Seram bila pikir Kesan OPR naik pada loan pinjaman kita, adui peningnya

Kesan OPR naik pastinya akan memberi kesan langsung terhadap BR (base rate) dan sekaligus memberi kesan kepada pengguna yang mempunyai hutang dengan bank. Rasanya kita semua ada hutangkan, hatta personal loan or hutang courst mamoth or AEON Credit. Dengan kata lain kesan kenaikan opr kepada rakyat

Syabas untuk mereka yang tidak ada komitmen hutang, hehehe sangat rare untuk kita jumpa tapi bukan tak ada lansung tau. Ada….Kalau jumpa orang macam tu ko kena tanya ilmu apa dia pakai, wajib tau! korek abis abisan yer

Fahami kedudukan kewangan kita

Ini yang aku baca dari FB Afyan Mat rawi. Entahlah aku suka betul baca tips-tips kewangan percuma dari dia orang ni, ramai lagi korang boleh baca. Ada orang tak amik kisah dengan pusingan ekonomi dunia, tapi kalau korang ambik tahu korang boleh tahu cara yang terbaik untuk tinggatkan simpanan, kurangkan hutang dan sebagainya.

Rajin-rajinlah visit dan check kedudukan kewangan korang sehingga korang pencen nanti Paling senang kalau korang refer dekat tool macam saving calculator boleh bantu korang untuk predict atau estimate simpanan yang korang kena ada nanti ataupun plan nak habis hutang dengan cepat.

Macam aku yang dah tak berapa muda ni pulak, aku memang pandang serius benda ni sebab aku dah kena plan untuk retirement or pencen nanti. Kesan OPR naik dan faktor inflasi memang akan kacau planning aku untuk wang pencen.

Semua orang kecoh dekat sosial media pasal OPR tu naik dan naik dan naik. Tapi sejauh mana korang paham kenapa OPR naik , dan kesan OPR naik kepada korang sendiri ? Jadi apa yang mampu kita buat membaca dan mencari tips kewangan semasa inflasi

Basically, apa yang aku paham dengan kadar inflasi sekarang OPR pastilah naik. Mari aku nak share apa yang aku nampak pasal OPR nih hasil pemahaman aku dengan membaca beberapa sifu kewangan.

2 benda paling terkesan OPR Naik

Yang pasti 2 benda ini pasti akan berlaku kesan opr pada pinjaman kita

  1. Bayaran ansuran dengan hutang bank akan bertambah, atau
  2. Tempoh bayaran ansuran hutang bank akan bertambah.

Ia terpakai untuk mana-mana hutang bank yang menggunakan floating rate / variable rate, seperti

  • hutang ASB
  • hutang perumahan
  • sesetengah hutang kereta
  • sesetengah hutang personal financing

Tiada Kesan bagi hutang bank flat rate

Bagi fasiliti hutang bank yang berkadaran tetap atau flat rate, ia tak berubah, seperti

  • hutang “personal financing” / “personal loan”
  • hutang kereta
  • sesetengah hutang perumahan, contohnya LPPSA

(Hutang PTPTN, hutang court mamoth, hutang dengan kawan yang dah lama kau tak bayar pun tak terjejas kadar bayaran ansuran dan tempoh hutang. Tinggal lagi kau nak bayar atau tidak)

kesan OPR naik

Kesan kenaikan OPR kepada Perbankan Islam dan Konvensional

Yang pasti Kesan OPR naik ini terpakai untuk kedua-dua perbankan Islam dan konvensional. Oh, nanti akan ada yang kata

“kan aku dah kata, bank Islam pun riba juga. OPR naik, dia pun naik”

kata orang

Rileks. Selalunya yang kata gitu tak memahami pun kontrak produk perbankan Islam.

Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah ataupun tempoh ansuran.

Ia akan ada kadar siling.

Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.

Ramai yang kurang faham apa maksudnya jumlah bayaran hutang dalam perbankan Islam tak berubah, walaupun OPR berubah atau Kesan OPR naik kepada mereka

Maksudnya begini;

Bayaran hutang yang termaktub dalam kontrak perbankan Islam tak berubah. Ia ditulis secara jelas dan bayaran balik takkan lebih jumlah yang ditulis.

Berbanding bank konvensional, hanya nyatakan kadar sahaja tanpa jumlah bayaran balik hutang. Berapa jumlah bayaran balik? Tidak dinyatakan dalam kontrak dan ia 100% bergantung kepada naik turun OPR.

Nampak tak kesan OPR kepada pinjaman ini ?

Tengok balik dalam kontrak perbankan Islam, berapa harga jualan atau bayaran balik hutang.

Contohnya

  • rumah yang harga RM200,000, harga jualan bank / hutang RM500,000
  • Harga jualan bank atau hutang RM500K tersebut, takkan lebih.
  • Yang berbeza ialah bayaran ansuran bulanan.

Contohnya ada bulan kena bayar RM1000. Ada bulan kena bayar RM1100. Ada bulan kena bayar RM900. Bergantung kpd kadar OPR semasa. Jumlah tadi sekadar contoh.

Ia 100% bergantung kpd OPR dan jika OPR berterusan naik, ada kemungkinan bayaran lebih tinggi daripada RM500K tadi.

Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!!!

Apapun hidup tanpa hutang adalah lebih tenang. Tidak kira hutang dengan perbankan Islam atau konvensional.

Lagi kurang hutang, lagi bertenang.

Untuk memahami konteks harga jual tu, rujuk posting ni https://afyan.com/apakah-tawaruq-murabahah-comodity…/

Berbeza dengan hutang konvensional, takkan ada harga jualan balik atau total hutang yang pengguna akan bayar sepanjang tempoh pinjaman.

Apapun, hidup tanpa hutang adalah lebih tenang dan tenteram. Lagi kurang hutang, lagi tenteram hidup ini. Tak kira la hutang bank atau hutang kawan. Jauhkan sama sekali hutang dengan perbankan konvensional.

Bagaimana kenaikan OPR boleh menurunkan inflasi?

Pening juga nak faham, tapi ini teori dan analoginya untuk menerangkan kenapa bank negara malaysia terpaksa menaikkan OPR. Macam tak masuk akal , tapi itulah cara orang yang kawal ekonomi negara. Mereka melihat secara Makro demi kesejahteraan Negara dan Rakyat

Sebaik sahaja tamat PKP, rakyat dilihat mula berbelanja banyak dan ia dapat dilihat apabila

  • Jalan raya semakin sesak,
  • pusat peranginan mula sesak,
  • pasar raya makin penuh,
  • hotel dan homestay banyak yang fully booked.

Ia ada kaitan dengan apa yang berlaku selama 2 tahun PKP:

  • moratorium beberapa kali
  • I Sinar, I Citra
  • pengeluaran KWSP RM10,000

OPR diturunkan beberapa kali sehingga paras paling rendah dalam sejarah sepanjang PKP tersebut.

Jadi apabila PKP ditamatkan dan rakyat kembali bebas, ekonomi dilihat semakin pulih dan dalam masa sama harga barang semakin meningkat apabila permintaan semakin tinggi. Sebab itulah proses check and balance.

Bagaimana OPR membantu betulkan ekonomi negara

  • Apabila OPR, kadar ansuran akan meningkat.
  • Apabila kadar ansuran meningkat, rakyat kurang berbelanja.
  • Apabila kurang berbelanja, maka demand pun akan berkurangan.
  • Apabila demand berkurangan, harga tidaklah naik tinggi sangat.

So ini adalah salah satu praktis untuk mengimbangkan ekonomi. Bukan sahaja Malaysia tapi semua negara di Dunia ini.

Perubahan OPR Terkini

Pada 3 November 2022, Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 0.25% kepada 2.75%, ini dilakukan selepas ia dinaikkan kepada 2.50% pada September lalu.

4 Comments

  1. nettyahhiyer October 18, 2022
  2. Huda Halid October 21, 2022
  3. Farah Samad October 21, 2022
  4. Nadia johari October 22, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!