Sinopsis Drama Sitik Tok, Gadis gila TikTok bikin haru

Sinopsis Drama Sitik Tok, Waktu utama didokong oleh si Siti lakonan Scha Elinnea, gadis kampung periang yang suka menari Tik Tok di merata ceruk sekitar kampungnya.

Adakalanya Siti menari sewaktu orang menoreh getah, ketika ibunya membeli di pasar dan macam-macam lagi gaya Siti. Memang betul betul gila tiktok seperti remaja lain. Boleh lawan dato Vida nih hahaha.

Siti sering berkongsikan video-video menarik di setiap pelusuk kampung. Apa saja aktiviti orang kampung akan dijadikan bahan karya Siti dalam video TikTok.

Tapi comel sungguh pelakon Scha Elinnea nih, seorang model juga. Mula diperkenalkan dalam drama Mr.Grey sebagai watak Nurul Jannah

BACA : Cik Ayu Mee Sanggul, Janda Lamar Duda!

Tetapi tindakan berlebihannya membuatkan Keluarga tunangnya mula rasa malu dengan obsesinya dan mendesak Harun untuk memutuskan hubungan dengan Siti. hahhaha kononnya tunang bagi pilihan samada meneruskan pertunangan tapi dengan syarat berhenti buat tik tok.

Korang rasa siti akan pilih laluan yang mana? hahahaha … dia rela putus tunang gais.

Siti lansung tidak rasa patah hati selepas kejadian itu.

Malahan, Siti nekad untuk mencari peluang di Kuala Lumpur. Siti memujuk dan merayu ibunya supaya bersetuju dengan permintaannya. Akhirnya, dia dilepaskan dengan syarat dia perlu tinggal bersama sepupunya, Jaja.

Sinopsis Drama Sitik Tok

Siti Tok Hijrah ke Kuala Lumpur

Wah peluang baru untuk Siti. Siti sangat teruja dengan kehidupan baharunya di Kuala Lumpur tetapi dia tidak sedar bahawa sepupunya Jaja sebenarnya tidak menyukai kedatangannya.

Jaja menjalankan bisnes atas talian jadi boleh kata dia awal awal lagi sudah siap sedia dengan peralatan lengkap dan bilik khas untuk merakamkan video dan menyimpan stok.

Teman serumah mereka iaitu, Maru pula seorang gadis yang ceria dan mempunyai bisnes ‘food truck’.

Ada satu ketika, Siti mula didampingi oleh Chuchox, seorang artis rock kapak yang menawarkan peluang untuk bekerjasama kerana tertarik dengan kepopulariti Siti.

Malahan, pasukan Jaja juga mencari Siti untuk membuat review produk tanpa pengetahuan Jaja. Hanya berpandukan minat, Siti mula mengenali dunia media sosial yang sebenar.

Macam macam yang akan berlaku nanti. Semuanya perang media sosial!

Sinopsis Drama Sitik Tok

Antara watak yang ditonjolkan adalah Miss Rona. hurmm… Siapakah gerangan Miss Rona yang menjadi pujaan dan ikutan dalam kalangan influencers? haaa ini baru real kisah tiktok. Agak-agaknyer sapa sapa yang nak jadi tiktokers berjaya kenalah tengok drama ni kan?

Apakah keseraian yang bakal tercipta antara Siti dengan Shon, seorang jurufoto yang anti media sosial? Eh…. Cinta dah berputik kerr?


Nampaknya ada muka muka baru nih. Ada yang aku tak pernah kenal pun. Tapi okaylah kan kalau tidak asyik muka sama sahaja bosan juga. Tapi aku yakin drama ni pasti ramai yang akan tertarik sebab demam tiktok kan tengah melanda negara kita.

Info Drama Siti Tok

  • JUDUL : SITIK TOK
  • EPISOD : 16
  • TARIKH TAYANGAN : 22 Julai 2021
  • WAKTU SIARAN : Hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
  • SIARAN TV : Slot Samarinda (TV3)
  • PENULIS SKRIP : Nadia Khan, Dayang Noor, Jarr Nadjmuddean, Mamu Vies
  • PENGARAH : Joon Goh
  • PRODUKSI : Wildsnapper TV

Senarai Pelakon Sinopsis Drama Sitik Tok

  • Scha Elinnea sebagai Siti
  • Niezam Zaidi sebagai Shon
  • Nadia Aqilah sebagai Rona
  • Nelissa Nizam sebagai Jaja 
  • Zamaera sebagai Maru
  • Kahoe Hon sebagai Xander
  • Acong Sweetchild sebagai Chuchox
  • Anuar Haji Abdul Hamid 
  • Dee Alhadi sebagai Mimi
  • Syazlin Zainal sebagai Teena
  • Aznie Azmi sebagai Luna
  • Tony Eusoff sebagai Dato Mutalib
  • Mia Sabrina Mahadir sebagai Nana

Add Comment

error: Content is protected !!