Teknik simpanan dan hartanah, susahnya kalau takda ilmu

bab Teknik Simpanan dan hartanah kalau nak cerita memang aku tak layak. Sesungguhnya umur 40an sekarang ni consider aku taraf newbies. huhuhuhutapi tekad nak belajar dan memahami.

Ramai kawan kawan yang kerja biasa biasa tapi mampu memiliki sehingga 5 hingga 6 biji rumah. Itu bezanya orang yang ada ilmu hartanah ini

Belum terlewat kan?? or dah terlewat ?

Aku follow sifu hartanah macam abang ensem memang dah lama tapi aku sejenis orang yang takut-takut

Teknik simpanan dan hartanah

Berjaya bayar habis rumah umur 40 Teknik simpanan dan hartanah bagi aku

Walaupun aku dah ada rumah, dah habis bayar dan juga punya rumah sewa tapi bagi aku , aku masih newbies dalam bidang ni. apa yang aku buat tu dan apply ada method secara konvensional ataupun mainstream.

Semakin aku baca dari posting otai otai hartanah dan teknik simpanan sebenarnya aku sedar hahaha byk nya kekurangan aku ni.

Prinsip aku nak punya rumah sendiri dan cepat abiskan hutang. target umur 40 hutang rumah selesai. settle.! alhamdulillah tercapai mengikut planning aku. TAPI.. hahaha bila baca teknik hartanah lain pulak caranya.

Rumah pertama dan kedua untuk investment dan kemudian dptkan rumah idaman semasa kali ke 3. haaaa.. korang nampak tak??

Actually macam-macam cara orang buat.

Pengalaman beli rumah pertama

Untuk kes aku ni sebaik aku kahwin tahun 2001 terus target untuk beli rumah. Alhamdulillah dpt lah beli rumah pada thn 2003 . Pada masa tu harga rumah RM158k.pun terasa sgt mahal, takut tak lepas Makanya Loan terpaksa buat 2 orang.

Nama pulak 2 orang dlm S&P sebab plan nak kejar bayar cepat. Nak keluar duit EPF lah katakan hahah. Maklumlah itu sahaja jer simpanan yang ada. Tapi kesannya sekarang nak beli rumah kedua dah tak boleh lah, ada pro and cons untuk follow cara mcm aku ni.

Masa beli rumah RM158k tu terasa lah takut sebab pada thn 1998  baru jer lepas kegawatan ekonomi. Ramai yang kena buang kerja dan terpaksa lepaskan rumah.

Area bukit beruntung sampai sekarang masa byk rumah terabai.

Ada beberapa siri talk yang aku dengar pulak tak galakkan keluar duit epf nak settle hutang rumah. Macam konsep aku pulak, nak lawan interest bank kenakan sbb ia dikenakan atas baki tertunggak.

Korang pikirlah.. let say 6% atas baki 100k dengan 6% atas RM50k.. haa.. beza dak. cuba amik kalkulator.. bezakan..

again.. mcm aku ckp… cara aku adalah cara mainstream …

Saving

Aku dari awal memang berjayalah kuatkan semangat nak menyimpan. Dari awal lagi dah identify.. s

Saving ni kena ada 3 tabungan yang berbeza..

  1. Yang boleh sentuh
  2. Boleh kadang kadang
  3. Tidak boleh sentuh.
    • Mcm ASB tu.. kategori no 3. kalau dividen masuk pun hehhe buat buatlah tak nampak.

TETAPI heheh mcm entri aku sebelum ni yang ada citer pasal saving.. cara aku ini jugak adalah mainsttream. Aku masuk tiap bulan RM400.00 potong gaji.  Alhamdulillah dapat lah buat simpanan  tetapi sepatutnya mungkin aku patut buat LOAN ASB.

Bila baca entri khairul Ezuwan .. hahaha terasa kecik sgt. byk nya yg aku tak tahu .. rupanya byk teknik manipulasi LOAN ASB ni. korang nak tau follow lah dia kat  FB. moga moga dapat membuka mata korang teknik menyimpan dengan betul.

So macammana? Pergilah belajar Teknik simpanan dan hartanah

So point aku.. Segala benda perlu kan ILMU kena pelajari beb.  Sebelum ni aku takat baca beberapa buku sahaja. Buku awal yga ku beli bab hartanah and saving ni dari Azizi Ali. itu 10 thn yang dulu.

Sekarang kena upgrade ‘software’ kita mengikut  kesesuaian zaman.

Bagi org muda yg ada baca entri ni.. PLease lah… tuntut lah ilmu sebanyak mungkin okay.. #kipidap and #dongibab ..

Add Comment

error: Content is protected !!