Akhirnya puas hati dapat cara simpan tudung dengan kemas

Cara simpan tudung dengan kemas !. Perempuan atau hijabi sangat sinonim dengan tudung. Bukan 1, 10. 50 tetapi boleh mencecah ratusan. Bila jumlah terlampau banyak maka akhirnya berlakulah masalah penyimpanan yang tidak tersusun. heheh tapi aku punya tak banyak sangat macam orang lain kut . (aku rasa)

Ada yang memilih open concept, dalam laci, dan pelbagai lagi. Sebaiknya aku prefer yang lebih sistematik dan cantik, dan kemas. Bila konsep terbuka pula ada masalah habuk pula.

Inilah masalah aku yang bertahun-tahun aku cuba selesaikan, agak sakit hati bila cara simpan kita tidak efisien. Ini merujuk kepada pengalaman aku sendirilah. Mula mula sahaja nampak cantik, kemudian berterabur dan akhirnya nampak tidak tersusun pula

Nak tau macam mana aku simpan kena baca sampai habislah heheh

Pelbagai Cara penyimpanan tudung

  1. Gantung
Cara simpan tudung

2. Simpan dalam laci

3. Almari tempah khas

4. Almari tempah khas dan pull out

Cara simpan tudung

Ye , aku dah melalui fasa separuh dari cara simpan tudung diatas. Sayangnya aku tak simpan pulak gambar , ini semua aku ambik dalam group FB Deko.

Namun aku tetap rasa tidak puas hati sebab tidak kemas ! Bila tidak kemas makanya kita tidak nampak tudung apa yang ada dan kita akan terus membeli dan beli. Tidak organised lah dengan kata lainnya

Bertitik tolak untuk membuat walk in closet, aku cuba optimised ruang dan kami study masalah penyimpanan yang ada kami sekeluarga

Masalah Penyimpanan sedia ada

Rumah yang aku duduki ini hampir berusia 20 tahun. Kami laki bini ni sejenis rela simpan duit untuk travel dan JJCM. So rumah ala kadar sahaja, keperluan basic tu ada tapi tidaklah beria deko seperti oranglah. Walaubagaimanapun, sebelum masuk kami dah extend rumah untuk kawasan belakang 10 kaki, sebab ini kira major dah. Orang kata “based” tu dah ada. Jadi aku boleh kata rumah kami tidaklah sehebat orang lain. Ala kadar sahaja.

So sepanjang hampir 19 tahun duduk di rumah ini kami banyak menggunakan almari almari yang kecil untuk bilik kedua dan ketiga, kiranya tidak seragam. Maka timbullah masalah masalah dibawah ini.

Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini kami dah cuba improve dan baiki beberapa kawasan yang agak kritikal sepertimana dalam entri aku tulis sebelum ini 11 cara ubahsuai rumah VS DIY. Bila ada duit kami buatlah. Nak tak nak orang kata kena menten, nak duduk sini lama lagi nih .

Kenapa kami gigih nak buat juga? haaa aku mari aku summarised kan reason utama kami gigih nak baiki. Dan beberapa benda ni kami buat sepanjang PKP. heheh thanks to our tabung travel + rumah yang kami simpan dari dulu.

Disebabkan tak boleh travel kami gunakan duit tersebut untuk selesaikan masalah dibawah.

  1. Tidak cukup ruang simpanan
  2. Cara simpanan kasut (suami) yang telah kacau 2 / 3 tempat
  3. Tempat simpan tudung yang tidak tersusun
  4. Tempat gantung baju yang terhad
  5. Toys iman tidak tersusun

Kesemua ini perlukan rancangan rapi, dan kesemua masalah ini kami cuba selesaikan didalam walkin closet yang akan dibina dengan mengorbankan salah satu bilik yang paling kecil. Seperti biasa aku adalah planner dan tukang pikir untuk kesemua ini.

Aku present idea kepada abam, dari segi perlaksanaan, bajet dan masa. Jenuh aku study dan tunjuk contoh kepada abam supaya objektif aku ni sampai lah seperti yang aku nak. hehhe sebab dia yang akan buat semua nanti . Kalau tak mampu baru kita panggil kontraktor

Orang kata ” cakap biar terang”

Cara penyimpanan Tudung dengan Billy Bookcase

Cara simpan tudung

So untuk walk in closet kami pilih set Ikea, Pax dan Billly . Untuk Almari tudung dan kasut kami pilih Billy Oxberg. Korang boleh tengok dalam website ikea harga untuk Billy Oxberg hanyalah RM369.00.

Murah bagi aku sebab aku pernah tempah satu almari khas (rujuk gambar 3 diatas) dalam bilik aku khas untuk tudung + handbag dengan harga RM650.00

Aku tetap tidak puas hati !

Aku tidak puas hati dari segi execution dari pihak aku sendiri. Almaari tu cantik dah.

Akhirnya aku jadikan almari khas untuk simpan kain pelikat, kain batik, sarung bantal dan telekung sahaja. Lagi aku puas hati.

Jadi kami ambil keputusan untuk menggunakan almari ikea.

Kami rebut pelung penghantaran 50% dari Ikea semasa PKP 3.0. hanya RM45 sahaja, know know dah sampai depan pintu

Pemasangan secara DIY dan sangat mudah!

Buat masa ini aku bahagikan ruang penyimpanan handbag di atas, dan ruang tudung di bawah. Modal tambahan dengan railing yang hanya bernilai bawah RM10.00 dan juga hanger khas tudung RM8.00 untuk setiap 10 unit. Muat untuk 40 hanger

Jadi dengan menggunakan almari BIlly bookcase ini aku dapat selesaikan beberapa masalah,

  1. Boleh melihat stok tudung dengan lebih jelas
  2. Tidak berhabuk sebab aku beli tambahan pintu cermin
  3. Tersusun
  4. Size almari Billy yang kecil untuk ruang bilik walk in closet

Buat masa ini aku hanya pasang 2 billy bookcase, 1 untuk kasut untukk koleksi suami aku. 1 lagi untuk untuk (handbag dan tudung). Jika cara penyimpanan ini berjaya kemungkinan aku akan menambah 1 lagi almari billy untuk tudung yang lain

Inilah Billy Oxberg… kalau korang tak cukup bajet, korang beli tanpa pintu tu .. macam rak kasut laki aku tu. Kemudian dah ada duit beli pintu, beli railing, beli hanger dah siap !

Tetapi aku boleh kata hanya 70% sahaja siap ruang simpanan ini sebab belum melalui betul betul proses finishing. Kalau boleh aku nak ia kelihatan seperti Built in Cabinet yang aku tengok dalam blog lain . Bila kami dah firm dengan susunan dan segmen yang kami buat, barulah kami akan buat finisihing untuk kelihatan lebih kemas

So, korang kalau dah buntu nak simpan tudung boleh cuba cara aku okay.

6 Comments

  1. Hasnita Sawal September 8, 2021
  2. MAMA REEN September 8, 2021
  3. maizan September 8, 2021
  4. Wawa azwa September 8, 2021
  5. netty September 8, 2021
  6. Maria Firdz September 8, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!