11 cara ubahsuai rumah secara DIY & Upah kontraktor

Jom kita ‘study’ 11 cara ubahsuai secara DIY dan secara upah kontraktor. Mungkin kita boleh mula dengan projek yang simple-simple terlebih dahulu, kerana perubahan ini pasti sedikit sebanyak mampu nak naikkan aura rumah semula.

Perkongsian ini dari sudut kos sekiramya buat secara DIY atau Upah kontraktor.

Sejak MCO bukan sahaja aku tapi satu Malaysia terkena penyakit mendeko rumah. Rasanya bila dah lama duduk dalam rumah baru sedar banyak barang yang perlu diperbakiki.

Pandemik COvid-19 membuatkan kita semua tersekat untuk travel dalam tempoh masa 2-3 tahun lagi. Untuk kaki travel macam aku aktiviti DIY and Deko ini dapat mengurangkan kesengsaran tidak dapat travel hahaha, sekurang kurangnya otak aku boleh berfikir untuk part deko.

Bajet bulanan untuk travel yang kami set tiap bulan makanya kita divert gunakan untuk baiki rumah.

Rumah yang kemas dan cantik adalah nyawa keluarga bahagia

Rumah yang belum mencapai umur 10 tahun dan masik elok tetap perlu dijaga dengan baik supaya jangka hayat barang rumah lebih lama seperti cat, restore kitchen cabinet dan lain-lain..

Kita pasti akan lebih rasa gembira dan seronok untuk tinggal di rumah sendiri yang teratur dan kelihatan baru. Samalah seperti hubungan suami isterikan . Kita kena selalu nurture gitu kan kaan. Kalau tak bosanlah

Manakala untuk rumah berumur 17 tahun seperti rumah aku ini pula ianya perlu menjalani proses baik pulih yang agak banyak bukan projek Deko semata-mata. Tetapi another level pulak samada, repair, buang dan ganti baharu.

Sesetengah orang mampu untuk membeli rumah baru, tapi untuk yang kurang mampu apa kata cuba baiki dahulu tambah zaman gawat sekarang aku pun takut jika terlebih belanja

Kalau ikut list yang aku plan nak buat ni, tersangat banyak tapi hahaha kenalah set priority. Nampak gaya macam boleh dilakukan semua dalam tempoh terdekat namun bergantung juga kepada tabungan bajet yang ada dan juga kewangan keluarga.

Semenjak kejadian tiles pecah menghantui kami pada tahun 2018, kami belajar suatu benda yang penting, kami kena asingkan wang siap siap setiap bulan untuk bajet baiki rumah. Terasa perit tau masa tu untuk aku dan suami nak keluarkan simpanan yang ada.

Okay here goes 11 cara ubahsuai rumah secara DIY atau simple projek dengan mengupah kontraktor yang kami buat sejak 2019 secara berdikit dikit.

1. Cat

Kalau malas sangat nak deko atau apa -apa korang mulakan dengan cat rumah dahulu. Ini pasti cukup membawa mood dan aura baru.

Kalau malas jugak touch up lah kawasan yang affected terutamanya kawasan anak anak telah conteng. Pastikan simpan Kod cat sebelum buang tin cat yer. Kami pula sepakat untuk buang wallpaper untuk kawasan bilik dan hall

Kalau sebelum ini pemilihan kaler adalah ‘warm” apa kata “cool’ pula kali ini or vice versa. Confirm korang akan rasa perbezaannya. Dan kami set satu rumah untuk warna yang sama supaya nampak lebih luas

  • Kos upah cat : RM700 – RM1000 utk double storey ( cat beli sendiri)
  • Kos DIY : Modal cat dalam RM200-RM300
11 cara ubahsuai rumah secara DIY

2. Accent wall

Accent wall atau modern wainscotting memang mampu untuk membawa impak yang besar juga untuk seri rumah. Hanya ambil sebahagian dinding rumah untuk hasilkan sebagai feature wall.

  • Kos Upah : RM 1.2-3k
  • Kos DIY : bawah RM500 (Tempoh masa 2 hari, April 2020)
    • Cat
    • Kayu
11 cara ubahsuai rumah secara DIY

3. Repaint Kitchen cabinet – Nyatoh

Kitchen Cabinet lama juga kalau dicat semula memang membawa perubahan dan mood kepada kita terutamanya untuk golongan ibu yang sering meluangkan masa di dapur.

11 cara ubahsuai secara DIY

So why not, kita repaint semula kitchen cabinet tapi this one hanya apply untuk kayu nyatoh. Kalau korang tengok gambar atas ni, KC warna brown itulah yang akan melalui proses ‘rejuvenasi” nantni

  • Kos Upah : RM1600 (harga survey)
  • Kos DIY : RM300 untuk cat pintu semula.

Beberapa shelf dalam Kitchen cabinet sedia ada telah rosak, jadi aku bercadang untuk upgrade kepada material stainless steel, terutama di bawah sinki. Kebetulan dapat jumpa tempat pemborong untuk barangan murah.

Target perlaksanaan bulan 8 or 9 nanti

4. Tukar back splash kitchen cabinet

17 tahun dahulu pilihan warna tersangat lah berbeza dengan zaman sekarang. Backsplash dahulu warna kuning, dan pada masa tersebut femes dengan tiles yang kecik

11 cara ubahsuai rumah secara DIY

Dengan peredaran zaman sekarang ramai yang memilih kaler neutral seperti putih dan light greyPilihan tiles subway putih menjadi pilihan untuk kali ini. Dan akhirnya berjaya di laksanakan tahun 2019.

Memandangkan tiles subway tersangat mahal jadi kita pilih tiles ala subway yang berukuran 2 x 1 kaki. Jimat hampir 6 kali gandaTarikh buat July 2019

Proses tiles ini agak rumit jadi kami hire small kotranktor untuk buat.

Waluabagaimana Ada 2 pilihan untuk korang.

  • Pasang wallpaper tiles secara DIY : RM100-200
  • Kos Upah tiles : RM600
    • Kos tiles Subway (2 x1 ) RM100

5. Bilik air

Projek ini agak major. Dan ini lah yang aku dah survey dalam masa 2 tahun, cuma belum dapat allocation yang cukup meneruskannya

  • Kos DIY :Epoxy cat untuk dinding dan lantai RM 300.00 (2nd option)
  • Kos Upah : Renovasi keseluruhan tukar tiles lantai dan dinding RM3000-RM5000
    • Tukar Mangkuk tandas dan sinki : RM 1500,
    • Upah pasang Rm 150-Rm300
    • DIY Tukar Pintu Bilik air RM 600- RM 1000
  • Target date : TBC ( bergantung pada bajet)

Pagi tadi masa drive tiba tiba dapat idea lain, instead of hacking keseluruhan tiles sedia ada. nak jimat kos kita pasang tiles di atasnya sahaja. senang cerita hahaha

6. Laundry area

Kesilapan kawasan laundry ini, tidak fulyy utilized storage yang ada. Penggunaaan rak ikea yang terbuka membuka ia nampak tidak kemas.

Perancangannya buang rak ikea dan tambah simple wardrobe di kawasan tersebut.

  • Kos DIY : RM1000 ( almari ikea)
  • Kos DIY2 : tempah platform dengan carpentar
    • Target date : Dec 2020

7. Master bedroom (Bilik)

Benda pertama yang aku buat adalah membuang wallpaper dan repaint semula dengan cat yang sama seperti di ruang tamu

  • Kos Cat : RM 100
  • Kos Tempah Wardrobe : RM740
    • Seterusnya menambah wardrobe khas untuk tudung disebabkan ianya tidak dapat disusun dengan baik
  • DIY Accent wall : Board & Battern (RM400)

Aku telah lakukan survey dengan beberapa kedai perabot seperti Ikea dan SSF untuk membeli almari sedia ada, kos dalam RM700-800 tetapi disebabkan kawasan sedia ada agak kecik lebih berbaloi untuk tempah.

8. Plaster ceiling Bilik No. 2

Masalah plaster ceiling untuk bilik no 2 agak teruk kerana terdapat kawasan bocor di bumbung . Hampir suffer beberapa tahun, akhirnya DIY sendiri berjaya mengekang kebocoran tersebut.

Kos baiki bumbung RM 3000-RM 8000 ( No budget) akhirnya husband gigih untuk perbaiki sendiri.

  • DIY : Gam bumbung

Terpaksa Upah kontraktor untuk baiki plaster ceiling kerana husban memang tidak berani untuk betulkan plaster ceiling ini

  • Kos Baiki Plaster ceiling RM 1,200-RM3000 (belum habis survey)

9. Work and Study area

3 bulan yang menyeksakan tanpa work area yang proper. Jadi kami decide untuk setup work area yang kami tidak pernah amik tahu sebelum ini

11 cara ubahsuai secara DIY

Ada beberapa fasa DIY yang kami lakukan

  • Meja dan drawer Ikea : RM600
  • Kerusi : RM 220
  • Feature wall : Tempah MDF board untuk Shiplap RM 440.00
  • Cat : RM 100
  • Aircond : Rm1000.00

Sewaktu post ini di publish, shiplap masih dalam work in progress kerana beralku kesilapan mengira size kayu tersebut. Kami akan kedai carpentar semula dalam masa terdekat.

10. Lantai Vinyl

Ini juga antara rojek DIY yang berbaloi dan murah Harga pelbagai samada tempat pemborong, online atau dikedai

  • Kos RM100-300

11. Perbetulkan Tiles yang jatuh

Beberapa tiles di kawasan laundry telah jatuh bertahun tahun tanpa dibaiki. Setelah beberapa projek DIY dilakukan so kita yakin untuk mulakan projek pelbaiki Tiles yang telah jatuh tersebut

  • Kos Gam : RM30-RM80

kalau korang nak buat projek renovasi yang agak besar boleh jer baca di https://gilahartanah.com/elak-masalah-renovate-rumah-untuk-newbie/ bagus untuk reference korang.

Aku dah melalui proses renovasi yang major dalam tahun 2003, dan 2009 dahulu. Paling besar pun nanti kalau aku gatal nak tambah kawasan depan rumah hahaha.

Aku harap perkongsian aku 11 cara ubahsuai rumah secara DIY dan membantu korang yang bercadang perbaiki rumah. Aku suka je buat DIY ni, macam kepuasan anak beranak

3 Comments

  1. Fieza Sani July 22, 2020
  2. Atul Hamid July 23, 2020
  3. Mrs Pip July 23, 2020

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!