Kenapa simpan Emas pulak?

Kenapa simpan Emas pulak? Jeng jeng jeng, alaa semua orang dah tau pasal bab emas ni. “Sis yang lalai” haha. sungguh weh. Aku ni jenis simple aku tak suka pakai emas besar besar sebab bagi aku itu standard macam cerita mami jarum penang hahaha.

Jadinya pikir pikir punya So barang kemas aku hanyalah kecik kecik dan comey comey sahaja . Tapi itulah ini yang ralat nih

The simple the better macam mat salleh.

Kenapa simpan Emas

Disebabkan stigma macam ini lah aku tak ada niat or minat lansung nak simpan emas. Sebab aku tengok macam serabut sahaja. Zaman aku muda muda dulu belum ada public gold, tapi aku sempat juga belik dinar emas rabbani pada tahun 2006 kut. Opkos lah murah lagi masa tu kan .

Tapi tulah pembelian dinar masa tu ada problem lain pulak, susah pulak bila bila emas dekat tempat yang tak berapa akredatasi ni. Syarikat tu timbul sekejap jer masa rabbani tengah top. Lepas tu aku pun tak tahu apa jadi dengan company tu.

Sebab itulah bila aku nak beli emas sekarang aku lebih confident dengan Public gold, kira macam anak syarikat public bank yang dah lama bertapak dalam negara kita nih.

Kuasa membeli RM1000 dulu tidak sama dengan RM1000 sekarang dan tidak mungkin akan sama pada masa akan datang. Malah mungkin akan bertambah huhuh

Ralat tak pandai beli emas

Nak share dengan korang satu benda yg sis ralat. Tahu tak, gelang ni beli tahun 2003. bonus pertama.. bonus-bonus yangg jarang dapat sebab company aku ni bukan P&L company. Aku beli dengan rega RM430 sahaja. Beli buat syarat kenangan dpt bonus kekdahnya. Terketar-ketar beli sebab tak reti. Sebab aku ni kan.. sorang yang tak berapa serasi dengan brg kemas.

Sekarang korang rasa berapa nilai gelang cinonet aku nih ?

emas1

Kawan aku sorang di Utara selalu update dia suka beli emas di kedai Emas Hajjah Halijah, in fact dia orang beli online pun senang

Dari zaman sekolah asyik hilang atau cicir kemana tah . Barang kemas arwah mak bagi tinggal rantai jer . Lain dah cicir entah ke mana . subang pun tinggal sebelah jer. hahaha teruk kan .

Lepas tu, pada tahun 2014 abam hadiahkan gelang pun cicir. jadi aku sangatlah fobia nak beli emas, tapi erh…. selepas beberapa tahun abang ganti lagi beli gelang emas, nangis and terharu sangat

ASB makin teruk , ADUH!

Aku memang penyimpan ASB dari muda, sejak mula kerja lagi aku dah buat potongan RM500.00 dan selepas itu aku ambik ASBF pulak. Semuanya untuk simpanan hari tua.

Tapi, sejak-sejak dividen asb macam tak semenggah aku rasa aku terpaksa tukar strategy. Paksa diri beli dinar Public gold dengan objectif long term macam kisah gelang emas yang aku beli masa bonus tu dari harga RM430 sekarang dekat RM1k++ dalam masa 15 tahun. Cuba korang pikir kalau ASB dengan nilai yang sama jadi berapa ?

So Sekarang aku juga switch utk education fund anak ke situ, dahulu aku masukkan dalam ASB/ atau tabung haji dia, sekarang tiap bulan aku beli EMAS untuk iman.

Kiranya aku ni lambat kesedaran. Orang lain semua dah macam mummy jarum, gelang sampai lengan.

Sebelum imemang aku masuk RM100 untuk ASB/ Tabung Haji iman, sekarang ni aku rasa seronok pulak bila dah boleh beli emas RM100 tiap bulan. Dulu ingat kena standby ribu riban baru boleh masuk kedai emas hahaha.

Kenapa simpan Emas

Pendek kata ada RM100 dah dapat emas dan prosesnya sangat senang.

Senang cerita dulu sis “ignorance” sangat eksen tak mau amik tahu. leceh lah, itulah , inilah .. hahaha byk sangat lah alasan

Jadi jomlah kita simpan dinar sikit2 tambah2 inflasi yg makin melampau.. Sayur naik , roti naik, hari sparepart kereta pun naik. inilah salah satu sebab juga Kenapa simpan Emas sekarang ni. Sakit hati oit

Meh nak stori mori lagi pasal ni ..

Aku harap catatan ringkas dibawah ini boleh buat korang paham dan kalau dah dah bersedia nak mula simpan dalam emas boleh lah tanya sini wa.link/8m4qez

Duit vs Emas

Duit:

  1. Nilai semakin berkurang saban tahun akibat inflasi.
  2. Nilai boleh jatuh hingga kosong.
  3. Jika fizikalnya rosak, diconteng atau koyak, tidak diterima penggunaannya.
  4. Hanya boleh diterima pakai di negara pengeluar wang tersebut.

Emas:

  • Jangka pendek harga naik turun. Jangka panjang menunjukkan peningkatan kerana nilai duit jatuh
  • Nilainya takkan pernah kosong. Emas tetap bernilai dan relevan sejak berzaman.
  • Jika rosak masih boleh dijual. Serbuk pun masih laku.
  • Mana-mana negara terima emas cuma perlu tahu had jumlah yang boleh dibawa masuk ke negara itu.

Kenapa simpan Emas? Sebab nak Kurang kebergantungan kepada wang tunai

Ini antara penyebab saya mengalihkan sedikit duit simpanan saya kepada emas. Kebergantungan sepenuhnya terhadap duit akan menyebabkan kita “dirompak” tanpa sedar setiap tahun akibat kejatuhan wang ringgit dan inflasi.

Bagi yang tiada simpanan, mulalah menyimpan. Bagi yang sudah ada simpanan dalam bentuk wang, alihkan sedikit kepada emas dan kekal disiplin untuk menyimpan emas sekurang- kurangnya RM100 atau 1 gram tiap bulan.

Simpanan adalah persediaan kita untuk jangka masa panjang tak kira samada untuk:

  • dana perkahwinan-
  • dana kecemasan-
  • dana pendidikan anak@diri sendiri-
  • dana modal bisnes-
  • dana persaraan selesa

Kekal disiplin menyimpan emas, tak perlu target banyak sekaligus cukup sekadar ikut kemampuan. Setkan RM100 @ 1gram, sampai masa tukarkan kepada bentuk fizikal dan simpan sendiri.

Terpulang kepada matlamat simpanan masing-masing cuma bila sebut tentang simpanan JANGKA PANJANG, silalah pilih medium@bentuk simpanan yang relevan untuk jangka masa panjang. Duit kekal pada nombornya tapi bukan pada nilainya.

Kena tahu Kenapa simpan Emas sebelum mulakan

Sampai satu masa duit akan hilang nilainya tapi emas tetap bernilai.

Kalau aku target untuk long term, paling kurang 5 tahun so korang kenalah ada byk basket untuk simpanan ni nanti, Ingat korang kena pegang Kenapa simpan Emas kalau tak nanti tersasar.

Aku pun masih bertatih nak menyimpan emas. Macam biasa bila buat sesuatu aku memang akan tulis dalam blog reason aku buat semua ni, supaya aku tidak mudah lupa hahah. Jom mulakan sekarang wa.link/8m4qez

kalau betul korang nak tau cara beli emas public gold , boleh sahaja tanya aku

12 Comments

  1. Shida Rahmat February 7, 2022
  2. Cikza Mohmad February 7, 2022
  3. ombakbergigi February 7, 2022
  4. MrsPip February 7, 2022
  5. Netty February 8, 2022
  6. Atul Hamid February 8, 2022
  7. Siti Awadah February 8, 2022
  8. SHAHADA FAUZI February 8, 2022
  9. Rinazul February 8, 2022
  10. Sarah February 8, 2022
  11. Yong February 8, 2022
  12. Rina July 31, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!