Sinopsis Mr.Bibik, Bibik naik pangkat jadi Suami

Sinopsis Mr.Bibik | Salahkah kalau laki menjadi mr. bibik? Sekarang apa sahaja yang boleh jadi duit kalau tak kisah boleh sahaja kerja sebagai mr bibik atau mr.cleaner.

Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu.

“Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik.” – Firas Iman

“Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje.” – Aulia Izzatunnisa

Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

BACA : Sinopsis Drama The Hotel

Sinopsis Mr.Bibik

Mukriz juga lelaki idaman, Mr Bibik jauh sekali

Kenapa you liat sangat bila I ajak you kahwin? Dah dua tahun kita bertunang tapi you asyik cakap you tak bersedia. You nak minta i paksa papa you suruh kita kahwin ker?

Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.

Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Dalam terpaksa, mereka perlahan-lahan mula saling menyayangi, saling lengkap melengkapi kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, rahsia yang terbongkar menyebabkan Firas salah faham dan marah dengan Heroin. Kemalangan yang berlaku menjadikan Aulia hilang ingatan, tetapi mereka berdua dalam proses penceraian.Ternyata, bukan Heroin saja menyembunyikan sesuatu, Firas pun ada rahsia tersendiri.

Bila terungkai latar belakang Firas dan kepuraan Aulia, mereka belajar memaafkan dan berbaik semula.

Sinopsis Mr.Bibik

“Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa.” – Firas
Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?
Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.

Karya Asal Novel Mr. Bibik dari Aein Dhiyauddin

Konflik berlapis mengakibatkan suspens, kejutan dan tanda tanya. Ternyata Aulia sebenarnya hendak lari dari tunangnya yang posesif hingga berpakat dengan Ayahnya untuk menjerat Firas agar tertangkap basah. Dia juga pura-pura hilang ingatan selepas mereka dalam proses penceraian.

Sikap Firas yang terlalu hendak menegakkan maruah diri kesan daripada sejarah keluarganya(berasal dari China, kaya-raya, sebenarnya seorang kapten kapal) sedikit sebanyak menjadikannya mudah terluka hingga salah faham terhadap isterinya.

Dia menyembunyikan latar belakangnya untuk mengelakkan dirinya didekati kerana harta atau agenda tersembunyi.

Nantikan drama yang sebenarnya nanti, apakah sama seperti karya asal Aein Dhiyauddin

Info Sinopsis Mr.Bibik

  • EPISOD : 20
  • TARIKH TAYANGAN : Oktober 2021
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Akasia TV3
  • PENULIS NOVEL : Aein Dhiyauddin
  • PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
  • PENGARAH : Pali Yahya, Eez Jalaluddin
  • PRODUKSI : Saphire Screen Sdn.Bhd
  • PELAKON : Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Roy Azman, Liza Abdullah, Dayang Areeda, Anne Abdullah, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Sefik

WATAK PELAKON 

  • Saharul ridzawan sebagai Firas Iman
  • Zara Zya sebagai Aulia Izzatunnisa

Add Comment

error: Content is protected !!