Durioo++ Platform Khas Kanak-kanak Muslim Diseluruh Dunia

Durioo++ |Kalau korang ada anak-anak kecik siri animasi Omar dan hana kira siri ini dah jadi macam satu benda yang selalu bermain di otak korang. Catchy sangat. Hehehe aku tahu program ini pun bila cucu-cucu sedara selalu pasang di phone. Cute betul especially bila dia orang terkedek-kedek cuba ikut nanyian dalam siri ini.

Dan kini mereka melangkah lagi dengan penubuhan Durion++. Ia ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka.

Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukannya sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia. 

durioo

Pelancaran Durioo++

Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. Sebulan selepas dilancarkan, pada 18 Februari 2022, Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+.

Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. 

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton.

durioo

12 rancangan dibawah jenama Durio

Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi. 

Pelanggan akan mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure. 

Banyak yang boleh dipelajari dalam rancangan kanak kanak ini, yang pasti dapat membentuk sahsiah mereka secara tak lansung.

Pengasas Durio, Sinan Ismail

Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran ini adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia.

Sinan berpegang misi menghasilkan siri animasi kanak-kanak Islamik bagi pasaran dunia.

“Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam,”

Sinan Ismail

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam. 

Sinan berkata, inspirasi menghasilkan kandungan berciri Islam timbul daripada arwah bapa yang juga pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV.

Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja dan sekarang juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. 

Selain itu, berita baik untuk pembaca di luar sana! Anda boleh menggunakan promo kod “PROMO KOD NINIDURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga.

durioo

Add Comment

error: Content is protected !!