Kenapa kontraktor melayu asyik menipu? Betul ke?

Kenapa kontraktor melayu asyik menipu? | ayat aku ni boleh jadi kontroversikan hahaha. Tapi to be frank sebenarnya kita mengharapkan orang melayu Islam lebih faham atas ‘amanah’ dan tanggungjawab yang client berikan. So ‘weight’ tersebut lagi besar nilainya.

Mungkin dalam satu hal sebenarnya aku nasib tak berapa baik bila terkena macam ini. Ada orang okay sahaja tak ada masalah pun.

Aku hanya nak luahkan geram aku dan pertahankan hak sebagai pengguna. Dan supaya pengguna lain pun tidak kena dengan geng-geng yang sakan buat promosi di FB tapi kualiti ke laut . Biar dia orang tahu betapa kena jaga kualiti semua ni.

Frust tau kenapa kita selalu dengar ” malas nak buat dengan orang melayu sebab banyak kerja tak siap” . so inilah yang terjadi dengan aku.

macam manalah kita nak support #bmf kan.

Tujuan aku tulis ni nak cakap bukan orang melayu tak nak tolong orang melayu, tapi janganlah penaiya orang lain. kita pun menyimpan duit kut nak buat semua benda-benda ni

Pengalaman dengan Renovasi dengan Melayu, Indon dan Cina

Pengalaman aku buat renovasi dari tahun 2003 terhadap rumah yang aku buat sekarang ni,aku pernah hire Indon, Melayu dan Chinese untuk segala barang dalam rumah aku ni. Kontraktor india sahaja yang aku tak pernah buat. Tapi renovasi yang aku buat kecil kecilan sahaja, bawah 50k kut.

Maklumlah rumah aku ni hanyalah basic sahaja, developer Talam Berhad yang dah bankrap dah pun huhuh . Tapi pada tahun 1998-2000 hanya beberapa developer mampu milik sahaja yang ada, gaji pun kecik lagi jadi beli rumah Talam sahaja yang mampu tambah-tambah dekat dengan ofis aku di bukit Jalil

Nak beli rumah Sime Darby hahahah jenuh lah weh, even masa laki aku kerja dengan sime darby pun aku rasa tak mampu nak beli

Aku pernah juga upah sorang runner china untuk dapatkan pendaftaran PBT dalam RM500.00 tapi aku rasa macam kena tipu pulak.

Aku nak share pengalaman aku buat renovasi yang kecik dah besar dari dahulu dan sekarang. Aku tak pernah ada masalah dengan kontraktror Indon, aku rasa dah buat renovasi banyak 5 kali kut dengan dia orang. heheh bila ada duit aku buat sikit sikit, tak ada duit aku duduk diam.

indon

Maklumlah, Kita bukan orang have have kan.

Aku bersyukur pengalaman renovasi dengan kontraktor Indon sebanyak 5 kali dengan 3 kontraktor indon yang berlainan. Ada yang aku repeat. Tak ada masalah lansung. Bab ini memang syukur sangat-sangat. Harga berpatutan, dan dapat siap on time. Masalah kecik kecik tu biasalah .

Eh.. tapi ada satu yang ada bermasalah tak silap.

Untuk kontraktor cina aku hire dia orang untuk buat Pagar, dan bumbung pergola aku . Syarikat Delux dan pagar aku masih tahan elok hingga ke hari ini walaupun dah menjangkau 17 tahun.

Eh nanti aku kongsikan projek terkini aku make over toilet dengan kontraktor INdon yang bagi aku sangat bagus.

Terkena dengan kontraktor melayu asyik menipu untuk siapkan bumbung ACP

Tapi kali ini aku nak share aku pasal nak buat bumbung ACP sahaja. hahaha 2 orang kontraktor aku hire untuk benda ini sahaja. Kalau ada indon aku hire indon dah.

Alkisah bumbung pergola aku ni dibuat dari tahun 2006 kut dengan syarikat Delux di IOI. Syarikat Chinese. Aku boleh cakap harga memang mahal tapi On TIme! aku set time and dia terus pasang sekali harung

Setelah 15 tahun bumbung aku tu pun mula mereput dan pecah, material yang aku pilih ni memang lojiklah rosak setelah berbelas tahun. So mulalah pencarian kontraktor baru.

kontraktor melayu asyik menipu
sebulan dia biarkan bumbung aku lopong macam ni sampai karat

Kontraktor Pertama :

Kebetulan kawan aku ada buat bumbung ACP pada masa itu, rumah kawan aku ni kira sebelah taman sahaja. Agak delay juga untuk deliver tapi adalah jugak hasilnya setelah delay 2 bulan katanya

Memandangkan dah ada testimoni so aku pun terus decide nak buat dengan dia pada April 2021, sebab aku target pada hari raya nanti dah ada bumbung baru. Kesilapan aku, kami transfer duit deposit 50% tapi sampai sudah dia tak bagi pun invoice . Deposit tu untuk dia beli besi katanya, baru dia boleh mula kerja

Masalah PKP katanya

Tapi nasib tak baik PKP (2021) sebelum raya tu sampai lah raya, so agaknya dia guna duit aku untuk survive. Laki aku ni baik sikit heheh kalau aku memang aku mengamuk dah. Siyes laki aku baik hehhe… or maybe orang perempuan ni emo kut!

So macam-macam cara kami buat, cari bekas pekerja dia , ugut nak buat report polis dan macam-macam lah. hahah boleh gaduh laki bini pasal ni.

Akhirnya pada Sepetember 2021 dia balas mesej laki aku, dia kata nak pulangkan duit. tapi to date dia hanya bayar RM700 sahaja. huhu at least dapatlahkan.. nanti nak kejar lagi RM300

Aku impressed jugaklah akhirnya dia bayar juga duit tu, sebab yang aku dengar family dia kena covid agaknya tau takut kut hahaha.

So yang 300 ni camana? takkan aku nak halalkan pulak

Kontraktor ke dua : Abang Besi, ini antara kontraktor melayu asyik menipu kah?

So kali ini laki aku cari dekat facebook, bila search nama tu macam popular lah pulak. so abam pun panggil dia orang. Wah memang proper, ada team mai ukur semua, lepas tu siap cakap boleh follow up dengan customer service team untuk tanya status.

Kalau tengok website dia orang ni macam hebat dah Abang besi ni hahahhaa

hehehe.. gitu cara derangkan, kira dah cantik dah tu

So dari bulan September 2021 dia memang cakap backlog banyak, okaylah we all pun paham kalau delay sebulan dua. Tapi hingga February 2022 belum settle oit!

Sakit hati betul

Mula-mula cakap backlog, lepas tu alasan banjir di Shah alam pada bulan 12. Tapi ofis dia orang di sungai buloh, dan akhirnya kita orang naik ofis dia orang tengok sendiri nak tahu status production kita orang ni diman

It seems staff dia cerita derang ni ada masalah management sebenarnya pusingan duit tak betul lah nih

Apa hak pengguna ?

Aku dah mula sakit hati, dan aku pun bagi komen di FB dia supaya orang lain pun tahu. hahahah jangan main main dengan social media yer. Kebetulan ada 2/3 kawan nak buat juga dengan dia orang terus PM tepi setelah nampak komen aku and akhirnya tak berani terus nak buat

Aku bukan nak tutup rezeki dia orang tapi apa hak kita sebagai pengguna. kita dah bagi duit deposit on time tapi dia orang buat apa dengan duit kita? pusing modal ? or sebab ada 2 bini? (selalunya macam tulah kan kontraktor melayu)

Ini lah yang aku cakap, kalau syarikat melayu ni yang beragama islam kenapalah tak jujur and buat kerja dengan amanah?

Kalau dari bulan september 2021 – February 2022 maknanya dah 6 bulan kan!

Sewaktu kami kalut cari info rupanya terjumpa page Abang besi penipu. katanya dahulu dia orang ni dah ada masalah partner katanya . Tapi aku peduli apa , itu bukan masalah aku.

Mintak Deposit nak ambil bumbung dekat supplier konon

Paling kelakar kenapa aku rasa dia orang tak jujur selepas aku pergi ke ofis dia orang pada bulan 12, akhirnya dia kata nak install pada bulan 2. Aku ingat masalah aku dah selesai. Rupanya dia bukak bumbung lama pasang besi tapi hahahha bumbung ACP tu tak ada. So dah hampir sebulan runag pergola aku dibiarkan begitu sahaja

Tukang pasang hanya cakap dia orang hanya tukang pasang. Ajer gilerr!!!

Sebelum pasang dia mintak duit lagi RM900 untuk beli bumbung. Aku dah cakap asalnya dia pasang baru aku bayar on the spot. Tapi katanya duit tu untuk beli bumbung,.. hahahah harey.. nampak sangat penipu

Setelah aku bombard lagi di FB, dia orang boleh pM tepi kata tunggu aku punya time pulak. Eh apa gila dia orang nih

Jadi, apa masalah syarikat melayu nih? cuba korang huraikan masalah aku ni

So hari in 11 Feb 2022, dia kata nak mai 18hb 2022. Kita tengok yer dia orang tepat janji atau tidak

Update : Akhirnya dia orang install pada 18hb 2022… akhirnya …

𝟯 Perkara boleh dilakukan bila kena tipu

Perlukah aku buat sampai stage ini bila kontraktor melayu asyik menipu kan?

  1. Buat laporan polis di balai berdekatan. Berikan butiran kontraktor, kerja yang dilakukan dan jumlah bayaran yang ditipu.
  2. Buat aduan bertulis di pejabat negeri CIDB berdekatan. Berikan maklumat kontraktor.
  3. Jika kontraktor tersebut berdaftar dengan CIDB, butiran lengkap kontraktor boleh didapati dari sistem pendaftaran laman sesawang CIDB.
  4. .Dapatkan khidmat nasihat dari Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional atau NCCC.
  5. .Aduan boleh dibuat melalui talian di laman sesawang nccc.orf.my/v2/index.php/ingin-membuat-aduan-e-aduan . Buat aduan di bawah sektor Pembinaan atau Penyelenggaraan Rumah

7 Comments

  1. Izaty Arha May 19, 2022
    • azni May 19, 2022
  2. Abu Sham November 3, 2022
  3. Muhammad Zafrullah Bin Abdul Rahman November 14, 2022
    • azni November 14, 2022
  4. Anonymous November 27, 2022
    • azni November 29, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!