Kesan gajet pada Mata untuk orang dewasa dan kanak-kanak

Kesan gajet pada mata | Baru beberapa minggu lepas aku dan geng opismate membicarakan pasal cermin mata. Betapa ramai antara kami yang “denial” bahawa semua mata makin lama kurang berbanding sewaktu kami berusia 20 tahun dahulu. For record, dalam unit aku rata-rata kami berumur dalam 40-52 tahun. ( tua dah aku haha)

Kesan penggunaan Komputer di Pejabat

Alhamdulillah semua masih sihat sebab mengamalkan gaya hidup sihat, makan terkawal dan aktif dalam sukan. Tetapi boleh dikatakan semua sepatutnya dah kena pakai “multi fokal”, yang ada rabun jauh dan rabun dekat. Dan yang terbaru bos aku yang berumur 50 tahun juga terpaksa mendapatkan cermin mata disebabkan kerap sakit kepala.

Hanya melalui pemeriksaan yang komprehensif sepeerti yang ditawarkan di Optom sahaja yang boleh mendapatkan maklumat dan tahap kesihatan mata dengan lebih tepat.

UNtuk pengetahuan korang kos untuk memiliki cermin mata ini bukan murah yer. Macam aku punya dalam RM1,800.00 fuh, kalau hilang memang nangis. Tetapi jika mengikut cara kerja kami yang banyak menggunakan komputer tidak hairanlah bila semua akan memakan cermin mata.

As predicted lah kan.

Tetapi kebanyakkan kami hanya menggunakan cermin mata pada umur 43 tahun, berbanding dengan anak anak sekarang seawal 6 tahun pun ada. Salah satu contohnya anak aku sendirilah. Yer, aku admit pendedahan gajet yang terlalu awal mungkin menjadi salah satu sebabnya dan terbaru ini power dia naik lagi disebabkan PKP power Iman naik lagi

Kajian mendapati tidak ramai kanak-kanak pada masa dahulu (yakni golongan kami) yang memakai kaca mata. Ini disebabkan oleh mereka tidak terdedah kepada gajet pada jarak dekat kerana lebih banyak bermain di luar rumah. Namun, jika dilihat dan diperhatikan masa kini, sangatlah jarang kanak-kanak mengisi waktu petang di luar rumah kerana mereka lebih memilih untuk bermain permainan di gajet ataupun menonton cerita di kaca TV,

Zaman dahulu memang bebas bermain Vs zaman anak aku yang kenal Gadget dari umur 1 tahun or maybe setengah orang bagi anak-anak seawal 8 bulan. hahahha.. haiiih .. ini lah Kesan gajet pada Mata

Perkongsian daripada Dr. Mohd Hafidz Ithin, Pakar Mata di Optom Eyecare Kesan gajet pada Mata

Pada 22 Januari 2022 baru baru aku berpeluang join live free talk oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin pakar mata di Optom Eyecare berbicara mengenai Penggunaan Gajet Dan Komputer Apa Kesannya Pada Mata Dan Penglihatan.

So ada beberapa intipati penting Kesan gajet pada Mata yang boleh kongsikan dengan korang

Kesan gajet pada Mata

Bagaimana Kesan Gajet pada Mata kita

Ramai di antara kita menghabiskan berjam-jam di hadapan skrin komputer setiap hari, dan itu boleh menjejaskan penglihatan anda. Secara umumnya, melihat objek lebih jauh daripada kita adalah lebih mudah pada mata kita; sebaliknya, otot di mata kita mesti bekerja lebih keras untuk melihat sesuatu dari jarak dekat.

Oleh itu, merenung skrin komputer untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan anda menegangkan otot mata anda dan boleh mengakibatkan sakit kepala, penglihatan kabur dan keletihan mata. Apabila mata semakin melonjong ( mata akan dipaksa untuk fokus) akan menimbulkan stress kepada saraf dan apabila tekanan sudah tidak dapat ditampung, saraf akan terkoyak

  1. Peningkatan power spek – cahaya biru khususnya dari gajet dan laptop memberi kesan pada mata.
  2. Otot fokus mata yang tak stabil – Bila kita terlalu fokus pada dekat dan tanpa kawal, ianya akan memudaratkan otot fokus mata kita.
  3. Mata cepat penat – otot fokus mata kita akan letih dan menjadi tidak stabil. cahaya biru daripada komputer atau gajet akan mengganggu hormon sistem tidur kita sehingga membuatkan kita sukar untuk melelapkan mata
  4. Juling – Otot mata jadi lemah dan mampu buatkan mata kita juling
  5. Mata kering – Terlampau lama fokus pada komputer tanpa berkelip pasti akn buatkan mata jadi kering dan seterusnya buatkan mata penat, gatal dan luka.
Kesan gajet pada Mata

Penjagaan mata

Terdapat perubahan yang boleh anda lakukan yang boleh membantu melegakan banyak masalah penglihatan yang berkaitan dengan komputer, seperti menambah baik pencahayaan di kawasan kerja, mengubah ketinggian stesen kerja, mengambil rehat sekejap atau mendapatkan cermin mata preskripsi untuk kegunaan komputer.

Tapi kalau korang follow tips dibawah ini mungkin dapat perbaiki kualiti mata

  1. Ambil masa rehat dengan memandang keluar jendela antara 5-10 sudah memadai.
  2. Kanta khas untuk penggunaan gajet
  3. Gunakan air mata tiruan untuk kekalkan kelembaban mata
  4. kanta penapis berwarna biru kurangkan sinar komputer

Promosi 50% Bespoke Frame Di Optom Eyecare Bangi

Optom Eyecare Bandar Baru Bangi ingin sama sama berkongsi promosi 50% BESPOKE FRAME bagi yang nak buat bingkai cermin mata custom made Promosi ini berjalan sehingga hujung Februari 2022. Aku puas hati dengan Optom Eyecare nih sebab cara dia buat diagnosis mata kita.

Kelebihan customade ini sebab

  • Lens Width – jarak lense yang sepatutnya kena dengan mata kita
  • Bridge Width – Jarak antara 2 lens, dan jarak dengan atas hidung
  • Temple Length – sisi atau pemegang cermin mata yang memegang kanta mata. Yakni jarak dari telinga ke bahagian frame
  • Korang hanya perlu gunakan code promo: OPTOMMARA

    WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
    Optom Eyecare Bangi.No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.(Berdekatan Marrybrown)

    7 Comments

    1. Tini January 28, 2022
    2. Dorsett Pink January 29, 2022
    3. MrsPip January 31, 2022
    4. ombakbergigi January 31, 2022
    5. awadah January 31, 2022
    6. ZAIDALIFAH HUSSIN February 1, 2022
    7. yong February 1, 2022

    Add Comment

    error: Content is protected !!