Itinerari ke Perth 7 hari 6 malam

Yeay kami dah  jejak Perth pada 10-16 Ogos 2018. Jadi, mari kita share Itinerari perth 7 hari 6 malam dan apa yang istimewanya negara yang femes dengan kanggaroo ini.

Korang nak tau, sebelum ini ajakan aku untuk ke Australia selalu abam aku tu haa…,memang tak pandang lansung.

Kononnya OZ ni dekat boleh pergi bila bila. Dah pergi Europe, US and Jepun tapi susah betul nak convincekan abam untuk ke sini. konon nak pergi ke tempat yang jauh – jauh dulu. Tambahan pulak visa nak ke oz ni kemain renyah. Kawan aku pun memula tak lepas tau, but alhamdulillah within 24hours dah lepas.

Baca : Itinerari Turki dan Bosnia selama 12 Hari

Back to kisah abam aku yang tak berminat nak ke OZ, Tapi bila bagitahu sini ada Factory Outlet yang best jugak, hahah terus dia pun tergedik gedik buat research pasal Perth.  Travel bagi kami kena complete. Makan best, scenary best and shopping mampu milik and best lah. Kalau tak, memang rasa tak lengkap.

Ada kawan aku pula tidak suka bershopping. Mesti dia pening kalau join travel trip kami ni. Lain orang lain caranya lah kan. Ikut taste sendiri. Eh Tetiba aku teringat trip ke bandung dulu ada kawan yang tak minat shopping sampai demam dia hahaha..

Baca : Itenarari ke Bandung 3 hari 2 malam RM 790 sahaja

Okay mana nak mula dulu yer. Banyak ni nak cerita. Kalau korang nak tau pasal bab shopping di perth or restaurant halal yang confirm dapat status halal dari Halal board sana.

Itinerari ke perth 7 hari 6 malam
Perth airport jam 6.50 pagi. sebab flight kul 12.30 malam

Harga tiket yang kami dapat dalam RM580 seorang, return tau!! Murah ke mahal? hehhe okaylah ni oit. Takkan nak RM250 pulak. Dah lama dah set dalam google flights dan kami bukan hunt semasa  #airasia free seats. Kami hunt bulan Dec 2017, travel bulan 8,2018. Berbaloi? opkos laa.

Bagi aku and abam satu kepuasan kalau dapat tiket murah macam ini kan. Owh… sebelum tu kalau korang nak mencari makan halal di perth aku dah siapkan list restoran halal yang telah dapat kelulusan Western Authority halal dari sana.

Total Bajet per person

Kami travel 3 dewasa 1 kanak

  • Flight                                 RM580
  • Penginapan                      RM324
  • (tolak kredit AIRBNB yg terkumpul, kalau nak tahu caranya korang baca sampai habis)
  • Kereta Sewa & minyak    RM250
  • Bus – family ride              RM150
  • Makan                               RM200

TOTAL     RM1504/per person                  

Shopping RM600-800. Shopping best oit, takyah pergi factory outlet pun. Pergi k mart, big w pun boleh jadi sasau. Nanti aku buat entri khas shopping apa best di perth heheh . ONZ? Hehehe tunggu.

Bagi hint sikit laa correlle ko boleh dapat semurah RM150 utk 16pcs …

Itinerari ke Perth 7 hari 6 malam

Konsep kami kalau boleh jimat kita cubalah., kalau rasa nak makan best.. balun jer. Jangan exceed limit sudah.  Tapi portion makanan kat sana besar. Kami komgsi 3 beranak jer.

So 3 hari pertama kami hanya naik bas sebab dalam town percuma cuma ada yang terkeluar sikit kami amik family ride.

Punyalah kedekut kan.

Best naik bas dia orang. Tak sesak lansung. Lagipun we all memang plan konsep percutian yang rilek2 sahaja. Travel di perth ni agak jauh jauh juga tempat attraction nya contoh kalau nak ke lancelin dalam 2 hours, albany lagi lah jauh. Mall di perth pula tutup awal. Pukul 6 sunyi sepi dah Perth nih.

Jadi Kami susun jadual yang nak keluar bandar untuk hari ke 4, 5, 6. Cramp terus disitu selain dapat jimatkan kos. Dan kena bertolak awal juga lah.

Kedua kami suka nak jadi macam orang “local”. jalan jalan di ceruk ceruk bandar, alaa kekonon dok perth lah. Sebab itulah kami cakap kami tak mampu nak ikut trip bawah agent.

Ada masa nak berhenti minum kopi ker, or ulang shopping ker. Kami pergi sahaja.

Itinerari ke perth 7 hari 6 malam
hari pertama sampai, kedai lambat bukak . Kami lepak di taman yang berdekatan sambil makan corica pastries oit.

Seronok bila tengok balik google track kami hahaha… hari pertama sampai terus pulun pusing di area CBD. korang tengoklah map kami ni. Disebabkan check in pukul 3 makanya kita pusing area dekat dekat. Simpan energy..Yang penting sampai hajat nak makan Apple strudel Corica pastries tu .

Aku ada je share gambar banyak di IG aku. Korang boleh follow IG aku ig. : www.instagram.com/azni

Nah aku dah prepare list restoran halal kalau korang nak pergi nanti.

day1
Day 1 Pusing area CBD

Ini adalah basic Itinerari ke Perth yang telah abam draf dari awal. Tapi biasalah ada perubahan.

Day 1 : 10 August 2018

perth3

Day 2 : 11 Aug

Day 3 : 12 Aug

Day 4 : 13 Aug

Day 5 : 14 Aug

Day 5 : 14 Aug

Day 6 : 15 Aug


Nanti aku akan cerita details untuk setiap tempat yang aku pergi nanti.  Ini mukadimah sahaja. hehehe

Penginapan

Kami dari dahulu memang suka ambik airbnb sebab mudah untuk memasak. Kalau ke luar negara kos makan tersangat mahal. Jadi ini sahajalah caranya untuk jimat selagi boleh. Mengikut kata kawan aku yang menetap disana, harga yang melbiatkan servis perkhidmatan memang agak mahal. Contohnya kedai makanan.

Betul sangat pun, sebab aku peminat tegar air dari Boost. Selalu disini range bawah  Rm18… haa ni 7aud bersamaan RM21 hinggit. Giler mahal . INgatkan pergi tempat dia orang murah.. ceh.. mahal rupanya.

Okay penginapan aku ni jimat sikit sebab dah ada credit dari airbnb.  Korang kaki travel tak sign up jadi member  memang rugi. Tapi eh kena melalui referral barulah korang akan dapat untung. Lepas tu promote pada orang lain pula korang akan dapat credit dalam akaun nanti.

airbnb

Jadi masuk ikut link atas ini yer untuk jadi member airbnb. Jangan cakap akak tak payung yer. Berbaloi baloi. haaa kalau korang percaya boleh tgk receipt aku nih.  Moral of the story ambilah AIBNB . Jumlah keseluruhan dalam rm1500. Bahagi 3 org dewasa sepatutnya dalam rm500. Tp jumlah yang aku bayar sebenarnya adalah rm324 seorang. sbb aku ada kredit rm600. Heheh ..

Kalau masih tak faham boleh baca entri aku pasal airbnb ni

Aku ni memang suka travel tapi hanya mampu travel yang bajet2 macam ni. Tapi kena rajin godek and buat research. Kalau korang malas nak renyah, aku suggest korang beli tiket sendiri and cari jutawan tours di Perth yang buat ground arrangement.

Ini memang licensed travel agent. Aku yakin sebab dia orang ni kawan abang aku yang duduk sana. Lagi satu jangan sembarangan sewa kereta dari tempat yang tak sah nanti insurans tak cover tau. Dah banyak kes aku dengar .

Next entri aku ada cerita pasal bab shopping apa best di Perth nih yang wajib korang tahu, antara motivasi aku nak pergi lagi kesana. Menyesal tak banyak beli barang deko banyak di Kmart. Ko tengok lah personal shopper up barang2 K mart. aihh… Perth mu tunggu aku datang lagi

.. Jangan tipu korang tak shopping hahaha… rugi wooo

29 Comments

  1. YB Shehan September 18, 2018
    • azni September 18, 2018
  2. Ema September 19, 2018
    • azni September 19, 2018
  3. Dura Norell September 19, 2018
  4. Lynda Che Lah September 20, 2018
    • azni September 20, 2018
  5. Sarah Adnan September 20, 2018
  6. AIDA RAHIM October 16, 2018
    • azni October 16, 2018
  7. NINA SYAZANA BT RAHMAT August 4, 2019
    • azni August 4, 2019
    • NINA SYAZANA BT RAHMAT August 4, 2019
      • azni August 6, 2019
  8. Nasthasha ❤️ August 19, 2019
    • azni August 20, 2019
  9. Situ Noorza August 28, 2019
    • azni August 28, 2019
  10. farah September 10, 2019
    • azni September 10, 2019
  11. Melor September 11, 2019
    • azni September 11, 2019
  12. shidah October 9, 2019
    • azni October 10, 2019
  13. Nurul October 13, 2019
  14. Masfizah October 24, 2019
    • azni October 24, 2019
  15. cik rhai February 15, 2020
    • azni February 16, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!