Tips kesihatan lelaki, makin berumur makin kena jaga dan kawal segalanya

Tips kesihatan lelaki . Suami tolonglah jaga kesihatan ! Bunyi macam cliche kan, bunyi macam tidak adilkan. Tapi bagi aku suami adalah ketua keluarga umpama kapten kapal yang kena fit dan cerdas untuk mengemudi kapal. Kita isteri dan anak-anak hanyalah anak kapal yang akan menuruti perintah kapten.

Statistik tahap kesihatan lelaki Vs Wanita

Ini bukanlah omongan aku semata -mata tetapi beberapa media utama pernah melaporkan indeks kesihatan lelaki di Malaysia agak rendah berbanding dengan kaum wanita.

THE life expectancy of men in Malaysia is almost five years less than women.

It currently stands at 72.7 years compared to 77.4 years for women.

The bulk of premature deaths amongst men (68 per cent) are caused by non-communicable diseases (NCD), followed by communicable diseases (20 per cent) and injury (12 per cent).

But there is also another underlying cause that leads to poor general health among men – a lack of awareness, open discussion, and health-seeking behaviour.

https://www.nst.com.my/lifestyle/heal/2020/11/637850/lets-talk-about-mens-health

Pengalaman Tahap Kesihatan Suami

Namun hakikatnya sekarang, ramai suami yang ambik mudah, tidak alert dengan sistem badan sendiri. Suami aku sendiri mempunyai sejarah migrain yang agak kronik dari zaman sekolah dan tidak dapat menerima hakikat ia berpunca dari tekanan darah yang agak tinggi.

Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah berada dalam fasa tersebut, menganggap cadangan doktor tidak valid. In denial lah senang cakap

Ini semua cerita sebenar yang aku dan suami lalui. Boleh baca entri pengalaman suami aku sendiri berkenaan migrain dan darah tinggi.

Akhirnya, dengan bantuan kawan aku sendiri dalam bidang perubatan di Hospital Kerajaan telah memberi nasihat dan pandangan berkenaan tekanan darah dan juga sakit migrain suami aku. Akhirnya pada usia 40 tahun barulah dia bersetuju mengambil ubah darah tinggi.

Kalau tahu migrain tak kena dah, memang ambik lama dah ubat ni .. hahaha

kata suami sis hehhe

Begitulah sikap lelaki, dan begitulah juga dengan cerita kawan aku yang kena heart attack tapi masih menidakkan dan ambil sikap sambil lewa, kalau tidak kerana desakan isteri untuk pergi ke hospital aku pun tak tahulah apa akan jadi. Alhamdulillah masih panjang umur kawan aku ni


Walaupun ajal maut di tangan tuhan tapi kita perlu lebih berusaha untuk menjaga kesihatan sendiri. Bukan 1 kes, tapi banyak kes dengan kalangan circle kawan aku sendiri mereka pergi telah pergi meninggalkan anak isteri.

Aku belum bersedia untuk hadapi sebegini ! Aku rasa semua isteri paham perasaan aku kut..

Kalau dalam famili aku, aku ni memang terkenal dengan sikap strict mengawal pemakanan keluarga. Konsep aku senang sahaja makin tua badan pun tidak larat untuk dibebani dengan makanan berlebihan kerana metabolisme makin jatuh. Jadi, jangan cari pasal hahaha

Tips Kesihatan Lelaki

Kawal pemakananan

  • Boleh sahaja pelbagai jenis makanan tetapi hendaklah dalam jumlah yang sedikit.
  • jangan bertambah-tambah. Kalau suku suku lebih baik
  • Banyakkan sayuran dan buahan
  • Teh Tarik dan air manis kena kurangkan

Bersenam

  • Makin tua makin kurang metabolisme
  • Bersenam dapat meningkatkan balik tahap metabolisme kita
  • Dapat mengeluarkan peluh dan toksik
  • Rembesan hormon yang bagus, akan lebih bahagai dan ceria

Tidur yang cukup

  • Badan makin tua, makin lemah perlukan tidur yang cukup
  • Tidur awal membantu sistem badan membaik sel sel badan yang telah rosak
  • Biar tidur awal, tap bai bangun awal. Barulah badan fresh

Lakukan pemeriksaan selalu

  • Makin berumur perlu selalu lakukan pemeriksaan menyeluruh
  • Pemeriksaan tahap kolestrol, Kesihatan Jantung, urik asid, gula dan sebagainya

Kurangkan Stress

  • faktor umur memainkan perana yang penting dalam kehidupan kita.
  • Semakin tua perlu untuk membuang perkara-perkara yang toksik dan negatifi yang akhirnya akan merosakkan badan kita sendiri
  • Terbukti stress akan meningkatkan lagi tahap sakit yang ada.
  • Berikan ruang untuk hobi mereka

Kesihatan merosot pasti impak kepada kesihatan seksual

Suami dan isteri mesti senantiasa membahagiakan pasangan masing-masing. Perlu memahami luar dalam kedua pihak. Perlu berganding bahu untuk kebahagian Keluarga.

Faktor kesihatan akan memberikan Impak kepada kesihatan seksual lelaki. Seringkali kita dengar pesakit diabetic akhirnya akan mempunyai masalah seksual ataupun tenga batin

Salah satu komplikasi diabetes – neuropati diabetes – menyebabkan kemerosotan dalam persepsi rangsangan deria, termasuk di sekitar alat kelamin. Hampir setiap setiap lelaki yang menderita diabetes mellitus menandakan masalah seks, termasuk menurun libido.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata prevalen diabetes di negara ini didapati meningkat kepada 18.3 peratus berbanding 13.4 peratus pada 2015.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694197/39-juta-orang-berumur-18-tahun-ke-atas-di-malaysia-hidap-diabetes

Kalau boleh sebelum terkena penyakit kencing manis, penjagaan kesihatan harus diberi keutaamaan., banyak info boleh di dapati dalam laman web https://suamisihat.com.my dari tips penjaagaan pemakanan dan tips kesihatan yang menyeluruh

Penyakit kedua yang aku sangat gusar dan takut adalah buah pinggang, sesungguhnya jika telah mencapati umur 40 tahun tapi masih gagal mengawal pemakanan dan diburukkan lagi tiada senaman, ia pasti mengundang penyakit 3 serangkai seperi buah pinggang, kencing manis dan jantung .

Kalau sayangkan suami korang, kawallah pemakanan mereka. Masaklah makanan yang sihat-sihat. Aku pernah terdengar dalam satu ceramah agama ustazah bahiyah ” kalau sayangkan suami jangan masak makanan yang terlampau sedap, nanti bukan sahaja 1 pinggan tapi berpinggan-pinggan”

Sekiranya suami aku masih mengambil pain killer atau ponstant sehingga ke hari ini, tidak mustahil buah pinggang dia pun akan mendapat kesan yang sama.

Amalkan Tips Kesihatan dan cari maklumat yang membantu

Nak rumahtangga bahagia, jangan lupa isteri dan suami perlu berusaha. Nak dapat info lebih Sempena Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia ni, SuamiSihat ada buat giveaway percuma Ebook Suami Maulana. Step by step perbaiki Komunikasi dalam Rumahtangga. atau boleh join group join group Telegram mereka, ‘Komuniti SuamiSihat’ untuk sana-sama berbincang & berkongsi tentang isu kesihatan lelaki ni secara direct & professional

Add Comment

error: Content is protected !!