Garam, kolestrol, nikotin, semua ni antara punca tekanan darah tinggi.
Table Of Content
- Mulanya tak tahu punca migraine
- Tanda-tanda tekanan darah tinggi
- Bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya
- Apa itu tekanan darah tinggi?
- Punca tekanan darah tinggi
- Cara mengubat tekanan darah tinggi
- Migraine pun dah tak ada!
- Petua menurunkan tekanan darah tinggi
- 1. Kurangkan pengambilan garam dan monosodium glutamate.
- 2. Berhenti merokok atau mengambik minuman keras
- 3. Minum air rendaman buga raya
- 4. Minum air kelapa
- 5. Minyak ikan berkualiti
- 6. Herba Hawthorn
- 7. Sirap Bluberi
- 8. Bawang putih
- 9. Tembikai di pagi hari
- 10. Teh halian panas
- 11. Pegaga
- 12. Tidur yang cukup
- 13. Bersenam
- Dengar cakap doktor
Selama bertahun-tahun aku ingatkan sakit kepala atau migraine. Puaslah aku makan itu ini, berubat sana sini untuk hilangkan migraine aku. Alhamdulillah berkurang tapi tak hilang sepenuhnya, dari seminggu sekali jadilah dua minggu sekali serangannya.
Aku ni ada migraine sejak dari awal sekolah menengah lagi. Mula-mula aku ingatkan cuma sakit kepala biasa tapi lama-lama makin teruk. Kalau dia datang waktu nak study memang aku pasrah je.
Berdenyut sebelah kanan. Kadang-kadang datang sekali dengan rasa loya, mual dan aku akan paksa diri untuk muntah. Kalau tengah study tu, aku tutup buku, sapu minyak kapak, makan panadol dan tidur.
Mulanya tak tahu punca migraine
Aku langsung tak tahu yang ‘migraine’ aku ni rupanya ada kaitan dengan tekanan darah tinggi.
Aku pun tak tahu yang aku ada darah tinggi sampailah umur aku dalam awal 30an. Doktor yang ada rekod aku dah mula tanya nak makan ubat darah tinggi tak.
Aku tak setuju, ‘in denial’ sebab aku rasa takkanlah aku ada darah tinggi kot. Muda lagi masa tu. Biasalah kalau tengah sakit atau demam tu tekanan darah akan tinggi sikit kan. Bila doktor bagi ubat akau akan ambil tapi tak makan pun.
Migraine aku ? Hmmm, migraine ni aku anggap kes lain , mana sama dengan darah tinggi. Rupanya aku silap. Migraine aku memang kena mengena dengan darah tinggi.
Tanda-tanda tekanan darah tinggi
Sebelum aku cakap pasal punca tekanan darah tinggi, aku nak bagitau sikit tanda-tanda kalau kita ada darah tinggi.
- Sakit kepala. Biasanya aku akan rasa bila bangun pagi. Aku dah tahu akan kena migraine haritu. Berlaku di tengkuk, mula-mula setempat kemudian merebak ke tempat lain.
- Pening. Benda ni biasa terjadi dan tak semuanya tanda darah tinggi. Namun, kalau berlaku kerap lebih baik lakukaan pemeriksaan.
- Loya dan muntah. Faktor ni biasanya datang sekali dengan pening tu. Ini bermakna ada peningkatkan tekanan darah dalam otak. Aku akan rasa ni selepas beberapa minit sakit kepala.
- Jantung Kencang. Biasanya akan berlaku lepas korang buat aktiviti seperti memebuat kerja dengan tergesa-gesa atau bergerak dengan cepat. Jantung akan terasa kencang.
- Sesak nafas. Benda ni akan berlaku kalau dah serius. Maknanya ada masalah pada saluran patru-paru.
- Bacaan yang tinggi. Tekanan darah kita akan tinggi bila dalam keadaan tertekan atau kesakitan. Ini bersifat sementara, tapi kalau bacaan tekanan darah tak normal secara konsisiten, lebih baik buat pemeriksaan lanjutan.
Jadi dari tanda-tanda kat atas ni, aku cuma selalu rasa pening, loya dan muntah je. Bacaan yang tinggi aku anggap tak konsisten.
Selepas bebrapa kali kena warning oleh doktor dan juga wife, akhirnya aku terima kenyataan yang aku mengidap tekanan darah tinggi.
Bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya
Untuk nak dapatkan bacaan tekanan darah tu kita boleh je buat sendiri kat rumah. Alat bacaan tu pun banyak dijual. Tapi kenalah tahu cara maksud bacaan tu dan waktu yang sesusai.
Setakat manakah boleh dikatakan bacaan kita merbahaya.
Untuk nak tahu bila waktu yang paling sesuai untuk buat bacaan, boleh rujuk video kat bawah ni.
Apa itu tekanan darah tinggi?
Darah tinggi ni juga dirujuk oleh doktor sebagai hipertensi. Haaa bunyi macam terlebih tension kan. Jadi kalau kat ubat korang tu tulis hypertension, janganlah marah ke doktor silap ye.
‘Saya darah tinggi kenapa doktor bagi ubat tension?‘. Samaa jer tuuu.
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.
Darah tinggi atau hipertensi merujuk kepada tahap bacaan yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa.
Penyakit ni bahaya sebab ianya pembunuh senyap (silent killer). Sebenarnya anggaran 1 oranga daripada 3 orang dewasa ada masalah ni.
Punca tekanan darah tinggi
Boleh dikatakan makanan punca darah tinggi. Tapi sebenarnya benda ni tak boleh datang dari satu sebab sahaja. Biasanya ianya berlaku atas gabungan beberapa faktor.
- diet kurang sihat
- merokok
- alkohol
- kurang bersenam
- tekanan hidup
- genetik
- dari penyakit lain
Cara mengubat tekanan darah tinggi
Bila doktor dah sahkan aku ni ada hipertensi dan aku pun dah accept keadaan tu, maka bermulalah era makan ubat darah tinggi.
Aku mula makan ubat darah tinggi pada awal 40an. Ubatnya ialah amlodipine atau juga dikenali denga nama norvasc.
Sebenarnya antara satu sebab aku selalu menolak untuk mula makan ubat darah tinggi ialah pasal orang selalu cakap bahaya ubat tu.
Ubat darah tinggi ni jangan mula makan. Bila dah mula sangat bahaya kalau stop, jadi lagi teruk dan boleh maut. Sehari pun jangan tinggal. Baik tak payah makan
Dah lebih 6 tahun aku makan ubat yang sama. So far tiada masalah. Pernah juga aku terlupa sehari dua, Alhamdulillah tiada masalah.
Paling lama aku tak makan ialah dalam 12hari. Waktu tu aku lupa bawa masa travel ke Jepun. Dekat sana susah nak dapatkan ubat dan mahal. Sakit kepala datang sekejap dalam few hours, aku telan aspirin je. So far Alhamdulillah.
Tapi aku nasihatakan untuk tidak sengaja tinggalkan lama sangat ye. Ada seorang sahabat aku dia rasa macam dah terkawal tekanan darah dia. Dia stop makan ubat beberapa bulan. Tiba-tiba dia terkena mild stroke di bahagian sebelah mata. Nasib baik doktor dapat pulihkan.
Migraine pun dah tak ada!
Alhamdulillah. Sejak makan ubat darah tinggi, migraine aku pun dah tak ada langsung.
Aku langsung tak sangka dah lebih 6 tahun aku tak kena migraine. Hilang macam tu je.
Kena sakit kepala sikit-sikit tu adalah, tapi bukannya cik migraine yang datang macam tukul besi hentak kat sebelah kepala.
Aku percaya migraine tu besar kemungkinan akibat darah tinggi.
Mungkin juga darah yang pekat yang melalui saluran darah. Mungkinlah, sebab ubat hipertension yang aku makan (amlodipine) bertindak mencairkan darah.
Apa-apa pun, selamat tinggal migraine ku!
Selain tu bacaan tekanan darah aku pun dah ok. Setiap kali pergi klinik aku akan check pressure.
Petua menurunkan tekanan darah tinggi
Selain makan ubat, korang boleh juga cuba beberapa petua lain atau tips menurunkan tekanan darah tinggi.
1. Kurangkan pengambilan garam dan monosodium glutamate.
Monosdium glutamate ni sebanarnya yang kita panggil ajinomoto. Kalau boleh hadkan pengambilan kurang dari 1 1/2 atau 2 sudu teh sehari.
2. Berhenti merokok atau mengambik minuman keras
Dua-dua ni tak payah aku sebut yang terbukti lebih banyak membawa kemudaratan dari kebaikan.
3. Minum air rendaman buga raya
Rebus bunga raya dan kayu manis selama 5 minit. Kemudian tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais. Tak sangka bunga kebangsaan Malaysia ni ada khasiatnya.
4. Minum air kelapa
Ramai yang bagitau tapi aku tak pernah cuba. Mungkin juga berkesan. Sekali atau 2 kali sehari.
5. Minyak ikan berkualiti
Ambil minyak ikan berkualiti yang ada dijual di farmasi. Minyak ikan mengandungi asid lemak omega 3 yang telah terbukti dapat menurunkan darah tinggi.
6. Herba Hawthorn
Kajian mendapati kadungannya kaya dengan flavonoid yang boleh mengurangkan tekanan darah dan masalah jantung. Boleh dibancuh dengan teh dan madu.
7. Sirap Bluberi
Juga kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Ia boleh dicampurkan dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung.
8. Bawang putih
Kalau larat nak kunyah dan telan bawang putih kat dapur tu silakan. Kalau nak mudah lagi beli jer tablet atau jel garlic di farmasi. Masa aku zaman migraine dulu, salah satu cara bila diserang ialah makan bawang putih yg digoreng sikit.
9. Tembikai di pagi hari
Aku tak pernah cuba tapi ramai yang mengesyokan. Boleh juga dalam bentuk jus yang korang blend sendiri. Dikatakan ia mempunya bahan organik cittruline dan asid amino yang akan bertindakbalas yang boleh meluaskan saluran darah dan merendahkan tekanan darah.
10. Teh halian panas
Aku pernah mencuba dan memang ada nampak kesannya. Melegakan bila minum waktu nak kena migraine. Semestinya sesuai untuk mengawal tekanan darah.
11. Pegaga
Boleh je dimakan sebagai ulam atau jus. Pegaga memang berkhasiat dan terbukti dapat mengawal tekanan darah tinggi kepada sesetengah orang.
12. Tidur yang cukup
Bagi aku yang di basic. Sering kekurangan masa tidur semestinya jadi punca tekanan darah tinggi dan stress. Ikut jangkamasa tidur yang sesuai untuk umur dan gaya hidup.
13. Bersenam
Bersenamlah mengikut kesesuaian gaya hidup . Jangan terkurang dan jang pulak melampau-lampau. 30 minit senaman dan aktiviti ringan di rumah boleh diamalkan. Jangan terlebih sangat terutama yang tak biasa tu.
Dengar cakap doktor
Sebenarnya tak semua orang boleh mendapat kesan yang sama untuk cara dan petua tu. Ada yang berkesan dengan yang ni dan tak berkesan dengan yang lain. No harm mencuba.
Yang mana ada migraine atau kerap sangat sakit kepala tu, pergilah check. Kalau disuruh makan ubat darah tinggi tu, makanlah.
Semoga kita semua diberi kesihtan yang baik. Amin.
Sangat berguna kpd pesakit darah tinggi spt abe kie ni. nak save la artikel ni. Thanks