Idea surprise birthday suami | Aku ada banyak sebab kenapa kali ini aku bersungguh nak prank suami aku. Kejutan hari jadi untuk suami ini datang dengan tanpa dirancang. Alhamdulillah all went well udea birthday kali ini dan menjadi macam satu kenangan terindah pulak.
Table Of Content
- Idea surprise birthday suami datang tiba-tiba
- Teringin nak buat kejutan untuk suami dengan Deko hari jadi lawa
- Family bonding dengan idea birthday kali ini
- Husband tidak syak lansung idea birthday ni?
- Ambil kesempatan staycation di Port Dickson dan Prank sebenar
- Idea surprise birthday untuk boyfriend. pun boleh
Senang jer, hahah hire lah party planner. Jimat masa dan siap duit sahaja .
Idea surprise birthday suami datang tiba-tiba
Idea birthday untuk dia ni disebabkan covid-19. hahahah pelik tak? Ini pulak alasannya kan. Yer ini lah sejarah tahun 2020 untuk negara dan juga untuk suami aku sendiri.
Yelah kita dah berkurung selama beberapa bulan, bukan sahaja tidak boleh travel ke luar negara, nak rentas negeri pun tak boleh. Kalau ingatkan balik macam mana kita boleh survive duduk di rumahkan. Tapi itulah thanks to internet dan teknologi yang ada sekarang. Kalau tidak memang pishang.
Puas betul dapat buat kejutan hari jadi untuk suami I ni !
Puas sebab dapat tinggalkan satu kenangan yang indah untuk keluarga aku sendiri. Puas hati tengok muka abam dan iman sendiri yang berjaya prank papa dia
Teringin nak buat kejutan untuk suami dengan Deko hari jadi lawa
Aku memang suka benda-benda cantik macam deko hari jadi and ID. Bila benda cantik mood kita pun seronok sebenarnya. Sama macam aku buat birthday iman dulu dengan tema minecraft. itu aku DIY sendiri.
Mula-mula aku doubt nak buat surprise mcm ni. hahaha maklumlah jarang… jarang bak kata P. ramlee.
So aku just shoot dalam wasaap group alumni sekolah yang ada bapak2 jugak. Salah satu feedback yang aku dapat bapak ni sorang cakap baguih untuk family bonding, pastu ada lagi satu bapak ckp tak pernah dpt surprise and tak berapa minat. kata dia lagi Kalau birthday tunjuk je nak apa so masing2 pilih and bayar .
Hehe bertahun sis wat mcm ni. Dah macam tak best plak.
Masa memula dulu pernah sepraiskan amp gitar dalam bonet keter .. itu abam ingat sampai sekarang. Masa ni Iman tak ada lagi. Maknanya antara tahun 2006-2008.
And abam sendiri pernah sepraiskan sis sampai nangih dibuatnya. heheh ini tahun 2019 punya cerita. haah lah .. patut aku simpan kenangan ini dalam blog juga. supaya nanti aku tak lupa
Lain family lain cara, tapi kali ini sis pilih untuk faktor family bonding. Walaupun sis and abam sikit lagi nak masuk golden age jadi kita suka2 buat jerlah. And memang tak sangka abam jadi speechless sampai malam. Jantung berdebor katanya. Aahh gitew. Nanti sis edit and compile video dari a-z. Haha korang tunggu .. 😝
Family bonding dengan idea birthday kali ini
And then faktor anak sorang., aku memang kena selalu kreatif nak layan dia . Kalau tidak mmg dia akan cepat bosan dan melayan hp. And dia super excited because dia part of master plan. Sanggup keluarkan duit raya utk belikan hadiah utk papa dia, saja nak ajar dia supaya tak kedekut dengan mak bapak..
In fact dia willing to spend more utk hadiah. Mama dia yang tahan hehe. Iman hadiahkan Tshirt Timberland untuk papa dia, dan lepas tu ada hati nak tambah tshirt sacoor pulak. eh.. budak ni kemain erk,
So mission accomplish for year 2020.
Projek travel put on hold jom kita buat projek gila2 hehe.motivasi tahun ni untuk create memories for my hero kecik .. jadi bila besar harap dia akan ingat segalanya ..
and yes kisah bunga cinta lestari and asraf sinclair buatkan aku sangat sangat hargai family. We never know guys …
Husband tidak syak lansung idea birthday ni?
Birthday abam sebenarnya pada 02 07 1972, so malam tu (01012020) dah treat dinner di 3 Sons bistro konon. Padahal aku yang teringin dan mengidam nak makan clam cream di situ. But aku dah cakap kita pergi celeberate dekat sini lah sebab tak sempat beli hadiah.
And then pada hari 02 07 2020, kebetulan ada outing dengan group project lunch and makan durian di langat. Aku work from home dan aku bawak iman sekali ke sana.
Memang sedap durian tu. so rasa bersalah tak bawak balik durian untuk abam, we all decide beli seketul musang king. So ini Idea surprise birthday suami secara impromptu, so tak adalah deco kek untuk suami, tapi ada buah durian hahahah
TUnggu abam sampai rumah, dan we all nyanyi happy birthday. . So dia ingat setakat itu sahaja lah hehhe. siap buat ucapan hari lahir untuk suami dengan video dibawah ni.
Ambil kesempatan staycation di Port Dickson dan Prank sebenar
Aku ni dalam usaha nak abiskan credit AIRBNB yang aku dah collect bertahun dari blog. Sepatutnya aku plan nak pakai untuk trip travel tahun ini. Nampak gaya tak kemana ah disebabkan pandamik covid-19 nih.
dan credit aku banyak nak expired starting this July. aghhh… so we all terus amik peluang untuk staycation dia lexis hibiscus Port dickson
Sebelum tu aku memang dah contact party planner 2 minggu sebelumnya untuk fikir idea surprise untuk suami. Teragak agak sebab tak berapa pandai kan. tapi kali ni aku nekad lah. Paling best we all dah cakap petang nanti kita pi jalan tepi pantai sebab di kawasan lexis ni pantai tak berapa nak best sangat
Abam follow jer hahahaha.. sebab dia selalu ingat aku ni blogger dah tanya semua kawan kawan .
Sampai dekat kawasan tu abam nampak lah setup birthday tu .. dia cakap eh cantik aaa.. jom kita mintak permission amik gambar. Dia ingat ini macam dekat bandung, yang kita kena bayar untuk amik gambar hahaha
Pastu aku cakap jomlah kita tanya boleh ke idok hahaha…. akak party planner pun prank dia sekali sebab dengar aku cakap aah ni berbayar. Pastu dia orang nyanyi birthday untuk dia terus muka dia speechless sebab tak sangka langsung katanya. hahah seronok bila Idea surprise birthday suami ni menjadi.
Sampai ke sudah dia kata macam tak percaya and rasa guilty tak belikan hadiah apa apa untuk bini dia nih aritu hahaha… aku okay jer sebab aku buat ni untuk ‘ family bonding’ dan aktiviti holiday untuk famili.
Idea surprise birthday untuk boyfriend. pun boleh
Puas hati dengan party planner yang bantu aku merealisasikan idea surprise untuk suami kali ni
Bila prop cantik, amik gambar pun best hehe.
Pada hari kejadian Ada 3 props yg berdekatan utk surprise birthday, kiri kanan amik tema merah. Sis amik white and silver… hehe turns out, abam suka and dia tau mmg ni taste bini dia yg clean clean camni.. haa ni tips penting tau.. kaler tema putih selamat sbb tgk bground belakang tu mcm2 kaler . And sweet kan kaler gambar ni 😍
Walaupun sis minat deko and setup mcm ni, hahaha x de maknanya nak buat sendiri.. kelam kabut jadinya.. jadi kita hire jer party planner @surpriseplannerportdickson utk setup.
Suprisingly chicken chop sedap, kek pun okay. Rupanya chef yg masakkan, patutlah “berasa”.. and i’m satisfied customer 😍
Mula2 takut juga nak hire org, tapi ini kalilah … hahaha bila lagi nak wat surprise mcm ni kan. Hehehe ..
No Comment! Be the first one.