Sinopsis Drama Syurga Untukmu Samarinda TV3

Sinopsis drama Syurga Untukmu di slot Samarinda TV3. Menampilkan lakonan Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana dan ramai lagi. Drama 15 episod arahan Ayie Mustafa dibawah terbitan Sha’s Media Sdn Bhd.

Disiarkan bermula 14 Julai 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3

Sinopsis drama Syurga Untukmu

Sinopsis drama Syurga Untukmu

Syarikat Radin Holding dimiliki oleh Herman dan isterinya Mulyani, syarikat mereka dalam proses meluaskan projek pembangunan syarikat dikampung Atiqah

Kesukaran tersebut membuatkan mereka meminta  Adi (Fahrin Ahmad) yg merupakan anak pemilik syarikat Radin Holding sendiri pergi ke kampung Indah untuk urusan jual beli tapi tetap menghadapi kesukaran apabila Atikah (Diana Danielle) berkeras tidak mahu menjual tanah pusaka milik keluarganya.

Hanya tanah milik keluarga Jamiliah sahaja yang belum dipersetujui oleh dipindah milik.  Dalam drama ini Jamaliah lakonan albaniah, digambarkan sebagai watak ibu yang telah mengalami lumpuh dan dijaga oleh Atiqah, anak gadisnya sebagai guru tadika dan juga sebagai penari kebudayaan. Atiqah tegas tidak bersetuju memberi kebenaran kerana berpegang kepada amanat arwah Haji Ismail (bapanya) berwasiat demikian sebelum meninggal.

Bagaimanapun berbeza sikap dengan adiknya Intan yang mengejar kekayaan, dia telah bertindak mengambil deposit untuk menjual tanah tersebut dari broker tanah, kerana dia tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan.

Atiqah meminta untuk Intan mengembalikan wang tersebut, ini menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama mereka. Mujur ada Pak Din, penghulu kampung memujuk Atiqah supaya bersetuju dengan cadangan tersebut,  namun Atiqah tetap bertegas.

Sinopsis drama Syurga Untukmu

Pada masa yang sama Hakimi anak kepada Pak Din berminat dan jatuh hati dengan Atiqah. Manakala Intan pula yang sebenarnya lebih berminat dengan hakimi.

Atas kesemua dan kekalutan ini Atikah amat marah dan menyalajkan Adi sebagai wakil, Syarikat Radin Holding menyebabkan kesusahan penduduk kampung dan memaksa menjual tanah hak milik mereka. Atikah pastinya sama sekali tidak  akan bersetuju menjual tanah tersebut keranaa ini amanat arwah bapanya.

Di KL, Adi mempunyai rakan baik bernama Lestari semenjak dari zaman persekolahan lagi. Mulyani (ibu Adi) rakan baaik kepada Hamidah (ibu Lestari) bercadang menjodohkan Adi dengan Lestari.Bagaimanapun Adi menolaknya.

BACA : Sinopsis drama chandelier

Dalam masa yang sama Pak Din berjumpa dengan Jamaliah untuk melamar Atiqah untuk dijadikan isteri Hakimi. Intan yang mendengarnya berasa cemburu, dia perlu bertindak segera dengan memberitahu kepada Adi yang juga telah jatuh hati kepada atiqah

Hakimi tekad, dan dia telah berpakat dengan Eizlan, seorang broker tanah melakukaan kerjaa jahat tersebut. Eizlan mahu mendapatkan jawatan sebagai CEO dalam syarikat Radin Holding milik bapa Adi.

Adi masih merahsiakan dirinya anak kepada pemilik syarikat Radin Holding. Adi bercadang rumah Atiqah akan dijadikan pusat CSR. Adi semakin rapat dengan Atiqah, . Satu kampung kecoh memperkatakan hubungan Atiqah dengan Adi

Manakala Hakimi mulai cemburu melihat perhubungan mereka dan mula memasang jerat untuk menjatuhkan Adi.

Maka pelbagai episod telah bermula dari kisah ini

Watak pelakon Sinopsis drama Syurga Untukmu

  • Diana Danielle sebagai Atikah
  • Fahrin Ahmad sebagai Adi
  • Yuna Rahim sebagai Intan
  • Ameerul Asyraf sebagai Hakimi
  • Julia Farhana sebagai Lestari
  • Noralbaniah sebagai Jamaliah
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Sefik sebagai Niezam
  • Fiza Thomas sebagai Jasmin
  • Ummar Dzariff sebagai Aiman

Info Drama Syurga Untukmu

  • EPISOD : 15 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 14 Julai 2020
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • PENULIS SKRIP : Syed Taufik Al Attas, Lynnda Sharudin
  • PENGARAH : Ayie Mustafa
  • PRODUKSI : Sha’s Media Sdn Bhd
  • PELAKON : Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Sefik, Fiza Thomas, Azza Elite, Rahhim Omar, Ummar Dzariff

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!