9 langkah yang perit urus harta tanpa wasiat

Cara urus harta tanpa wasiat | Memang diketahui bahawa proses tanpa wasiat sangat rumit tapi malasnya nak siapkan dokumen semua ni. Siapa yang macam ni? Akulah salah seorang dari nya. Bertahun-tahun aku cuba selesaikan pengumpulan maklumat ini tapi  masih melengah-lengah sehinggalah terjumpa entri dari blog jom urus duit, korang boleh mintak nasihat dia orang untuk urusan semua wasiat nih

Padahal sebagai Ahli Public mutual Gold, aku ni dah otomatik free dapat buat semua tu. Ya Allah moga aku kuat dan rajin untuk kumpul semua maklumat seawal tahun hadapan hahaha. Bukan aku tak tahu kepentingan wasiat nih., aduhai

Dah nak masuk golden series dengan kes pandemik ramai yang pergi secara tiba tiba memang gusar juga dibuatnya. Kesian dekat waris yang tinggalkan. Apa yang aku mampu buat sekarang adalah simpan maklumat segala yang related perbankan, loan yang tinggal, maklumat ASB, Tabung haji dan sebagainya.

Kesedaran Pengurusan Wasiat

Mujur aku selalu refer Nafisah Amran yang selalu share di Instagram, so dapatlah template untuk isi maklumat berkenaan pengurusan harta / simpanan dan hutang kita dan juga spouse

Tapi korang tahu tak? memang banyak harta orang melayu tergantung di Amanahraya, bab wasiat and harta ni sebenarnya sensisitif dikalangan kita. But at the end itulah tergantung tak bertali. Sayang tau.

Konsep arwah bapak aku pulak, dia tak tinggalkan harta yang banyak sebab tak mahu anak anak bergaduh. Sebelum dia meninggal aku secara terangan cadangankan dia tukar nama rumah sedia ada kepada adik aku yang menetap di Gerik

Untuk harta tanah arwah mak aku pulak dah  30 tahun bertangguh dan kami baru selesaikan tahun lepas. Jadi adalah tanah atas nama kami. Kesian pulak pada arwah emak, orang pusaka pun geleng kepala kenapa lambat sangat hahah

Alhamdulillah tak ada dikalangan adik beradik kami gilakan harta tapi semua ambik sambil lewa. Cuma hahaha semua cool sangatlah pulak.

Selain dari adik beradik, topik ini perlu dibincangkan bersama pasangan. yer.. ini antara idea berborak dengan pasangan untuk persediaan hari tua.

gambarblog Recovered
cukup 8 beradik

Tapi kami adik beradik sepakat jika nak jual tanah tu nanti kenalah di bagi sama rata.

Apa akan jadi kalau tinggal harta tanpa wasiat?

Bayangkan dalam masa terdekat ini, salah seorang anggota keluarga anda meninggal dunia, meninggalkan harta pusaka tetapi tidak meninggalkan wasiat. Ditakdirkan, kita  waris kepada simati, maka menjadi tanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan tersebut.

Untuk belah suami aku, dia adalah anak sulung dan nampaknya dia lah yang kena uruskan segalanya kelak.

Bila meninggal apa jadi dengan harta dan simpanan?

Realiti, apabila mati sahaja seseorang, semua harta simati sama ada harta alih seperti wang, saham, ASB, TH dan harta tak alih seperti tanah, rumah, dibekukan. Maksud dibekukan adalah harta tersebut tidak boleh dicairkan, dijual dan dipindah nama.

Contohnya jika waris ke bank dan nak keluarkan duit simati daripada akaun beliau pun pihak bank tidak akan lepaskan. Malah, bank mungkin tidak akan memaklumkan baki simpanan arwah pun. Bank mungkin hanya berikan maklumat asas sahaja seperti nombor akaun simpanan simati sahaja, tiada maklumat lain.

Psst.. heheh tapi arwah bapak aku dah siap siap bagi pin number pada mak tiri aku, incase dia dah meninggal nanti keluarkan lah duit sedikit sedikit sehinggalah kami hantar surat mati untuk maklumkan kepada pihak bank/ JPN semua

Begitu juga jika ke pejabat tanah, hanya boleh buat carian sahaja ke atas tanah atau rumah ditinggalkan simati.Tidak boleh dibuat pindahan nama ke mana-mana waris.

Jadi macam mana nak uruskan harta pusaka tanpa wasiat?

Ha… peningkan. Sebab tu aku dah jumpa artikel ini aku simpan untuk pendoman aku sendiri dan semoga readers yang lain pun akan dapat manfaat. Banyak persoalan yang aku fikirkan kelak untuk sekiranya aku atau suami yang pergi dahulu.

  1. Macam mana nak cairkan semua harta pusaka ini supaya dapat diuruskan dan dibahagi kepada waris-waris.
  2. Adakah anda tahu bagaimana nak uruskan?
  3. Nak buat apa dahulu, kena sediakan dokumen apa, nak pergi ke mana?

Cara urus harta pusaka tanpa wasiat

  • Cara urus harta pusaka tanpa wasiat adalah berbeza dengan yang ada wasiat.
  • Jika tanpa wasiat, waris-waris perlu melantik seorang pentadbir dan dapatkan Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Agreement, LA).
  • Dengan LA ini, barulah pentadbir boleh cairkan harta pusaka yang ditinggalkan untuk diuruskan dan dibahagi kepada waris-waris mengikut bahagian masing-masing.
urus harta tanpa wasiat

9 langkah urus harta tanpa wasiat

#1 Kenalpasti waris-waris si mati

  • Waris perlu kenalpasti siapa waris-waris yang mempunyai hak ke atas harta pusaka si mati.
  • Di sini, pengetahuan berkaitan waris faraid perlu ada supaya dapat kenalpasti semua waris yang ada dan mengelakkan keciciran.
  • Sebagai panduan, boleh kenalpasti waris utama iaitu isteri, ibu, bapa dan anak.
  • Waris atas seperti datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara, manakala waris bawah seperti cucu dan cicit.
  • Waris sisi pula adalah adik-beradik si mati sama ada adik-beradik kandung seibu sebapa, seibu sahaja atau sebapa sahaja.
  • Perlu kenalpasti juga ‘waris lapis’, maksudnya waris yang menggantikan waris asal yang telah mati selepas simati namun belum terima agihan pusaka.

#2 Kumpul maklumat semua waris

  • Selepas dapat jejak waris, kena kumpul maklumat dan dokumen pengenalan setiap waris.
  • Jika ada waris yang telah meninggal dunia, perlu dapatkan sijil kematian waris tersebut.

#3 Semua waris berkumpul dan lantik Pentadbir

  • Semua waris perlu berkumpul dan bersepakat untuk melantik seorang Pentadbir.
  • Pentadbir akan memainkan peranan besar dalam pentadbiran dan pembahagian pusaka nanti. Jadi, perlu lantik Pentadbir yang amanah, adil dan bertanggungjawab.

#4 Kumpul maklumat dan dokumen berkaitan harta simati

  • Semua maklumat dan dokumen harta simati perlu dikumpulkan.
  • Contohnya nombor akaun bank, Tabung Haji, ASB, KWSP.
  • Begitu juga geran kereta, motosikal, tanah dan rumah.
  • Kalau perlu buat carian rasmi, kena pergi ke Pejabat Tanah untuk buat carian rasmi. Kalau tanah berada di negeri lain, kena pergi ke Pejabat Tanah di negeri tersebut.
urus harta tanpa wasiat

#5 Penilaian harta simati

  • Penilaian ke atas semua harta pusaka yang ditinggalkan perlu dibuat untuk tahu nilai semuanya.
  • Nilaian harta ini akan menentukan tempat untuk memohon LA nanti.

#6 Mohon Sijil Faraid di Mahkamah Syariah

  • Sebelum mohon LA, waris-waris perlu mohon Sijil Faraid terlebih dahulu daripada Mahkamah Syariah.
  • Di dalam sijil ini, akan dinyatakan siapa waris yang layak dan berapa bahagian yang patut diterima mengikut faraid.
  • Selain Mahkamah Syariah, Pejabat Pusaka Kecil juga boleh keluarkan Sijil Faraid jika pentadbiran harta pusaka dijalankan di sana.

#7 Mohon Surat Kuasa Mentadbir

  • Berdasarkan nilaian harta, boleh ke mohon Surat Kuasa Mentadbir ke tempat yang sepatutnya:
    • Harta tak alih < RM 600,000 – Amanah Raya Berhad
    • Harta alih & tak alih < RM 2 juta – Pejabat Pusaka Kecil
    • Harta alih > RM 600,000 atau harta alih & tak alih > RM 2 juta – Mahkamah Tinggi
  • Jika perlu ke Mahkamah Tinggi, perlu lantik peguam, cari 2 orang penjamin yang mempunyai harta bernilai lebih RM2 juta dan sediakan bon pentadbiran.
  • Walaubagaimanapun, pemohon boleh memohon pengecualian penjamin dan bon pentadbiran kepada hakim.

urus harta tanpa wasiat

#8 Hadir perbicaraan pada tarikh ditetapkan

  • Semua waris yang berkenaan perlu hadir pada tarikh perbicaraan yang ditetapkan.
  • Jika ada waris tidak dapat hadir, perlu isi borang khas untuk memohon pengecualian kehadiran.

#9 Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan

  • Selepas perbicaraan selesai dan pihak berkenaan berpuas hati dengan segala keterangan serta dokumen yang dikemukakan, akhirnya Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan kepada Pentadbir yang dilantik.
  • Dengan surat kuasa ini, Pentadbir boleh mencairkan aset-aset simati dan menguruskannya seterusnya.
  • Boleh ke bank untuk memindahkan baki wang, boleh ke JPJ untuk tukar nama kereta motorsikal, boleh ke Pejabat Tanah untuk memindahkan nama pada geran tanah.
  • Namun, tugas Pentadbir bukan setakat mengagihkan harta sahaja. Banyak lagi tugas lain yang perlu dilakukan ke atas harta tersebut.

Masalah yang boleh timbul jika urus harta pusaka tanpa wasiat

  • Begitulah prosedur yang perlu dilalui bagi urus harta pusaka tanpa wasiat dan sangat panjang dan rumit
  • Tempoh masa bergantung kepada kesepakatan waris-waris, kesediaan dokumen-dokumen dan kelancaran perbicaraan.
  • Paling singkat pun, sekitar 6 ke 12 bulan.
  • Kalau ada gangguan kat mana-mana, makin tertangguhlah nak dapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

Antara masalah yang boleh timbul adalah:

  • Waris tidak tahu prosedur sebenar, tak tahu nak mula dari mana
  • Waris tidak dijumpai/dokumen waris tidak lengkap
  • Waris tidak sepakat, tidak mahu beri kerjasama
  • Waris tamak, degil, tidak mahu mengalah
  • Tiada yang sudi jadi pentadbir kerana tanggungjawab berat
  • Dokumen harta tidak lengkap, hilang, tidak cukup maklumat tentang harta
  • Tiada masa untuk uruskan semua prosedur kerana sibuk bekerja
  • Tidak cukup wang untuk tampung kos mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir

Dan banyak lagi masalah yang mungkin timbul.

Apabila tiada wasiat, seolah-olahnya segala urusan berkaitan harta pusaka yang ditinggalkan simati diserahkan sepenuhnya kepada waris-waris. Tiada panduan daripada pemilik asal harta iaitu simati.

Dan kerana masalah-masalah sebeginilah yang menyebabkan banyak harta pusaka umat Islam di Malaysia terbeku tidak dapat digunakan. Yang ruginya adalah waris-waris kerana tidak dapat memanfaatkan harta pusaka yang ditinggalkan simati.

Simpati juga kepada simati kerana harta yang dikumpulnya selama hidup dengan niat untuk kegunaan waris-waris, namun tidak dapat digunakan sepertimana dikehendaki.

Untuk mengelakkan ini berlaku adalah dengan membuat wasiat.

6 Comments

  1. Netty November 19, 2021
  2. Syadiya Khairul November 20, 2021
  3. Wawa azwa November 20, 2021
  4. Saidila Abdul Rahman November 20, 2021
  5. Ammi November 22, 2021
    • azni November 22, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!