4 Amalan Zikir Murah rezeki

Zikir Murah Rezeki yang mesti diamalkan setiap hari

Zikir Murah Rezeki ini sepatutnya dijadi amalan harian kita. Mulut kita seharus dibasahi dengan Zikir harian yang sentiasa memuji Allah. 4 rezeki yang mudahkan rezeki dan cepat kaya yang aku jumpa sepanjang pencarian aku sendiri dan aku rasa rugi pula kalau tidak berkongsi dengan pembaca.

Kita sepatutnya makin banyak tunduk makin tinggi memanjatkan kesyukuran. Tapi kadang- kadang kita lalai

Selain dari amalan zikir amallah juga sembahyang Dhuha juga adalah pembuka rezeki kita,  adalah disebabkan Firman ALLAH SWT Bermaksud, “jika kamu bersyukur” maka AKU tambah nikmatKU kepadamu.

Namun diingatkan Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang turut boleh dianggap rezeki. Semuanya nikmat Allah yang patut disyukuri.

Banyak para agamawan telah memberita tahu kepada kita, sebenarnya Tidak susah untuk sentiasa murah rezeki. Amalkanlah zikir dan doa pembuka pintu rezeki ini dalam kehidupan seharian.

InsyaAllah, mudah-mudahan Allah buka seluas-seluasnya rezeki dari pelusuk bumi untuk kita.

Bila Susah Kita Memang Kita mencari

Sebelum ini aku sendiri tidak mengamalkan amalan amalan ini. Hikmah atas kesusahan yang aku alami sekarang membuat aku bergantung kepada Allah sepenuhnya untuk mengatasi masalah ini.

Melalui Pembacaan kena letakkan keyakinan 100% kepada Allah yang maha pemberi rezeki kerana semuanya dari dia. Amalan rezeki datang sendiri tanpa diduga. Dan saya terus yakin ini sebahagian doa murah rezeki yang paling mustajab, rezeki itu pasti datang jua

Kebetulan aku terjumpa satu video youtube zikir murah rezeki. Aku memang suka penyampaian ustaz ini ianya antara doa murah rezeki paling mustajab.

4 amalan zikir murah rezeki adalah

1. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim Astaghfirullah

Zikir Murah Rezeki

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

100x sebelum subuh, 100x selepas sembahyang sunat subuh

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Zikir Murah Rezeki

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

100x Selepas zuhur

3. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah”. (HR. At-Tabrani)

100x setiap hari

4. Membaca – Laillah Hailallalah

“Barangsiapa yang membacanya setiap pagi 1000 kali setiap hari maka Allah memudahkan baginya sebab sebab rezeki” hadis riwayat Imam tarmizi

Setiap hari setiap pagi 1000x dalam keadaan suci

Kesimpulan Amalan zikir Murah Rezeki

Banyak Amalan yang boleh kita lakukkan untuk terus membuka ruang rezeki. Perlu kita ingat

Benapa banyaknya nak kena zikir?

Kenapa banyaknya amalkan Zikir Murah Rezeki dan istighfar?
  • Supaya Allah SAYANG
  • Supaya Allah KASIH
  • Kerana Allah janjikan REZEKI pada yang ISTIGHFAR
  • Kerana Allah janjikan REZEKI pada yang SELAWAT

Dan yang paling penting lagi banyak kita memberi dan bersedekah lagi banyak yang kita dapat. Banyak website lain dan blog ada berkongsi untuk amalan baik.

Perbanyakkan carian zikir tambah rezeki ini supaya ia akan membuka banyak lagi ruang ruang rezeki kepada kita semua

2 Comments

  1. Azis June 19, 2021
    • azni June 19, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!