Sinopsis drama the hotel, Mira filzah pembunuh bersiri?

Sinopsis drama the Hotel,drama astro ria terkini lakonan Mira Filzah dan MK K-Clique. Drama The Hotel episode 1 mula ditayangkana pada 15 September 2021 di Slot MegaDrama Astro Ria setiap hari Isnin  hingga Khamis, jam 10:00 malam. 

Pastikan korang berada di hadapan TV okay. Kalau tengok montage and teaser memang lain dari yang lain. Ada yang kata macam konsep drama Hotel De Luna, hurmm kita tunggulah nanti.

Yang pasti ianya berkonsep romantic thriller l

Mira Filzah berlakon sebagai Raisa pembunuh bersiri? Mesti korang tak sangka kan…? Watak lakonan Mira sebagai Raisa merupakan watak yang berbeza dari drama-drama sebelum ini. Memang rare untuk pelakon lembut seperi Mira filzah

Raisa (Mira Filzah) merupakan anak gadis kepada Maya lakonan Yasmin Hani). Ibunya mempunyai salah sebuah empayar perniagaan paling gah di Malaysia

Dengan limpahan kemewahan, ada sesuatu pasal Raisa yang agak pelik. Dia , mempunyai sifat psikopat yang mana sukar baginya untuk menafsirkan emosinya sendiri. Segala tindak-tanduknya bersandarkan kepada kehendak semata-mata sehinggakan dia mampu untuk menamatkan riwayat hidup orang lain!

Bila dia berkenalan dengan Sean yang datang ke hotel Mewah miliknya. Sean memperkenalkan dirinya sebagai seorang pakar bedah, namun Raisa kurang meyakininya kerana cerita Sean sering sahaja berubah-ubah.

Sean, si pembohong ini tanpa sedar akhirnya menaruh hati pada Raisa, namun harus memikirkan sama ada mahu kekal setia dengan Raisa atau menyerahkannya sebelum dia menamatkan lebih banyak kehidupan orang yang tidak bersalah.

Apakah mereka akan bercinta?

Apakah kesudahan cinta mereka nanti.

* akan dikemaskini

BACA : Drama Siti Tok

Sinopsis drama the hotel


Info Sinopsis Drama The Hotel

Drama : The hotel
Jumlah episod : akan dikemaskini
Mula tayangan : 15 September 2021Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Idea asal : Michael Ang
Pengarah : Helmi Yusof
Penulis Skrip : Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan, Michelle Yoon
Penerbit : Michael Ang

Sinopsis drama the hotel

SENARAI PELAKON

  • MK K-Clique sebagai Sean
  • Mira Filzah sebagai Raisa
  • Sean Lee sebagai Umar
  • Daler Yusuf sebagai Razul
  • Natasha Elyzza sebagai Umaira
  • Yasmin Hani sebagai Maya
  • Farah Ahmad sebagai Hanisa
  • Alif Hadi sebagai Tengku Arif

Add Comment

error: Content is protected !!