Akhirnya aku buat loan ASB

Akhirnya aku buat loan ASB. Dari mula kerja sampai sekarang aku hanya buat potongan gaji untuk masuk dalam Akaun ASB. bayangkanlah dari sekarang dah umor 41 tahun… dah dekat 15 tahun kut bekerja.  Puncanya dahulu aku fobia dengan Loan ASB ni.

Aku follow kata orang.. sikit sikit lama jadi bukit. ikut kemampuan. bila gaji naik so tambahlah lagi simpanankan. kalau tak buat macam tu mmg tah kemana lah duit tu pergi. sebab tu bila dengan anak anak sedara aku dok bebel ko kena jadikan habit simpan duit ni.

Dahulu aku sangat skeptical pasa pinjaman Loan ASB ni. Banyak sangat pendapat. Seingat aku dulu.. kakak aku pernah rugi masa cancel loan asb ni. so… itu yang rasa better not,  aku simpan sendiri, tapi itu 13 tahun yang dahulu.

Tahun ni aku mula follow beberapa taiko yang expert ASB, iaitu khairul ezuwan di facebook  telah membuka satu pandangan yang berbeza.

Macammana nak manipulate ASB, keuntungan dengan Loan ASB, compounding interest lah and bla bla. aku bukan expert nak ulas bab ni. korang carilah kat FB dia nanti.


Jangan lupa zakat ASB juga okay.

kirazakatasb

eh.. lupa nak share dengan korang, aku pernah hilang buku asb sebelum ini. huhu panik sekejap tapi rupanya mudah sahaja. Jangan risau kalau ter hilang buku ASB


Apakah loan ASB atau ASBF

Sebelum tu dah berkira kira nak buat loan ASB dengan maybank.. sbb tengok khairul ezuwan ni orang maybank. so pernah lah pergi ker maybank HQ. tanya dengan staff yang ada pada masa tu.

Info yang diberi tidak sama macam apa yang aku baca dari fb KEY tu dan blog blog lain. so kesimpulannya  tak semua orang tau pasal Loan ASB ni hatta orang bank sendiri.

Kemudian setelah Key stop dari maybank.. ada comment yang tanya..bank mana yang elok . Secara seloroh dia cakap cImb sbb dia dah join CWA. hahaah for me itu satu info yang penting untuk baca pulak pro and cons antara semua bank.

Kemudian  satu hari aku sembang pagi dengan kawan sepejabat.. kata derang… better go for CIMB sbb Loan ASB dia offer lagi panjang..and lebih unutng kalau orang yang nak main ASB and cancel pada tahun ke 5. so smlm aku pergi…sign up 200k.. dan dapatlah beberapa penerangan seperti yang aku harapkan .

Keuntungan dividen tahun pertama dah boleh cover installment bulanan untuk tahun ke dua. Tapi, kalau boleh aku tak nak kacau dividen tuh .

Tetapi malangnya disebabkan aku umor 41 tahun so tak dptlah buat loan sehingga 30 tahun. sangatlah rugi. so ingatkan dpt komitment sebulan Rm1098. tapi aku kena bayar rm 1200 untuk 24 tahun. haaa.. kan dah rugi…

Loan ASB
Lama aku tenung buku ni sebelum aku amik keputusan nak buat Loan ASB

kita perlukan modal Rm14500 untuk bukak Loan ASB 200k ni dan sebaiknya bayar lump sump supaya rekod bank kita pun cantik sekiranya kita nak buat loan apa apa kelak. so takkan affect  DSR nanti. Kalau ada plan nak buat benda lain.

Macam aku, aku pindah semua duit ASB ke dalam tabung haji, dan aku still bayar bulanan dari duit gaji yang aku dapat bulan-bulan.

okay ini saya share status dari khairul ezuwan  melalui status FB dia


Keuntungan Loan ASB

Effect Bonus ASB melalui Simpanan biasa berbanding Pinjaman ASB

Bagi yang Belum memahami kaedah pembayaran bonus ASB dan kelebihannya melalui Financing boleh baca perbezaan ini:

A: Simpan secara konsisten sebulan RM1200

  • B: buat pinjaman ASB RM200K Dengan komitment bulanan RM1200.
  • Katakan bonus declare 1%
  • Formula kiraan bonus ( kiraan tepat bulanan)
  • 1% x baki terendah setiap bulan/120 bln
  • Mari Kita buat pengiraan bonus untuk tahun pertama sahaja.
    _____________________________________

A : Simpanan setiap bulan 1200

1200 = 0.10
2400 = 0.20
3600 = 0.30
4800 = 0.40
6000 = 0.50
7200 = 0.60
8400 = 0.70
9600 = 0.80
10800= 0.90
12000= 1.00
13200= 1.10
14400= 1.20
===========
Total = 7.80
===========

B: pinjaman ASB 200K Dengan komitmen bulanan RM1200

  • 1% x 200K / 120 bulan = 16.66
  • 16.66 x 12 bulan = RM200

Simpanan biasa Cuma menghasilkan bonus RM7.80 pada tahun pertama tersebut. Manakala melalui pinjaman menghasilkan RM200 pada tahun pertama tersebut. Nilai kiraan utk tahun ini dikira Selama 10 tahun, maksudnya Jika tiada wang atau pinjaman sekalipon selepas tahun pertama tersebut, kedua-duanya akan Terima amount ini Selama 10 tahun.

  • A : RM7.80 x 10 tahun = RM78.00
  • B : RM200 x 10 tahun = RM2000.00

Ini Cuma kiraan bonus yang sering dipinggirkan pon sebenarnya mempunyai perbezaan yang Jauh ketara antara simpan Sendiri berbanding cara pinjaman Kerana kekuatan volumenya.

____________________________________

Kenapa aku rajin tulis pasal Loan ASB mcm ni?

Sbb aku risau budak budak muda sekarang ni tak nampak semua benda ni lagi.. kepentingan menyimpan dan mencari hartanah. masa zaman aku dulu takde pendedahan macam sekarang. susah betul. 

sekarang petik jari jer. bukak komuter search lah apa yang patut. yang penting ilmu mesti dicari. lagi muda lagi bagus menyimpan.

BACA : Penting belajar pendidikan kewangan

Cara keluar duit ASB online

Sejak ada kemudahan internet ni, sekarang tak sesusah dulu. Ada app, ada website my asnb untuk kita track rekod simpanan kita.

Nak keluarkan duit pelaburan ASNB kita tu pun senang sahaja, tapi ada limit yer

Korang boleh baca entri aku https://modernmumthingy.com/cara-keluarkan-duit-asb-online/

Jom simpan duit dengan LOAN ASB!

15 Comments

  1. nikon May 10, 2016
    • azni May 17, 2016
  2. nurul January 21, 2017
  3. hakamadurasury May 16, 2017
  4. hakamadurasury May 16, 2017
  5. Abd August 10, 2018
  6. asb June 27, 2019
    • azni June 28, 2019
  7. nurashikin October 12, 2019
  8. Myra September 24, 2020
    • azni September 24, 2020
  9. Atiey January 19, 2021
  10. Elyn August 15, 2021
  11. Elyn August 15, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!