TARIK AKU KE SYURGA | karya asal novel Haitun kamarazzaman yang telah menghasilkan beberapa novel sebelum ini. Antara nafsu diri sendiri, taat kepada ibu bapa dan kasih kepada Isteri. Konflik itu bermula apabila Umi yang telah menjumpai sesuatu yang menghancurkan hatinya .
Table Of Content
Umi harus buat sesuatu untuk menyelamatkan anaknya dari terus tenggelam ke dasar hina. huhu apa lah yang umi telah jumpa? Tunggulah siaran drama keluar di kaca TV nanti.
Hakikat sebenarnya watak Zam banyak berlegar di kalangan rakyat kita hari ini, namun ianya seperti dihalang untuk di keluarkan kerana takut ianya menjadi satu budaya ikutan yang biasa. Sebenarnya ramai yang tenggelam dan mungkin juga ramai yang telah berjaya ditarik ke pangkal jalan.
Semua orang tahu, tapi semua kadang-kadang pilih untuk menormalisasikannya atas dasa human rights sehingga melanggar aturan dalam agama Islam itu sendiri.
Drama ini akan membongkar konflik tersebut dan peranan isteri yang akan mengubah nasibnya menariknya ke syurga. Drama ini pasti akan membuatkan satu kontroversi yang hebat dikalangan penonoton. Mungkin ada yang akan menerima dan mungkin ada yang merasakan ianya satu yang taboo.
Baca : Kerana aku isteri Bidaan
Novel Vs Drama
Kalau mengikut novel asal tulisan Haitun kamarazzaman, Zam adalah watak Gay, namun dalam drama ianya telah diolah Zam sebagai playboy untuk menghormati permintaan dari pihak TV3 sendiri dan untuk mengelak kontroversi. Hakikat sebenarnya bertebaran Gay di muka bumi Allah termasuklah Malaysia sendiri.
Adakah novel lebih menarik atau Drama ? Kalau korang dah tak sabar nak tahu lebih kisah sebenar drama ini apa kata korang beli Novel dia juga untuk melihat titik persamaan dan perbezaannya kelak.
Walaubagaimana pun, bangga dengan sahabatku haitun berjaya hasilkan novel yang hebat-hebat. Bangga tau bila ada kawan yang berjaya macam ni. Berjaya membongkar dan menceritakan kisah benar yang berlaku disekeliling kita walaupun berat untuk di paparkan di kaca TV.
Sinopsis Drama Tarik Aku ke Syurga
Tuduhan anak derhaka oleh Hajah Raudah bagai membenam diri Zamri ke dasar bumi yang gelap dan menyeksakan. Zam rasa sesak diberikan gelaran sebegitu. Tidak Tercapai oleh akalnya bila uminya meluahkan katapkata tersebut.
Zam tersentak, dan rasa perlu untuk patah ke dunia realiti.
“Umi, ampunkan Zam. Berilah Zam peluang untuk betulkan kesilapan diri Zam…”
Akhirnya, Zamri yang tiada pilihan, terpaksa menurut sahaja kemahuan keluarga walaupun hatinya tertutup untuk wanita., entahlah bukan dia membenci tetapi dia rasa s
“Kalau nak umi ampunkan kamu, ada syaratnya. Kalau syarat umi ini tak dapat kamu patuhi, anggap sajalah yang umi ini sudah mati.”
Ternyata wanita yang halal itu belum dapat disentuh Zamri. Saat itu, Zara bagaikan dapat meneka perangai pelik Zamri yang tidak pernah memandangnya sebagaimana selayaknya seorang suami memandang isterinya.
“Boleh tak awak tolong saya sekali? Saya merayu sangat-sangat. Anggap saja pertolongan ini sebagai membalas budi kerana saya tidak memohon cerai walau pun setelah tahu awak tak normal….”
Tidak semudah itu Ricky mahu melepaskan Zamri yang sudah banyak termakan budinya. Demi sebuah dendam, Ricky tekad memisahkan kedua pasangan suami isteri itu dengan sihir pemisah?
“Aku akan viralkan gambar-gambar kau. Reputasi kau sebagai doktor akan tercalar.”
BACA : Sinopsis Diari Seorang Suami
Adakah Zamri mampu berubah?
Berjayakan Ricky melunaskan dendamnya kesumatnya?
Zara pula menjadi mangsa keadaan demi menyelamatkan maruah keluarga Zamri.
Perlukah dendam dan kesakitan ini dibawa sehingga ke penghujung nyawa?
Atau adakah cinta mengatasi segalanya?
Info Tarik Aku Ke Syurga
- Episod: 28
- Tarikh Tayangan: 2022
- Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: Samarinda TV3
- Pengarah: Malek Rahman
- Produksi: Creative Skill Solution
Pelakon Tarik Aku Ke Syurga:
- Zul Ariffin
- Nelissa Nizam
- Lisdawati
- Keith Foo
- Izzendra
- Ayra Messi
- Esma Daniel
- Idzham Ismail
- Afzan A.Rahman
- Myra Zareil
Watak Pelakon
- Zul Ariffin sebagai Zamri
- Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
- Esma Daniel sebagai Dato Azman
- Lisdawati sebagai Hajah Raudah
- Ayra Messi sebagai Julia
- Izzendra sebagai Natasha
Wow tak sabar nak tengok drama adaptasi novel tulisan bff sis lakonan pelakon lelaki terbaik FFM 2021