Anak yang menggembirakan ibubapa. Iman berjaya buat surprise

iman-berjaya-buat-surprise Rasa tak sabar nak menulis pasal iman ni, macam macam terbuku dalam hati. Iman berjaya buat surprise untuk mama & papa minggu lepas. Ada rasa lucu, hairan, bangga and pelik. Tapi inilah pengalaman Anak yang menggembirakan ibu bapa

Tapi abam ulang kali cakap, tak payahlah share di media sosial pasal ini sebab jauh lagi perjalanan si iman ni. Jika di bandingkan dengan orang lain ini tak ada apa lah katanya. Betul juga. Tapi korang paham kan naluri seorang ibu ni… dalam hati ni bergetar ya amat, sampai saat menulis ni pun dok tanya “napa yer”.

Bahagianya kalau berterusan dapat didik iman jadi anak yang cemerlang dunia akhirat.

iman4
mama and papa yang terkejut kena bagi ucapan. credit gambar dari aunty nany

Sebenarnya minggu lepas dalam majlis kecemerlangan Iman berjaya mendapat tempat sebagai Tokoh banin (lelaki) bagi tahun 2017 dan berjaya mengalahkan senior yang lebih atas darinya.

Kami hairan juga kerana resultnya bukanlah hebat sangat, banyak lagi yang kena improve tu, Lucu sebab anak laki ni tak seperti anak perempuan mereka kurang bercerita pasal sekolah, Bangga itu pasti sebab dia dihargai, Pelik sebab kadang kadang perangai anak di rumah tidak sama seperti di sekolah, yerlah kadang- kadang culasnya kalau nak  buat sesuatu dan kadang dia penakut juga, Iman juga ada masalah gajet macam budak budak lain.

BACA : Kenapa sekolah integerasi jadi pilihan

Berjaya buat surprise, anak yang menggembirakan ibu bapa

Sebagai ibu,  syukur ya amat!! Kami hanya tahu iman dapat No 1 dalam kelas, tak tahu pula dapat anugerah lain. Kami andaikan award ini dari kecemerlangan akademik, korikulum dan sahsiah. Masyallah syukur ya amat, sebab ini lah yang kami idamkan.

Bukanlah  kami nak jadikan dia pelajar yang mendapat no 1  tapi yang sahsiah itu yang lebih penting. Bahagianya rasa kalau iman menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat, itulah impian semua ibu bapa kan.

Tapi deep in my heart sebenarnya, mencari apakah x Factor yang guru guru iman nampak pada dirinya. Apakah yang kami sebagai parents tak nampak ?  Sedih juga kalau kami sendiri tak nampakkan.

Orang kita

Dalam hati ni memang berbolak balik. Orang melayu selalunya rasa malu dan merendah diri. Tapi kalau orang barat pula sense of appreciation itu tinggi dan boleh menaikkan semangat anak itu sendiri, and memang proven mereka lebih berkeyakinan tinggi. Cuba dengar cara dia orang puji anak anak.. kita ni kedekut pujian erk. ?

Korang faham kan, apa yang aku ingin sampaikan?. Ada masa rasa nak share betapa happy nya kita sebagai parents tapi ada satu perasaan yang menarik untuk tidak meluahkannya, Malu, takut jatuh riak and bla bla.. tapi .. eh tu anak ko tu. we should be proud of him. Yup.. memang bangga. Dan kami luahkan pada iman betapa happynya kami, dan di balas dengan senyum simpul dan gigi rongaknya.

so which is which?

Iman bukan lah anak yang sangat excellent ( see… salah tak aku cakap macam ni?, sebenarnya aku takut kalau keluar perkataan yang timbulkan riak, tapi dalam masa yang sama macam tidak menghargai pulak)..

Tapi apa yang aku nak cakap, ada budak lain yang lebih hebat darinya dalam mata pelajaran, ramai rasanya.. Iman ada buat salah juga, alhamdulillah kami suami isteri tetap tegur setiap kesalahan dia.

 

Anak yang menggembirakan ibubapa

Fobia cerita anakku sazali, jadilah anak yang menggembirakan ibu bapa

Iman is the only child.  Setiap kali orang tanya berapa anak? dan bila orang tahu iman the only child semua orang akan cakap ini mesti manja ni. Jadi fobianya kami dengan cerita “anakku sazali”.

Serius kami takut. So selain dari pengalaman sendiri memang ada attend juga beberapa siri parenting talk. Disebabkan dia seorang sahaja maka terpaksalah kami untuk memberikan yang terbaik untuk dia, tidak seperti orang lain yang punya ramai anak.

We only have one bullet!

Segalanya kena tepat, tidak boleh tersasar. Jadi kami suka sahaja melihat dan mendengar pengalaman ahli keluarga dan kawan kawan yang membesarkan anak anak sebagai panduan dan garisan untuk iman. Semua ibu bapa pasti mengimpikan anak yang cemerlang dunia akhirat dan anak yang menggembirakan ibu bapa

BACA : Jangan marah anak?

Moga pengalaman orang lain ini sama-sama kita cuba dan try. Insyallah kita tambah satu satu satu, kutip pengalaman dari orang lain. ( moga ramai yg bg feedback dan boleh tambah list dibawah ini.

1.Jaga solat
Dari perhatian aku sendiri dalam ahli keluarga abang aku sendiri, anak sekecil 7 tahun kalau tak solat memang kena tibai. Tapi anak2 sedara tu aku tengok bila dah besar, memang jalan dipermudahkan walaupun mereka tidak lah excellent dalam pelajaran masa kecik.

Parents nya sekali sekala sahaja menyingga bab pelajaran. Berbanding dengan anak sedara yang agak culas. Memang lain sikit. Alhamdulillah sekolah iman pun banyak membentuk dia untuk lebih jaga solat.

Dengan iman memang kami sendiri berterus terang dengan dia, dia akan dirotan kalau tak solat dan dia terima itu sebagai hukuman padanya. Alhamdulilah setakat ini belum lagi walaupun dia pernah sembahyang sampai tertidur waktu sujud.

2. Anak lelaki kena lebih bertanggungjawab
Aku dengar satu ustazah ada cakap. selalu orang risaukan anak perempuan kalau kawin tak pandai buat kerja. Sebenarnya kata ustazah anak laki itu lebih penting yang akan mencorakkan keluarganya nanti. Sekarang biasa dengar wanita yang menyara keluarga sebab kurangnya didikan pada anak lelaki.

Simple tips dari ustazah tu sendiri, suruh anaknya sekecil 7 tahun untuk jaga stok pantry rumah. aku setuju sangat2 bab ini. Jadi untuk Iman pula kena lipat baju sendiri bila kami sama sama buat laundry, wajib angkat pinggan sendiri dan kadang kadang perlu buat kerja rumah yang lain walaupun tak lah sekemas mana. Janji buat.

3. Tiada yang free, iman kena “kerja” untuk dapat upah
Dalam umur dia sekarang dia punya 2 minat. Bola + alat tulis smiggle. Kalau bab makan selalunya aku tak berkira untuk belikan pada dia , tapi kalau untuk benda lain selalunya kami explain kenapa dia tak boleh dapat sewenangnya.

Iman nak pencil box smiggle jadi taruhannya dia kena dapat No 1 baru boleh miliki pencil box tersebut dan dia work for it, dah dapat untuk periksa pertengahan dulu.

Sekarang iman aim satu boot nike untuk kasut bola. Boleh… kami cakap tapi syaratnya kena baca 5 buku seminggu dan hari sabtu dia akan dapat upah RM3 untuk buku yang dia baca.

Papa dia pula setkan kena jaring 20 goal dlm kelab bola dia baru papa support. (mahai oooo kasut tu….)  Bila aku cerita anak david bechkham (sbb dia minat bola jadi contoh semua berkenaan bola) pun kena kerja walaupun dia millionaire. Iman setuju lah nak buat kerja kerja rumah.tapi ada masa dia ting tong juga kalau mood tak betul.

4. Main bersama – aktiviti keluarga
Work hard, play hard, study hard. Dari main bola, berbasikal, pergi karaoke dan even belajar pun kami buat bersama sama, kalau musim periksa memang sama sama berkampung dalam bilik dia sambil lipat kain.

sekali lagi kena bg contoh bola…CR7 tu, mcmamana tak hebat iman.. kul 5 pagi dah dekat padang. Sebab itulah dia hebat. Kena kerja kuat baru dapat macam tu. Heheh baru dia dapat relate.

5. Tanamkan Leadership value
Masa attend talk dari pakar motivasi Zaid mohammad, dia cakap tak payah nak paksa anak belajar and bla bla. First sekali kena tanamkan leadership value semua akan datang sendiri.

Bagus talk dia, penyampaian nya pun lembut. boleh refer di Fb https://www.facebook.com/ZaidMohamadSmartParenting/

So what we did, walaupun iman seorang dan tak ada beradik We all selalulah cakap pada dia. Iman tu lelaki kena gentlemen, Kalau kawan perempuan or cousin perempuan kena dahulukan mereka contoh kalau naik kereta pastikan mereka naik dulu.

Sekali je pernah cakap pada dia . Bila dia tolong buka kan pintu, angkat bag hahah.. mak touching sangat nak oit..

6. Paham kan dia
Kadang2 kita ni cakap terlampau laju, ingat anak anak paham. Sebenarnya ‘frame of reference mereka dan kita jauh beza. Walaupun kita tengah marah, kita kena fahamkan mereka.

Ada something yang rasa kena share, masa iman periksa awal tahun sebenarnya dia jatuh, masa itu kami pun macam bereksperimen dengan iman. Kurang bagi latihan dan mengharapkan dia sendiri. Jadinya Iman  kena pindah kelas lain  dan dia amaat sedih, dia nangis.

Aku pun memang ambil kesempatan untuk marah dan tegur kerana masa itu dia terlebih main dengan gadget. Air mata dia baring di atas katil tu memang aku boleh ingat lagi sampai sekarang. Memang dia sedih dan faham atas kesilapan dia. 

Tak berniat pun nak buat dia stress tapi nak dia faham atas tindakan dia yang tak belajar bersungguh sungguh. Dia belajar “sesuatu” hari itu dan aku pahamkan dia kenapa dia mengapa bla bla. dan dia sendiri agree untuk bermain hp pada hujung minggu sahaja. ( tapi dah abis sekolah ni sakan pulak dia main hehehe)

Anak yang menggembirakan ibubapa

Masih menjadi timbul tanya sebenarnya, apakah X factor itu, Nak tanya pada guru gurunya ada perasaan malu. Macam poyo pulak rasanya, tapi hati nak tahu juga.  nanti lah bila mama dah berani. 

Yang pasti semua ibu bapa sekarang ni bukan hanya nak lahir dan bentuk anak yang bagus dalam akademik tapi yang lebih penting dalam sahsiah. Semua ibu bapa pasti mencari formla terbaik untuk mendidik anak cemerlang dunia dan akhirat

BACA : hari anugerah Sekolah Rendah Integrasi Puncak Jalil

Update : Akhirnya Mama beranikan tanya Mualimah/ guru sekolah iman

Malu sebenarnya nak tanya kenapa iman terpilih.. (kenapa malu erk?) hahahha entahlah… sebab rasa bukanlah award yang besar pun, tapi hati ni macam naaaak sangat tahu X factor tersebut dan supaya iman pun tahu apa kelebihan dia.

Alhamdulillah, katanya sebab iman punya pencapaian akademik yang baik, aktif sukan dan paling penting sahsiah yang elok. Tak pernah sekali pun dia melawan atau meninggi suara dengan guru-guru, malah amat hormati mereka. Aduh.. sebak dada mama bila baca wassap guru sekolah.

Moga iman akan terus istiqamah membesar jadi anak yang soleh.. moga satu hari jika iman tersasar jauh iman baca semua catatan entri ini bagaimana harapan parents dan guru guru yang mengajar dia..

Yang sebenarnya takut nak besarkan anak zaman sekarang ni… tapi ini cukup membahagiakan.

komen

Baca : kalau nak anak jadi orang ibu kena jadi garang 

23 Comments

  1. Nany November 20, 2017
    • azni November 20, 2017
  2. Khadeejah Hasmad November 20, 2017
    • azni November 20, 2017
  3. IQ aka Izyan Balqis November 21, 2017
    • azni November 21, 2017
  4. Yanty Lee November 21, 2017
  5. Leyla Nurjatiey November 21, 2017
  6. Munirah Izzan November 21, 2017
    • azni November 21, 2017
    • azni November 22, 2017
  7. Lynda Che Lah November 22, 2017
    • azni November 22, 2017
  8. Mama Kembar Tiga November 22, 2017
    • azni November 22, 2017
  9. Wadah November 22, 2017
    • Wadah November 22, 2017
    • azni November 22, 2017
  10. Anuar November 27, 2017
  11. Nadia Johari December 7, 2017
    • azni December 11, 2017
  12. Jannah October 5, 2018
    • azni October 5, 2018

Add Comment

error: Content is protected !!