Layangan Putus: Raya mangsa kecurangan Ayahnya

Layangan Putus., tidak jauh beza dari drama-drama yang berkisarkan tentang suami yang curang dibelakang isteri yang telah banyak berkorban. Kalau di Indonesia lebih senang disebut “selingkuh” . Namun drama ini umpama satu fenomena yang baru dan trending di Indonesia dan melarat ke negara kita sepertimana hotnya drama ‘world of marriage”

Acting atau lakonan pendokong utama drama ini boleh membuatkan semua orang terus emosi, panas hati, marah , geram malah ada kempen di tiktok yang memohon drama ini dihentikan kerana kesan drama ini membuatkan kesemua isteri terus meragui suami mereka. (okay ini kelakar!)

Nampaknya lelaki tergugat dan risau rahsia mereka bocor agaknya hahah.

Kalau mau nonton ayuh maju terus ke WeTV : layangan TV dong !

Layangan putus

Keluarga Kecil pendokong utama Layangan Putus

Reza merupakan artis yang paling “dibenci” disaat ini. Kiranya buat masa ini antara yang paling trendinglah sinetron Indonesia. Memegang watak sebagai Aris

Kinan, watak isteri yang berjaya melawan dan fight with style. Cuma di alam realiti wujudkah wanita kuat mcm Kinan yg tidak akan melawan, berkelahi dan berebut dgn Lydia. Tak mampu nak jadi sebaik Kinan boleh cakap baik2 lembut2. Good job putri marino. Lakonan dia mantap gile. Body language semua mmg tepat, pandai gila dia belakon ehk. Rasa mcm bukan lakonan. Dia menjiwai gile watak dia. Padu

Raya, anak Aris dan Kinan. Raya merupakan seorang anak kecil yang masih sekolah dan sangat comel. Raya dalam serial Layangan Putus merupakan anak yang ceria, pintar dan sangat pengertian terutama dengan teman di sekolahnya. Ini terlihat dalam perannya ketika ia bermain bersama teman sekolahnya bernama Brandon. Raya punya daya empathi yang tinggi untuk anak sikecil itu sewaktu kawan baiknya Brandon harus pindah sekolah.

Watak Raya didokong oleh oleh Graciella Abigail. Dikenal sebagai seorang model cilik, Graciella melakonkan watak Raya dengan sangat baik, sehingga membuat para penonton terpukau dengan lakonannya

Wataknya dibentuk menjadi seorang anak yang penurut dan sangat menyayangi kedua orangtuanya.

Bakal ke udara : Tarik aku ke Syurga

Sinopsis Ringkas Layangan Putus

ARIS & KINAN pasangan bahagia yang sedang menantikan kehadiran cahayamata mereka yang kedua. Kinan adalah wanita paling terbahagia ada suami, anak, hidup surirumah yang sempurna.

Aris digambarkan seorang setia, penyayang romantik tanpa Kinan sedar suami yang selama ini dia percaya hanyalah seorang lelaki yang pandai berpura-pura atau lebih sedap kita cakap seorang yang manipulatif atau narcisit. Dia berjaya mengawal isterinya dan membuatkan isterinya sendiri berkali kali merasakan dia pulak yang bersalah dan prejudis

Kinan sanggup berkorban kerjayanya sebagai Doktor demi rumahtangganya dan merupakan tulang belakang yang majukan hidup Aris dari dahulunya seorang yang miskin hingga berjaya , Sikit demi sikit perbuatan curang Aris hampir terbongkat.

Naluri atau instict seorang wanita memang tidak boleh diragui. Kinan mula berasa tidak sedap hati & bermulalah episode demi episod bagaimana satu persatu perbuatan Aris menimbulkan curiga dalam diri Kinan dan bagaimana dia cuba mengumpul bukti untuk dibawa ke mahkamah.

LAYANGAN PUTUS ni emmm macam tak jauh beza dari drama-drama yang berkisarkan tentang suami yang curang dibelakang isteri yang telah banyak berkorban.

Namun sikap manipulatif aris yang super power kadangkala boleh menunddukan kinan malah anaknya sendiri RAYA untuk menerima Lydia, wanita selingkuhnya. Part ini yang kadang-kadang aku rasa nak cekik sahaja si Aris ini.

Layangan putus

Watak Raya, anak kecil mangsa percerian ibubapa

Mungkin ramai yang banyak menceritkan perihal KINAN, ARIS, dan Lydia. Tapi aku nak ubah nak bawak korang sama-sama memahami watak RAYA, watak anak yang tersepit dalam konflik ibu bapa dan akhirnya membawa kepada penceraian

Lakonan dia memang membuatkan aku sendiri tersentuh

Aku yakin, dalam drama ini watak ini berjaya mengusik jiwa ibu ibu yang mempunyai anak kecil seperti raya. Seolah merasakan itulah yang akan terjadi kepada anak anak sendiri sekiranya ia berlaku dalam alam realiti. yer… Hakikatnya begitulah.

Aku sendiri teresak esak lakonannya dalam beberapa episod

Janji demi janji, membuatkan si anak dapat menghidu secara tindak balas badanya yang menolak dan agak tantrum bila mana ibunya kelecakaan dan terpaksa dikejarkan ke hospital berkali-kali . Raya tidak dapat menerima ayahnya tiada di samping.

Raya benci papi

Raya digambarkan sebagai seroang anak yang baik, bilamana menyujutui kata kata ibunya untuk cuba duduk bersama Aris dan Lydia dalam sesi mengenali diri. Owh part ini aku tak faham strategy kinan, apa yang dia ingin cuba lakukan pada mulanya. Mungkin untuk membuatkan Lydia nampak kasih saya aris terhadap puterinya yang tidak berbelah bahagi, mungkin untuk cuba membuktikan angan-angan lydia itu terlalu sempurna kerana mereka belum mempunyai anak.

Luahan anak kecil pastinya meruntun ayahnya tapi kerana ‘pucuk muda’ semuanya gelap mata. hahaha begitulah. Ada satu part yang aku paling tersentuh, RAYA telah meluahkan perasaanya diatas kertas, atas saranan lydia sendiri yang bertindak sebagai ‘Child Psychologist‘ di sekolah Raya

Setiap bait tulisan, background music dan mimik wajahnya membuatkan kita sama sama menyeleami apa yang dia rasa dalam hatinya.

Sosok Aris sebagai ayah yang sempurna atau mungkin lebih sedap kita cakap Manipulatif, membuatkan RAYA mengidolakan ayahnya. Merasakan tidurnya tidak lengkap jika tidak ‘bedtime story’ bersama-sama.

Puas hati dengan Ending Layangan Putus

Pada mulanya aku meragui Kinan, yang mula-mula aku rasa agak lembik, mudah percaya pada penipuan aris yang berkali kali memanapulasinya. Ada masa geram juga dengan tindak tanduknya yang terlalu baik melayani Aris, tertuamanya scene sewaktu selepas Accident.

Aduh memang aku geram pada saat itu.

Dalam saat geram, aku respek juga dimana dia mendokong watak isteri yang sebaik mungkin untuk melindungi aib suaminya selagi tiada bukti sahih. Walaupun rakan karibnya telah menghidu terlebih awal tapi dia cuba melindungi suaminya

Aduh ini sah sah ini Selingkuh atau curang yang membawa kepada Zina. Dia boleh bersabar bila Aris dan Lydia melakukan hubungan mesra di katil biliknya sendiri. Kalau aku … ish!!! histeria weh

Rupanya Kinan bersabar dan bertahan, dan berjaya mengumpul bukti dan beberapa plot twist yang aku tidak sangka. Very smart! dan ini lah perempuan yang selalu teraniaya patut lakukan, Bukan terus kalah!!

Maruah itu sesuatu yg agung. Kamu yg menentukan di mana letak nya maruah wanitamu.

Kinan

Reza Rahadian mmg menjiwai watak betul. Seorang suami yg baik dan romantis dan dlm masa yang sama berselingkuh di belakang isteri yg baik dan polos. Memang cover baik betul..

“Admit nothing, deny everthing”.

Scener terakhir memaparkan Lydia pula berendam air mata, dan Aris mula kelihatan kesal dengan tindakannya meninggal anak isteri tetapi yang pasto Kinan bahagia bersama anaknya

“If you love two people at the same time, choose the second. Because if you really loved the first one, you wouldn’t have fallen for the second.”

Sekiranya kamu mencintai dua orang dalam waktu yg sama, pilih yg kedua. Kerana sekiranya kamu benar mencintai yg pertama, kamu tidak akan jatuh cinta pada yg kedua.

Satu lagi kata kata kinan yang betul betul membuatkan aku sedey disaat dia menangis dan luahkan kepada Aris Tetapi itu lah yang betul betul belaku kepada penulis skrip drama ini. Drama ini diangkat dari pengalamannya sendiri yang berlaku pada tahun 2018

Cappadocia, it’s my dream, not her

Kinan / Penulis skrip magsa sebenar

tapi hehehhe aku dah boleh eksen sikit la… aku dah berjaya sampai ke cappadocia Turki pada tahun 2019. Memang best gila tempat ni, koraang boleh baca pasal kisah travel aku di sana. Tak percaya ? jadi aku letaklah gambar aku kat sini hahahaha

docia

Info Drama Layang Putus

  • DRAMA : Layangan Putus
  • EPISOD : 10
  • TARIKH TAYANGAN : 26 November 2021
  • WAKTU SIARAN : Jumaat & Sabtu 7.00 malam
  • SIARAN TV : WeTV
  • PENULIS SKRIP : MD BTS
  • PENGARAH : Benni Setiawan
  • PRODUKSI : Manoj Punjabi

WATAK PELAKON :

  • Reza Rahadian sebagai Aris
  • Putri Marino sebagai Kinan
  • Anya Geraldine sebagai LydiaMarthino
  • Lio sebagai Andre 
  • Graciella Abigail sebagai Raya
  • Frederika Alexis Cull sebagai Miranda
  • Nita Sofiani sebagai MerryRaquel
  • Katie Larkin sebagai LolaReyhan
  • Vandennoort sebagai Brandon
  • Michelle Wanda sebagai Dita

11 Comments

  1. HASNITA BINTI SAWAL January 27, 2022
  2. maizan January 27, 2022
  3. MAMA REEN January 27, 2022
  4. Netty January 27, 2022
  5. Tati Mansur January 28, 2022
  6. azni January 28, 2022
  7. MrsPip January 28, 2022
  8. Zati Salim January 28, 2022
  9. Atul Hamid January 28, 2022
  10. Zaidalifah January 28, 2022
  11. Siti Awadah January 28, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!