Diari Seorang Suami

Diari Seorang Suami | Tiada noktah cinta antara mereka berdua. Biarpun diuji mereka setia bersama. Namun kehadian orang ke 3 kian mencontengkan perjalanan cinta mereka. Gandingan Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo mengisi slot Lestary TV3 bermula 12 November 2021, setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam.

Betapa semua harapan yang ku andalkan, hanya untukmu. Akanku pahat namamu walau ajal menjemputku

Diari Seorang Suami
image from johar bahar

KISAH CINTA REMAJA

Diari Seorang Suami, drama siri terbaharu gandingan pelakon Afieq Shazwan dan Yuna Rahim. Drama ini bermula episod 1 mulai 12 November 2021 di Slot Lestary TV3.

Ini merupakan kali pertama Afieq Shazwan memegang watak suami dan menggalas cabaran memikul watak karakter berat.

Drama mengisahkan perkahwinan remaja yang berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Namun jiwa muda, masih degil dan akhirnya mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari.

BACA : Sinopsis Mr Bibik

DUGAAN BERMULA

Maka bermulalah kehidupan mereka yang penuh pancaroba. Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan.

Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa.

Diari Seorang Suami

Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa?

Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.

INFO DIARI SEORANG SUAMI

  • EPISOD : 13
  • TARIKH TAYANGAN : 12 November 2021
  • WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
  • RANGKAIAN : Lestary TV3
  • DEA ASAL : Azril Hamzah
  • PENULIS SKRIP : Azril Hamzah, Nasir Sulaiman
  • PENGARAH : Johan BaharPRODUKSI : Art Ornament Sdn Bhd

PELAKON DIARI SEORANG SUAMI

  • Afieq Shazwan,
  • Yuna Rahim,
  • Keith Foo,
  • Fimie Don,
  • June Lojong,
  • Syanie Hisham,
  • Khal Isyaf,
  • Sani Sudin,
  • Iqbal Mazlan,
  • Suraya,
  • Kamal Ibrahim,
  • Aiyuni Hashim


Add Comment

error: Content is protected !!