Sodapnya balun clams di Two Sons Bistro

Nak citer pasal Two Sons Bistro. Macam mana boleh terjebak ke sana ?? hahaha.. Ini semua pengaruh media sosial lah. Ni semua sebab salah sorang geng blogger IQ dah terjah awal awal ke Two sons bistro. Hahah mmg berhantu, memang dasyat. Terliur betul tgk dia share di Instagram tu tau… eeee .. geram.

twobistrolagi

Tambah- tambah kaki makan macam aku yang suka mencuba benda benda yang baru. Jadi rasanya aku pun nak share juga dgn korang, you all patut datang and cuba sebab lain pesen sikit cara makan nih…

twosonsbistromenu
two sons bistro
den tetap cari kopi

Lokasi Two Bistro ni di area shopping complex Publika, sebelum-sebelum ini memang tak perasan pun sebab dia berada di block lain.

Lokasi Two sons bistro di Publika

  1. Publika
  • A4.G2.08, Ground Floor, Block A4, Publika,
  • Solaris Dutamas, 1,
  • Jalan Dutamas,
  • Kuala Lumpur

2. KLCC

3. Pavillion

 

Nak makan apa di two sons bistro?

Kami anak beranak memang kaki seafood, asyik asyik  terjah manhattan fish market jer, sebab itu jer tempat yang tau kalau nak cari king crab. Ini memang maberles.. hahaha.. kalau ke shopping complex memang senang kan nak jumpa  manhattan fish market nih. Satu lagi fav kami MFM mussle with garlic butter sauce.

Jadi kali ni kami terjah pula restoran lain yang menyajikan makanan seafood dalam konsep lain.

twobistro3

Sapa peminat clams and mussle korang kena mari sini. Serius!  sedap. Tapi kalau jenis kena makan nasi jugak err.. macam sikit problem sebab ianya di serve bersama roti.

Memula tu tak reti nak placed order .. heheh orang kampung gitew.  Tapi waiter dia okay melayan soklan-soklan kami. Memang ada pilihan. Yang pasti kami cakap kami nak yang rasa pedas pedas. And then ada pula pilihan nak size pot tu besar mana .

Memandangkan kami ni jenis tak makan banyak dan lebih kepada konsep nak merasa, so kami pilih size kecil.

Plan datang ke publika semata mata nak cuba makanan kat sini sahaja, memang malas nak jalan ke tempat lain. So we all mmg nak bermalasan dan bermakan hehe di sini.

Iman as usual akan order spaghetti tetapi hanya based tomato sauce samada bolognaise atau pun marinara well sama macam mama dia lah jugak. Kiranya nak soh cakap mana tempat yang best makan spaghetti hehehhe boleh tanya kita orang laa.

Selain dari situ disediakan air kosong free flow, sangat penting okay hehhe.. dapatlah jimat sikit kununnya… owh ini tips kalau nak p tempat makan mahal, korang tak yah lah perabih duit tang air.. hahaha tapi hari tu mama dia teringin juga nak pekena kopi kat sini sedap ka dak.

Order Mocha ice spt dalam gambar tu.. huh..! pekat…. sikit heavy for me. or aku tak letak gula lansung erk??

Tapi iman stil nak order ice lemon tea, nak rasa yang manis manis pulak budak tu. Tapi confirm tak habis tu.. poyo jer lebih.

So masa food tu di serve huh.. semerbak baunya weh … kami sengaja ambill pot yang kecik sebab takut tak sedap.. tapi dah 3 beranak hantu seafood memang rasa tak cukuplah. Iman enjoy dengan spaghetti nya. Tak sempat nak ambik gambar sebab terus kena Ngap!

macam aku cakap awal tadi  kalau orang jenis nak makan nasi memang tak kenyang kut, tapi disebabkan sauce or gravy tu sedap sangat sampai kami minta tambah roti tu. Puas lah!

two sons bistro
haaa makannya gini… boleh kenyang jugak untuk aku

kedua dua dish yang kami order tu rasanya macam hangit hangit. sedap oit.. bukan yang hangit tak sedap.. susah nak dapat rasa macam nih .. pernah dpt rasa mcm ni masa makan buffet di hotel majestic, terus teringat ingat spaghetti tu. so korang yang datang ke two bistro ni memang kena trylah.

Susah nak dapat yang macam ni sebab aku rasa cara masak tu, kalau g pizza hut rasa spaghetti tu macam masak kat rumah jer… silap silap korang masak lagi sedap.

BACA : 7 Tempat Makan Best Mesti Cuba di KL & Selangor

Since hari tu  memang kita orang makan pun dah lambat, lapar so rasanya kami makan memang laju sangat. Abam kita pun ulang kali cakap , wah ini memang lain dari yang la, kalau tak makan yang lebih kurang sama sahaja. dok puji lah kita ni baguih sebab bawak mai sini hehehe.

Happy husband, happy tummy, happy me.

Lepas tu gatal pulak tengok balik menu.

Kita orang terus nak rasa dessert pulak. Nak try key lime pie pulak. Selalunya peminat choc kek, tapi sebab memang nak rasa lain. So kita orang trylah… dah order tu opkos kena order kopi panas pulak hahah.. baru ngam kan gitu.  I suka.. sedap, satu yang baru untuk penggemar chocolate sahaja macam aku nih .

two sons bistro
key lime pie yang ala ala masam yang best

Ambience yang cosy

I is suka ambience sini, very cosy and memang sedap lah kalau rileks rileks bersama family di hujung minggu. Kalau malas nak turun parking boleh je pakai parking velvet parking betul betul depan kedai tu haaa… terus masuk kedai nanti heheh.. tapi RM15 yer…

so apa lagi.. p lah try… hehhehe. I mmg suka makan, tapi kita cuba sikit sikit jelah kan… ada orang cakap,  beef ribs nya sedap jugak… ni I asyik makan dekat TGI friday jer.. dok ulang situ jer, nantilah kalau ada rezeki kita p terjah sana lagi lah erk.

two sons bistro
best je nak lepak lepak kat sini..

15 Comments

  1. sueizza December 11, 2017
    • azni December 12, 2017
  2. IQ aka Izyan Balqis December 11, 2017
    • azni December 12, 2017
  3. Shazillah sani December 12, 2017
  4. Nina Mirza December 12, 2017
    • azni December 12, 2017
  5. TATI MANSUR December 12, 2017
    • azni December 12, 2017
  6. Lynda Che Lah December 12, 2017
  7. ema December 13, 2017
  8. Dorsett Pink December 13, 2017
    • azni December 14, 2017
  9. Norliza Nordin December 15, 2017
    • azni December 18, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!