Aduhh pening, Jubin lantai meletup dan pecah

Jubin lantai meletup dan pecah  secara tiba tiba ni  confirm boleh buat korang laki bini pening kepala tau.  Ini lah benda yang berlaku pada kami awal bulan Ogos hari tu betul betul sebelum trips aku nak Perth. Sedang elok elok baca pasal perth di internet. Tiba tiba je kita orang dengar bunyi meletup-meletup kuat. Tiles meletup hoiii. Macam bunyi mercun. Nah aku share pengalaman aku fahami punca jubin meletup

Bunyi Jubin meletup menyeramkan

Hanya keluar bunyi ” tiiik…. tiik… tiik “ untuk seberapa seketika, rasanyalah dalam beberapa minit. Lepas tu .. haaa tu dia.. terus meletup “Prak…. Prak…” macam gempa bumi.

Jubin lantai meletup
Jubin yang mula mula meletup dah pecah

Aku tengok Terbuka dan terjungkit dua tiga jubin yang berdekatan. Memang tak sempat nak ambik video. Berlaku terlampau pantas. macam gempa bumi dah aku tengok jubin pecah ni.

Serius panik. Sebab kekonon rasa eh ni gempa bumi lah. Mendapan tanah lah. Memang macam blur tau. Dan sewaktu benda ini berlaku dalam waktu malam seingatnya dalam pukul 9 malam. Oh dan pada masa ini berlaku waktu siang dinegara kita terlampau panas. Ada kaitan tak agaknya yer?

Tepuk dahi kita orang.

Apa nak buat pun tak tahu. Terus lah we all bukak laptop and google kenapa jubin meletup tiba-tiba. Terus dah tak study pasal trip nak pergi Perth. huhuhuu.. ni antara infor dari  sinarharian yang aku dapat baca

So banyak lah info yang kami dapat sebab- sebab berlaku ini. Tapi masih tak puas hati so kami pun gigih bertanya dengan kawan kawan yang lain.  Pelbagai assumption yang keluar  pasal Jubin lantai meletup dan pecah ini . Yerlah case ini sangat rare. Tidak semua orang bertuah untuk mengalami masalah macam ni kan.. huhuhu

Dalam kepala otak ni terus terbayangkan RM yang akan melayang nanti. Abislah tahun depan dah tak boleh travel. Giler serabut.

Clueless cara baiki jubin lantai meletup ni!

Kami tinggalkan rumah dalam keadaan jubin pecah disana sini. Dengan harapan dia tak merebak. Dan  akhirnya kami tetap pergi Perth keesokkan hari, lupakan hal ini sementara waktu. Sebab benda dah nak jadikan. Alhamdulillah memang kami enjoy dekat sana sambil gelakkan diri sendiri nak tanggung kos yang tak dijangka.

Plus nak melayan habuk habuk dalam rumah nanti.

Sebenarnya kami cuba berlapang dada dan anggapkan ini hanya dugaan kecil jika dibandingkan dengan masalah  orang lain. Or (aku ni biasalah) terus terpikir maybe zakat tak cukup bayar ker, sedekah tak cukup ker. Sebab sebahagian pendapatan kita kan hak milik orang lain juga.

Eh… ter divert cerita lain pulak.


BACA: 11 CARA UBAHSUAI RUMAH CARA DIV VS BAYAR KONTRAKTOR

Back to reality terus pikir nak baik tiles meletup

So apa yang berlegar difikiran kami suami isteri, adakah kemungkinan besar kami perlu menggantikan jubin pecah yang terlibat atau satu kawasan penuh family area. Kalau separuh adakah kami yakin kawasan lain tidak affected.

Kedua, sanggupkah nak lihat jubin yang berlainan warna. Aduh sakit mata ni nanti. Jadi kami mula panggil beberapa kontraktor untuk dignosed dan sebut harga. Sebab memang clueless lah pasal benda ni. Cuba cari info di internet pun tidak mencukup. Jadi disinilah aku rasa aku  perlu share pasal dark history in our life gitew..

Jubin lantai meletup
proses bongkar tiles dah settle now letak tiles baru pula

Punca Jubin lantai meletup dan pecah

  1. Jubin 2 x 2  mudah pecah
    kontraktor mengatakan kebanyakan kes owner yang bersize begini yang banyak menghadapi masalah jubin pecah. Luas permukaan yang besar dan terdapat ruang udara
  2. Jubin baru di bina atas jubin lama
    Kerana tidak mau rumah terlampau berhabuk, kontraktor terdahulu mencadangkan kami bina jubin baru diatasanya. Jadi faktor gam yang tidak kuat. (sendiri punya salah)
  3. Tidak Cukup ‘ Gam”
    Untuk pemasangan jubin, perlu pakai simen gam yang khas. Jadi kemungkinan tidak cukukp kuantiti diletakkan
  4. Jubin terlampau rapat
    Kesilapan kami dahulu, kononnya tidak suka jarak jubin yg renggang. So ini sebenarya tidaklah bagus sekiranya ada ‘ pressure’ dari faktor perubahan tanah atau suhu. Pemasangan mozek yang tidak mengikut spesifikasi.
  5. Tanah di tapak rumah mendap.
  6. Tidak menggunakan besi BRC pada tapak lantai.
  7. Kesukaran pemasangan konkrit sekata pada semua bahagian mozek terutama untuk mozek bersaiz besar menyebabkan terdapat poket udara yang boleh mengembang.

Cara baiki jubin Meletup

“Apa nak buat kalau jadi macam ni?”

  1. Cara untuk baikinya kita perlu umpil balik jubin yang telah dipasang.
  2. Selepas itu, bersihkan permukaan dasar lantai dari kotoran yang melekat dan biarkan hingga dasar lantai kering.
  3. Pasanglah jubin yang baru dengan pelekat yang elastic. Salah satunya adalah pelekat dengan bahan polyurethane dan letakkan joint sealent setebal 2cm pada permukaan jubin dengan dinding.

Kes aku agak rare! meletup selepas 10 tahun

Salah seorang kawan aku dalam bidang arkitek cakap, agak pelik sebab ianya berlaku selepas 10 tahun dari tarikh we all  pasang jubin ini. Sekiranya memang ada masalah gam tidak cukup, selalunya berlaku pada 3 tahun pertama.

Pelikkan !.. heheh. so kemungkinan faktor jubin yang terlampau rapat yang menyebabkan ianya berlaku.

cement
antara cement gam yg dipakai

Tiba-tiba tiles merebak pecah area dining pulak

Aduh, tambah masalah masalah lagi. Sewaktu aku on the way ke rumah kawan untuk small gathering, Abam call katanya Jubin dining pula dah terjungkit. Tepuk dahi kali kedua.

Habis meja makan pun boleh terangkat katanya. No choice terpaksa rush untuk beli tiles lagi sebab we all ada 1 hari lagi dengan kontraktor ni. Hati tak tenang sewaktu aku ber gathering dengan kawan kawan. Huhuhuh itupun terlambat sampai rumah.  Kami perlu selesaikan dengan segera sama ada pilih tiles yang sama atau berlainan size untuk mengelak melarat ke kawasan dapur pula.

Dah kena pikir RM tambahan.

So lesson learned !

Harapnya pengalaman kami dapat membantu orang lain yang jugak nak buat renovation nanti.  Cuma kami bersyukur sebab selama hari ini kami hanya bergantung kepada wak kontraktor yang sama kebetulan dia pulang ke Indonesia. Kami memang trust betul dengan wak ini. Banyak dah buat projek dengan dia.

Harga baiki Jubin lantai mahalnya

Kami mencuba memanggil 2 kontraktor yang lain. Alhamdulillah dapat 2 harga yang berbeza. Sekurang kurangnya dapat membuka mata kami harga renovation dengan wak yang sebelum ini agak mahal rupanya. Aduh rasa tertipu sangat!

Kontraktor yang kami dapat ini hasil gugel di FB. Kerja memang pantas dan murah . Walaupun mula mula agak takut takut. Total hari yang diambil dari hack sampai siap 4 hari sahaja.  Kualiti pun bagus dan yang penting murah separuh dari harga yang lain.

Workmanship tak se perfect mana tapi okay laa. Boleh compramise dengan harga yang dapat. Adalah rasa tak puas hati sikit sikit. Mungkin kurang monitor dari pihak kami

Kalau sapa sapa berminat nak no dia .. sila  DM sis di IG. rasa takut pulak nak share nanti ada orang marah ker kan.. takut orang cakap kacau harga market.

Atas benda yang berlaku ini membuatkan kami terus terfikir perlu mengasingkan duit kecemasan khas untuk perkara sebegini. Selama harini ini hanya fokus untuk tabung simpanan masing masing dan hanya mempunyai tabung travel bersama.

Jubin lantai meletup
Yeay dah siap dalam masa 3 hari. tapi … nampak tak dining area kat belakang tu dah pecah juga

Simpan duit maintenance rumah

Malang tidak berbau, tidak pernah terpikir akan hadap masalah ini. Bayangkan jika kami tiada simpanan. RUmah aku akan berselerekan, berdebu dan merbahaya.

Jadi contribution kami laki bini dari RM300 sebulan seorang kami bersetuju untuk tambah jadi RM600 seorang.  Rumah yang dah hampir 15 tahun ini memang memerlukan maintenance setiap tahun.  itu belum lagi masalah bumbung bocor, kabinet almari rosak dan pagar pecah hahaha…. sekarang kami perlu prioritized kan apa yang perlu.

Beginilah kehidupan rumahtangga, huuhuh memang memerlukan pengurusan kewangan yang betul.  Kali ini terpaksa lah kami suami isteri ambil dari tabung simpanan masing masing jer. So lepas ni kena buat tabung lain pula.

ieka
berangan nak buat konsep macam ni pulak. nak kaler scheme macam ni lah

Update kisah rumah musim PKP2020

Dah 2 tahun berlalu kisah jubin pecah ni, heheh saja nak update aku dah berjaya lakukan beberapa proses small renovasi. Color scheme memang aku buat macam yang aku set ni. dan aku berjaya tukar wallpaper tu kepada wainscotting moden… haaa aku ada share DIY wainscottting. kutlah korang nak buat juga nanti.

Aku juga berjaya repaint cabinet lama hahaha secara DIY hanya RM250.00 sahaja. Puas! tapi penat and renyah untuk orang amatur seperti kami, aku juga berjaya upgrade bilik air aku, dan jubin cantik pastinya pilihan aku

43 Comments

  1. Ida Widyani September 4, 2018
  2. IQ aka Izyan Balqis September 4, 2018
    • azni September 4, 2018
      • vina October 23, 2019
  3. Julia Johari September 5, 2018
    • Muhammad Zaki Bin Ahmad November 30, 2019
  4. Tati Mansur September 5, 2018
  5. mas saari September 5, 2018
  6. Qaseh September 5, 2018
    • azni September 15, 2018
  7. athirahassin September 5, 2018
  8. Sueizza September 6, 2018
  9. Nazirah Jamil September 14, 2018
  10. Lolo September 15, 2018
    • azni September 15, 2018
  11. ayunieramli September 20, 2018
  12. Mawani January 14, 2019
  13. Yanty February 6, 2019
  14. Didi February 19, 2019
  15. Liza May 9, 2019
  16. Ani June 26, 2019
  17. kamarul July 22, 2019
    • Nor Rosdi Bin Daud September 16, 2019
  18. Faizal September 5, 2019
    • azni September 5, 2019
  19. Nor September 9, 2019
  20. ahmad aizuddin October 1, 2019
    • azni October 1, 2019
  21. SAIFUL December 19, 2019
  22. nur hidayah January 2, 2020
  23. Foran affandi January 8, 2020
  24. Izan January 22, 2020
  25. Haj February 4, 2020
  26. ZakkiGhani February 10, 2020
  27. nursyafilla May 31, 2020
  28. Fakrul July 14, 2020
  29. n a z September 1, 2020
  30. zila September 17, 2020
  31. zila September 17, 2020
  32. Siti fatma March 27, 2021
  33. Zaiton binti Jain November 15, 2021
  34. Norazira September 30, 2023
    • azni September 30, 2023

Add Comment

error: Content is protected !!