Imaan suci wipes | Dulu kan, aku skeptikal bila ada sorang member ni cerita pasal imaan suci wipes ni bagus untuk remove make up. Selama harini, aku pakai baby wipes jer .. hehehe. Bagi aku sama sahaja. siyess. So memang lah tak tergerak nak beli.
Table Of Content
Until one fine day sorang kawan aku bagi test sendiri, barulah aku dapat rasakan perbezaannya.
Texture tisu nya agak berbeza, ringan dan macam ada corak corak seperti honey comb diatasnya. Sangat Lembut dan boleh diregang regangkan tapi susah nak koyak.
Sejak pandai jaga kulit nih walaupun dah masuk ‘gold series’ aku memang tersangatlah risau tahap kesihatan kulit ni. Takut kisah menyesal berulang kembali. Masa takkan berpatah balik tau, korang kena ingat ni. Jenuh dah aku bebel dalam blog aku pasal masalah kulit aku yang ada pigmentasi ni.
Eh aku Dah pandai Make up
Bila dah rajin make up maknanya aku bukan lagi pakai bedak dan gincu. Aku baru tahu cara nak ‘prep’ muka sebelum aku oleskan muka aku ni dengan eye shadow, blusher dan gincu. Kalau korang baca entri belajar make up aku sebelum ini memang aku cuba follow step itu sebaik mungkin.
Paling aku tak tinggal untuk aku letakkan argan and marula oil, serum susuk beradu, mositurizer cream, sun block dan primer kalau rajin barulah aku letak foundation seterusnya bedak dan bla bla bla. So boleh korang bayangkan berapa banyak layer aku letak?
Semua ni untuk jaga kesihatan kulit. Takut nanti foundation akan masuk terus kedalam pori pori dan akhirnya ada jerawat.
Alhamdulilah uolls.. lama dah muka ni tak ada jerawat, Orang kata pakai make up akan buatkan kulit rosak. Kalau main letak terus macam tu memang lah. Yang penting dan amalkan step prep tersebut dan jugak dari segi aspek pembersihan.
Imaan suci wipes penyelamat.
Disebabkan berlayer layer prep tu, jadi bab pembersihan itu sangat penting walaupun aku pakai pencuci muka. First and foremost kalau betul nak kulit sihat korang kena pastikan make up kita di buang sebersih bersihnya.
Kalau keluar berjalan di shopping mall pakai imaan suci wipes ni zasss… senang. Aku pastikan aku bawak ia kemana mana. Actually pakai imaan ni memang dah boleh hilangkan make up dan ko boleh sembahyang dengan senang hati. Kalau ambil air sembahyang tu memang sampai ke muka tanpa was was.
Tu yang kadang marah bila kita pakai telekung di surau korang kan nampak byk telekung yang berbekas foundationkan. Alahai kalau malas sangat bawaklah Imaan suci wipes ni.
Kalau pergi facial, korang perasan tak dia orang akan cuci muka kita berulang kali. Sejak aku mula titik beratkan pasal babjaga muka ni memang aku jadi seorang yang oberservant. Di rumah aku sendiri ada beberapa pencuci muka yang aku suka cuba dan test.
Dalam bentuk foam, cream, milk cleanser ataupun oil. Semua aku ada. Semuanya sebab aku nak pastikan muka memang betul betul bersih.
Tapi sebelum itu aku akan pastikan aku pakai make up remover terlebih dahulu. In fact Imaan suci wipes ini juga boleh dijadikan rutin harian dalam proses membersihkan muka.
Jadi kalau kita keluar takkan lah nak bawak semua kan. Walaupun berjalan dengan handbag yang besar cukuplah aku pastikan aku bawa Imaan suci wipes dan juga zing radian film yang sangat handy tu.
Insyallah bahan bahannya adalah yang selamat untuk dipakai.
Bahan Bahan
- Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use)
- Propylene Glycol : pelembap bebas minyak
- Phenoxyethanol : ejen pewangi
- Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka)
- Perfume : minyak wangi haruman bunga
- Cetylpyridinium Chloride : Anti septik untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap )
- CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic
- Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )
Terkini yang aku tahu mereka telah tambah lagi formulasi untuk Imaan Suci Wipes iaitu formula Aloe Vera dan Double vitamin E. Korang boleh follow laman web Imaan World untuk update terkini.
Jadi pastikan dalam setiap handbag korang ada Imaan Suci Wipes ni. Barulah telekung di setiap surau tidak melekat foundation dari muka kita tu. MUka bersih hati pun senang nak beribadat kan. tak gitu?
btul tu.. cuci muka je tak ckup untuk bersihkanmuka