Tips beli rumah dan habiskan dengan cepat

Tips beli rumah dan habiskan dengan cepat

okay.. saya berminat nak share berkenaan pembelian rumah, moga ada yg boleh ambil sebagai panduan atau sesiapa yanga ada pendapat yg bagus juga boleh share bersama.

Saya berkahwin pada thn 2000, dan tekad untuk beli rumah seawal mungkin. alhamdulillah dpt beli pada tahun 2001 dan dijangka siap pada tahun 2003. Sebelum tu dah niat nak habiskan hutang secepat mungkin. Target umur 40 sepertimana mak dan pak mertua

Misi nak habiskan hutang rumah pada umur 40

Syarikat Talam Dua Muka Huh!

Sekali lagi.. syukur alhamdulillah walaupun beli rumah dari sykt talam dua muka.. rumah saya berjaya siap on time. masa tu .. hanya rumah itu yang saya mampu. lagipun saya ni bukan risk taker.. sekarang ni ralat tak beli corner lot.. huhuhu.. tapi yerlah.. sbb alhmdulillah semua berjalan dengan lancar.. cuba kalau ada masalah.. lain pula jadinya kan.

Sehingga kina strata title rumah saya belum settle sebab Talam ni dah bankrap. Naiya sungguh.

Tahun 2013… saya dah abis bayar rumah.. Yeayy!!!

Saya decide buat loan dengan AMBANK selama 30 thn, dengan bayaran bulan RM861 untuk rumah yg berharga RM148K. murah kan..?? tapi dulu saya rasa dengan gaji yg sikit mcm beban juga. takut tak mampu bayar. Banyak juga tempat yang survey selain ambank loan ruamh nih

Mulanya saya ralat sbb rasa tertipu dengan pihak bank yang suruh buat pinjaman yg sepanjang mungkin. saya ambil 30 tahun tetapi rupanya setelah pergi dengar talk dan pembacaan .. okay juga lahh. Biar tempoh pinjaman panjang. Jadi kita tidak tertekan

Tapi bagus sales person AMBank ni datang rumah untuk terangkan proses dan tatacara untuk proses loan.

BACA : lima-tips-menyewa-rumah-ideal-anda

Keluar wang EPF untuk langsaikan hutang

Saya dah suami telah mengeluarkan wang KWSP setiap tahun sbb nak fight dengan interest yg dikenakan. cuba bayangkan  3 thn pertamanbyr bulan RM861.. tapi prinsipal ditolak hanya RM100-RM200 sahaja. .. aish .. bila nak abis ni..

so baca punya baca.. tanya org.. so saya nak lawan dengan interest yg bank kenakan, kerana interest dikenakan atas baki tertunggak. so dlm masa 5 thn pertama saya tak nak bg interest beranak. so without fail kami keluarkan wang EPF sbb tak nak menanggung hutang di hari tua .. huhuhuh..

DIY cat kabinet dapur

TIPS BELI RUMAH DAN HABISKAN DENGAN CEPAT

  1. Keluarkan duit EPF setiap tahun
  2. Rajin2 call bank untuk baki yang tinggal.
  3. Study statement bank yang dapat tiap tahun – tengok  pergerakan prinsipal dan interest
  4. Pastikan cakap pada pihak bank deduct prinsipal
  5. Jangan ambik duit EPF untuk bayar installment . NO!  duit anda akan hilang kemana or spend pada lain

Jangan lunaskan bayaran bulanan tapi prinsipal

alhamdulillah.. it works.. sepatutnya dah habis tahun lepas tapi kami tukar byrn bulanan.. nasihat saya.. better habiskan lump sump pada prinsipal dari bulanan.. errr.. sbb saya tak tahu kemana duit saya pergi..hahahaha

So sekarang dlm proses untuk settlekan dengan bank untuk dokumentasi segala tukaran milik. rupanya nak tutup ni pun kena enggage lawyer.. nasib baiklah ada kwn yg membantu.

Dan sekrang saya bercadang untuk refinance rumah.. duit tersebut akan dimasukkan ke dlm ASB. mengikut teori yg dibincangkan.. tahun pertama mungkin dijangka kami suami isteri akan sesak sedikit. tapi tahun seterusnya byaran bulanan bank akan di bayar melalui dividen yg akan dpt kelak. cadangannya juga akan menggunakan Flexi Home Loan untuk mempercepatkan loan ini habis. saya target habis dlm 10 thn juga.


moga semuanya berjalan lancar dan berjaya. AMIN

3 Comments

  1. azman February 6, 2014
  2. nazirah November 20, 2014
    • azni May 30, 2016

Add Comment

error: Content is protected !!