Kos ubahsuai tandas atau kos renovate bilik air yang terlibat. Sepanjang PKP, taulah kita banyak spend masa duduk rumah sahaja. Maka masa itulah baru sedar banyakknya lopong atau benda yang perlu di perbaiki. Banyak juga projek DIY yang kita orang berjaya buat, bagi aku and husband kami akan cuba buat sendiri kami lebih suka buat sendiri. Jimat lagi pun. Memang dah lama gedik nak renovate bilik air.
Table Of Content
- Impian Toilet ala Pinterest tapi nak kos renovate murah hehe
- Design Tile bilik air
- Harga naik menggila tahun 2022 untuk Kos renovate bilik air
- 5 tempat Pemilihan Tiles dan aksesori untuk setiap kos ubahsuai tandas
- Aksesori tandas
- Total kos ubahsuai tandas
- Kos renovate bilik air
- Aksesori Rose Gold Vs Gold : make over bilik air yo!
- Nak start kumpul barang deko untuk toilet baru
Aku beli rumah pada tahun 2000, dan aku ni masuk rumah ni tahun 2003 dari syarikat Talam Berhad 2 muka . Hahaha hampeh memang OUT kualiti dia orang ni. Tapi beli masa muda apalah yang ko mampu kan. Grablah peluang yang ada. Design pun basic jer huhuhu, tak macam rumah sekarang. Tapi harga rumah sekarang separuh jutalah nak banding dengan aku.
Heheh dah aku pun dah habis bayar rumah , kih kih nak eksen sikit. So ada pro and cons. Murah and tak kualiti pun aku still ada rumah ..
Harga beli rumah masa tu RM168k. Itu pun masa tu terketar ketar nak bayar. Alhamdulillah dah habis bayar pun masa umur 40 tahun, hehehehe
Nak beli mahal mahal tak mampu, and fobia sebab sebelum kahwin laki aku ni pernah kena retrenched so we all takut nak kommit bulanan mahal. Kita tak boleh ingat perjalanan kita ni smooth sahaja tau, tahun 2020 laki aku kena pulak MSS di usia 48 tahun due tu pandemik.
kalau beli rumah lepas pandemik ni macam mana harganya yer ? Urmm takut nak tengok harga
Masa ni memang rasa bersyukur sangat tak ada bab hutang rumah. Aku bab hutang ni memang tensen sikit. rimas weh
Eh tercerita bab kesedihan pulak
kalau mampu DIY kami buat sendiri. Terigin betul nak pasang tiles tandas yang cantik macam dekat IG Jubin cantik tu.
Tapi kalau melibatkan batu dan simen ni memang kami surrender lah, walaupun tengok mat salleh buat macam senang jerkan huhuhu. Teringin nak buat tapi nanti kita mulakan dengan projek buat pasu bunga cukuplah hahaha.
Jadi kita serahkan orang yang pakar, habis cerita, tapi aku rasa aku dapat kos renovate bilik air kecil ni agak murah. Bukan 1 bilik air, 2 bilik air yer, dan kebanyakkan orang kata murah.
Impian Toilet ala Pinterest tapi nak kos renovate murah hehe
Aku nak story pasal make over toilet idaman aku dan kos renovate bilik air yang terlibat
Latest gambar di Instagram aku https://www.instagram.com/makeover_no13/ dekat sini aku selalu kumpul gambar deko and tempat surve barang
hahahah aku ni penuh dengan impian dan berangan. Bak kata laki aku, kalau aku duduk diam pandang jauh mesti adalah tu yang pikir dekat kepala. Gila tau kalau tengok PInterest, and juga DIY dalam Instagram tu.
Jadi pada tahun lepas, alkisahnya salah seorang parents kepada kawan sekolah iman yang aku selalu berkongsi bab deko buat renovation bahagian depan rumah dia . Tak silap aku bulan 7 July 2021. Biasalah spesis makcik bawang mestilah aku tanya berapa kos semua.
RM36,000 untuk extend depan! another 25k untuk tambah belakang pulak (lebih kurang)
Fuh! mau tak excited aku masa tu. Sanggup nak keluarkan duit ASB hahaha
So aku pun buat kira kira lah, tapi ada takut takut jugak sebab laki aku kan baru kena MSS pada hujung tahun 2020 dengan syarikat Sime Darby . hahah sian laki aku . So aku memang berkira sungguh nak spend duit semua.
Design Tile bilik air
Ekonomi negara kita ni memang goyang weh, tapi aku tak tahan tengok toilet aku tu. memang tergedik gedik nak renovate. Cuci lah macam mana pun tetap nampak buruk. Banding dengan toilet rumah-rumah sekarang ya allah jauh beza. Malu betul aku rasa
Design tile lama ni memang outdated, aku tunjuk jelah bilik air aku tu yer walaupun bukak aib aku
So itu yang tergedik nak ubah tiles tandas macam pinterest tu. Tapi aku bukanlah ikut perasaan sangat, aku cuma pikir aku nak senang bila masa pencen nanti. Aku tak rasa aku larat nak hadap habuk habuk kalau umur 55 buat renovation. Lagipun biarlah kita nikmati yang indah-indah sekarang kenapa nak tunggu kemudian. Dah tua apa pun tak ada nafsu dah nanti.
Aku rasa sekarang masa terbaik untuk aku, bila rumah aku dah upgrade jadi kemas rumah akan lebih mudah
So aku and husband pun mulalah korek tabung masing-masing + tabung rumah. Tabung travel dah lama terkubur hahah sebab aku tak rasa aku dapat travel dalam masa terdekat nih. Setelah puas travel sebelum ini, aku rasa sekarang adalah masa yang terbaik untuk aku baiki rumah aku yang dah nak capai 20 tahun ini.
Harga naik menggila tahun 2022 untuk Kos renovate bilik air
Pada bulan 11 (november) 2021 aku pun cuba cubalah mencari sebutharga dari kontraktor Indon, kalau chinese aku tak berani hahahha confirm mahal. So far pengalaman aku okay dengan pak indon ni so aku berani sahaja nak mintak harga ubahsuai bilik air dan juga balkoni.
Kebetulan dekat rumah aku ada rumah yang tengah renovasi jugak. Mak datuk ! harga jadi 80K weh, sebab pada bulan 10 harga besi naik, almost 2.5 kali ganda kan. sekirang 80k otomatik kita kena standby 20k extra di tangan . so makanya jadi 100k.
3 kontraktor yang aku tanya harga lebih kurang 60-80k aduiiii… korang rasa ? ini campur harga balkoni bukan kos ubahsuai tandas sahaja , hehhe jangan salah faham pulak yer.
Errr… garu kepala aku
Pikir punya pikir, akhirnya aku cancel untuk tambah balkoni depan rumah aku tu. Aku proceed hanya dengan perbaiki bilik air sahaja . So aku laki bini nekad, tak payahlah kami spend duit sampai 80k lebih baik hanya tukar or make over bilik air yang ada. Sayang pulak nak perabih banyak tu haha. kalau travel tu banyak negara dah boleh sampai.
Jadi bulan 11 kami dah start hunt design tiles and aksesori idaman. Penat tau!
klang, KL, puchong, shah alam, tapi puaslah kan, maklumlah dah lepas PKP hahah
Okay ni aku share tempat tempat pilihan yang kami pergi.
5 tempat Pemilihan Tiles dan aksesori untuk setiap kos ubahsuai tandas
Nak murah punya pasal kenalah kerja lebih sikit, memang merata juga aku and husband aku mencari tempat tempat best. Ada yang datang 2/3 kali, sapa yang kenal aku tahulah tahap survey aku macam mana hahaha. Macam super ceramic ni ada banyak cawangan so korang boleh pilih kedai jubi terdekat dengan kawasan korang.
- Super ceramic – ada banyak cawangan dan pilihan, hehe iklan pun asyik keluar
- Jubin Cantik – ini memang geng Instargram rumah banyak share
- Homa 2u – sini pun banyak pilihan, customer service dia bagus sangat. Cuma agak jauh dan stok jubin yang aku nak tu tak ada
- Kedai sepanjang Jalan Ipoh – Mencari stok jubin yang aku nak mula-mula. Pun tak ada
- Vientitles untuk ventilation block, akhirnya aku pilih senang sbb faktor kos penghantaran dan aku nak kualiti yang lebih cantik
Aksesori tandas
- Delux Bandar bukit puchong
- PMS klang
Total kos ubahsuai tandas
Aku buat 3 bilik air. Cuma bilik air master bedroom dan bilik air iman total make over, bilik air bawah hanya tukar tiles lantai dan tukar aksesori
Cadangan asal bilik air iman tu aku tukar tiles lantai sahaja, tapi bila bilik air masterbedroom aku dah siap cantik hahaha tergedik gedik lah aku nak tukar bilik air iman juga. Fuh ! nasib baik aku bijak kali ini hahaha.
Sebab bilik air iman pun jadi cantik , aku hanya tambah RM 600 tambahan untuk kos ubahsuai tandas sahaja untuk pecahkan tiles lama dan pasang tiles baru
Kos renovate bilik air
Bukan 1, tapi untuk 3 bilik air, tapi eh! bilik air aku yang fully make over, bilik air iman tiles separuh, bilik air bawah aku tukar lantai sahaja.
- Tiles master bedroom
- 4 x 2 = RM50.00 pc
- Hexagon Tiles :
- Subway tiles : RM560.00
- Aksesori ( toilet bowl, sinki, shower, bidet, air keluar ) : RM1500
- Kos Bilik air iman
- Tiles lantai 2 x 1 = Rm110 (total)
- Tiles dinding 2 x2 = RM16.00 per pc
- Aksesori ( toilet bowl, sinki) : RM1200
- Kos bilik air bawah
- Hexagon tiles
- Aksesori (toilet bowl, sinki, shower) RM1200
- Kos upah Indon : RM4500
Nanti kendian aku akan upgrade benda benda yang belum tukar tu, termasuk pintu bilik air. Yelah semua kena siap dulu baru boleh ukur pintu bilik air yang baru.
Total Kos : RM13K ++
Murah ke mahal ?
Subjektifkan bab harga nih, tapi kali ini kami memang betul betul upgrade. Kami bel set bilik air mocha dan sorento sahaja. Memang beza lah harga tu, tapi puas hati
Aku share dalam IG pun, geng geng HOme decor cakap murah. So….. okay lah sangat kan.
Actually kos upah INdon ni aku rasa murah. Itulah hikmahnya bila project reno yg sepatutnya pada bulan 12 hari tu tertunda dek aku anak beranak kena covid. kontraktor indo yang pertama tu tak cukup kaki tangan, dan kita orang dapat hire orang yang dekat nih .
Aksesori Rose Gold Vs Gold : make over bilik air yo!
Actually untuk semua aksesori tu, aku dah set dalam kepala aku Gold untuk pikir kos ubahsuai tandas. lepas tu bila dah cakap dengan laki aku, tapi dia cakap too bling bling. Bila pasang hahahah rose gold nampak macam brass pulak. Bbaru dia sedar yang pilihan awal aku nak color gold lebih menarik.
Geram tak ??? geram lah jugak sebab degey cakap bini. Padahal kita dah survey ni merata dekat pinterest. hurmm tak apa lah, rumah ni nama laki bini kan, tak boleh lah nak ikut kepala kita sahaja
sama pulak macam kes abang besi untuk projek pergola ASP aku. ada lah masa aku rasa runsing benda ni tak settle, ada masa aku malas pikir. kalau pikir nanti sakit hati pulakkan
Nak start kumpul barang deko untuk toilet baru
Actually banyak lagi yang aku nak kena buat lagi, tapi aku ni cepat cemuih hahaha. So benda yang pending macam lampu, cermin, bottle yang lebih seragam. Aksesori tambahan.
Pintu bilik air master bedroom and bilik air iman belum tukar hahahaha, sebabnya ada 2 project pintu aku dengan satu kontraktor cina ni pending dari bulan 12. ishhh geram aku, mula mula kata sebab raya cina, lepas tu dia masuk spital, lepas tu pintu kaca tu pecah. hahaha macam2 lah.
Pintu ni kritikal jugak sebab dah mereput dekat bahagian bawah tu, huhuhu .
Lagi satu, Letak pokok pun cantik tapi aku takut aku tak rajin sahaja. nantilah aku pikir
Sekarang aku nak pikir untuk upgrade bahagian laundry pulak, hehehhe nantikan apa yang kita orang nak buat nanti tau
murah jugak sbb 3 toilet.. tahniah ada toilet lawa
bab harga subjektif kak, sebab tengok harga barang keadaan semasa. Tapi memang lawa hasilnya kak, duk dalam bilik lama pun x heran dah haha
RM13K utk 3 tandas tu consider reasonable la harganya.
Memang mahal la harga barang. Besi n simen naik kaw kaw.
Huhu haha jer la nak renovate rumah.
Tp betul juga bab nak renovate time umur still ok n kudrat banyak. Kalau dah tua, letih nak mengemas.
Kak Pip pun dah siap2 bgtau husband, semua brg x guna x pakai, buang atau bg org. Tak nak time tua nnt baru nak bersihkan rumah selongkar stor.
Time still ada kudratlah kita kemas rumah n hidup minimalist, senang nnt bila tua – semuanya sederhana.
Harga kira murah tu… sebab sekarang ni srrba serbi mahal…. barang nak buat rumah pun naik melambung… upah tukang lagi… fuhhh mmg pening kepala nak keluar duit
Cantik kak azni hasilnya.. berbaloi pun iya.. sebab barang cari sendiri. Pastu tak keluar sekali lumpsum terus. Takdelah nampak duit tu keluar cam air (sangat) hihi.. apa pun berbaloi kak sebab dapat rege tu untuk tiga tandas.
Toilet dah lawa… Harga pun bolehlah berbaloi juga.. Mahal juga kalau nak renovate rumah nie kan.. Huhu memang keluar duit habislah
Cantik toilet kak azni. Harga pun berbaloi. Kak boleh bagi nombor tukang indo yg renovate bilik air kak?
Hi kak. Boleh share number tukang buat toilet ni? Sy nak renovate toilet juga dalam masa terdekat ni. The outcome semua okay tak? Highly recommend?
tukang ni hanya buat area puncak jalil dan lep sahaja. dia tak ada transport, hanya ada motor sahaja
Sangat cantik. Boleh berangan lama-lama duk dalam toilet lawa mcm nih..hihi
Dik kasi Ig link ..nak tengok final bilek air …murah weh 13 K
Kak nak no indon tu kak
dia tak buat area jauh… area rmh akak jer. ni pun tak cukup tangan