ASB atau Unit Trust? 𝗨nit trust sama ke macam 𝗔𝗦𝗕 ?

ASB atau Unit Trust. Haa peningkan nak simpan kat mana. Yang penting semua orang nak untung tapi tak nak rugi. Yang pasti setiap tahun kita semua ternanti-nati ASB DIviden kan?

Korang betul betul tahu ker perbezaan asb dan unit trust ni ?

ASB adalah antara pilihan yang ramai orang akan laburkan dan kembangkan duit untuk capai objektif kewangan masing-masing. Alhamdulillah dah ramai dah mula sedar untuk mencari tempat pelaburan yang terbaik untuk pastikan wang pelaburan berkerja lebih keras untuk beri pulangan yang lebih baik.

ASB adalah satu instrumen yang selamat sebab dibawah kerajaan.

Kalau tanya mana mana sifu kewangan pun, mereka akan advice pastikan ada simpanan di ASB dan tabung haji. Selepas tu boleh buat investmen di UNit Trust, Pasaran Saham, Hartanah, Emas dan Kryptocurrency

Aku bukan risk taker, jadi hahahah aku sentuh semua sikit sikit dan aku lebih yakin kesemua di atas melainkan Pasaran Saham sebab aku tak pandai.

Tips pertama kalau nak trade sendiri . Emosi kena tenang. Kalau cepat gelabah, tak sesuai. hahah akulah tu. Akan dapat lebih loss dari profit Tak reti tenang, invest unit trust. Fokus je kerja hakiki. Biar Fund Manager uruskan dana anda

Yang paling jauh aku boleh pergi pun IPO. aku ni nak tenang2 sahaja.

Tapi apa pun pelaburan yang hangpa buat, jangan lupa zakat naaa..

BACA : Perancangan Persaraan Secara Minimalist


π—£π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗑 𝗔𝗦𝗕 & π—¨π—‘π—œπ—§ 𝗧π—₯𝗨𝗦𝗧.

ASB sebenarnya unit trust juga dan nampaknya ramai yang tak tahu ni.

Bagaimana konsepnya ?

Simple, letak duit. Dan duit kita akan digunakan untuk pelaburan dalam saham tertentu. Dan kita akan dapat pulangannya nanti. Tak perlu hariΒ² tengok graf dan sbg. Untuk orang yang tak berapa pandai macam aku, memang kena masuk ASB dan UNIT TUST

Lagipun aku rasa aku ada masalah anixiety kut hahha, cuak tak abis

  • ASB ditadbir oleh satu syarikat unit trust yang dipanggil PERMODALAN Nasional Berhad (PNB).
  • Selain ASB , pelabur juga boleh pilih fund-fund lain yang ditadbir PNB. Contohnya ASB 2 dan ASM.
  • Struktur ni sama je dengan Public Mutual.
  • Public Mutual ni juga syarikat unit trust yang menjaga dan mengurus banyak fund.
  • Ada lebih 100 fund dibawah jagaan Public Mutual.
  • Cuma yang patuh syariah, ada 40 lebih sahaja.
  • Pelabur boleh memilih dan melaburkan duit ke dalam fund-fund di bawah Public Mutual ni.
ASB atau Unit Trust

Perbezaan asb dan unit trust

Perbezaan utama yang paling obvious adalah PNB dimiliki kerajaan Malaysia. Untuk Public Mutual, ia dimiliki syarikat swasta iaitu PUBLIC BANK sendiri. Disebabkan PNB dimilik kerajaan, ASB laburkan hampir 90% yang dikumpul di dalam pasaran saham Malaysia sahaja.

Ini kerana selain mengejar keuntungan, ASB juga menjadi proxy kerajaan untuk memastikan Malaysia memiliki pegangan strategik di dalam syarikat penting negara. Ini untuk pastikan syarikat-syarikat tidak jatuh ke dalam tangan syarikat swasta dan asing.

BACA : TIPS MULA PELABURAN DARI AFYAN MAT RAWI

ASB

Untuk 2019, 5 pelaburan terbesar yang ASB adalah:

  1. Maybank
  2. Sime Darby Plantation
  3. Tenaga Nasional
  4. Sime Darby
  5. Axiata

Disebabkan banyak duit dilaburkan di dalam pasaran saham Malaysia, pulangan ASB juga akan bergantung dengan pasaran saham Malaysia. Jika pasaran saham naik, dividend akan naik. Tapi jika pasaran saham jatuh, dividen pun akan jatuh.

Sebab tu lah sejak 2018, dividend ASB tak setinggi tahun tahun sebelum tu.

Taknak simpan dalam ASB, boleh juga mulakan dengan Public Gold EMAS. Pun bagus untuk jangka panjang, korang boleh contact sini untuk tahu pasal public gold.

promodlEMAS

Unit Trust

Pelabur boleh memilik melabur di mana-mana pasaran saham di dunia. Jadi, pelabur boleh memilih fund yang melabur di pasaran saham Malaysia, USA, ASIA PASIFIC mahu pun EROPAH.Jika kita melabur di fund USA, kita indirectly akan pegang saham Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Visa. Kalau nak pegang saham Alibaba dan Samsung, boleh la melabur dalam dana Asia Pasifik.

Unit trust ni contohnya macam public mutual, kenanga Investment, PMB, eh banyak lah lagi. Pilihlah mana yang korang selesa

ASB atau Unit Trust

π—‘π—”π—ž π— π—˜π—Ÿπ—”π—•π—¨π—₯ π——π—œ 𝗠𝗔𝗑𝗔 ? jeng jeng .. ASB atau Unit Trust

Tiada jawapan khusus dan tepat sebenarnya. Ini terpulang kepada diri masing-masing kerana setiap tempat pelaburan ada kelebihan dan kekurangan.

ASBUNIT TRUSTEPF
OBJECTIVEinvestmentInvestmentSavings
INVEST INequity – hight %
Bonds- low %
proportion – no option to choose
equity 0-99%
Bonds 0 to 99%
proportion- investor can choose type of funds
equiry – low % (usually 20%)
Bonds – high % (usually 80%)
proportion – no option to choose
UT Management CompanyPermodalan Nasional BerhadVarious, mostly bank backedKWSP
Flexibilityliquid (invest via cash-lumpsump, regular, or via loan from bank)Liquid
invest via cash – lump sumb
withdrawal account at age 50 & 55
Withdrawal Account 2 based on need (subject to terms)
Capital Guaranteed. protected
(Syariah investment cannot be guaranteed on capital & returns)
No Guaranteed.
(Ssome not syariah investment cannot be guaranteed on capital & returns)
Guaranteed. protected
ReturnsNo Guaranteed.No Guaranteed.Guaranteed at leas 2.5%
Type of Returns No Capital Gain
dividen & bonus units only
No Capital Gain
dividend & bonus units only
No Capital Gain
Dividen only

π—žπ—˜π—¦π—œπ— π—£π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—‘π—¬π—”? ASB atau Unit Trust?

Apaa-apa hal korang kena kenal pasti terlebih dahulu. Apa yang korang inginkan. Kalau inginkan pulangan yang lebih tinggi. Anda pergi kepada unit trust. Kalau anda rasa dapat sedikit sudah memadai, pilih sahaja ASB.

Oh, satu lagi perbezaan yang lupa nak tulis dekat atas. Jika anda simpan di unit trust. Anda boleh melantik consultant yang anda suka untuk jaga portfolio anda dengan lebih dekat. ASB anda takkan ada consultant untuk nasihat kan apaΒ² maklumat dan strategi simpanan dan pelaburan anda.

Cuma pastikan, consultant anda sangat komited untuk menjaga portfolio anda aku dah melabur sejak tahun 2005, nak kata untung sangat pun tak jugak hahah.. aku pun pelik sebab tu ada masa aku tak keluarkan duit EPF aku. setiap orang buat 3 bulan kan. heheh aku ikut suka.

Isi kandungan asal ini di kongsi oleh Fadzil Ahmad-unit trust consultant–

15 Comments

  1. MAMA REEN June 19, 2021
  2. Wawa azwa June 19, 2021
  3. Hasnita Sawal June 19, 2021
  4. netty June 19, 2021
  5. adianiez AIDA June 21, 2021
  6. ZAIDALIFAH HUSSIN June 21, 2021
  7. Yaya Azura June 21, 2021
  8. Marina June 21, 2021
  9. mrspip June 21, 2021
  10. Fuzy Rahamah Hamid June 22, 2021
    • azni June 22, 2021
  11. cikza June 22, 2021
    • azni June 22, 2021
  12. Lea Razali June 22, 2021
  13. shamiera osment June 22, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!