui pelbagai inisiatif hijau ni, saya nampak pihak AEON betul-betul nak jadikan AEON Mall KL Midtown sebagai satu destinasi yang lebih bermakna. Bukan sekadar tempat untuk shopping barang dapur atau pakaian, tapi ia jadi pusat komuniti di mana kita boleh berkumpul, habiskan masa cuti bersama keluarga, dan dekatkan diri semula dengan alam semulajadi.
Usaha berterusan seperti Program AEON Hometown Forest ni membuktikan komitmen yang serius dalam memastikan pembangunan bandar seiring dengan penjagaan alam sekitar.
5 November 2026, Opening day
Lebih menarik, sempena pembukaan ini dari 5 November 2026 hingga 11 Februari 2027, anda berpeluang menyertai peraduan ‘Drive Your Dream’ untuk memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz A200 Progressive Line dengan berbelanja minimum RM300! Peminat watak comel Jepun juga boleh menantikan pop-up Sumikko Gurashi pertama di Malaysia bermula 13 November 2026. Bagi memudahkan perjalanan, pihak AEON turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma Mobi Connect selama sebulan khusus untuk ahli AEON dari stesen MRT Sentul Barat.
Jangan lupa tanda kalendar siap-siap tau! Pembukaan rasmi AEON Mall KL Midtown akan bermula pada 5 November 2026. Jom nanti kita sama-sama terjah dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah dalam suasana yang lebih hijau, moden dan menenangkan!
No Comment! Be the first one.