Psikologi Iman memang terganggu, tidak ceria

Covid19 Psikologi kanak-kanak memang terkesan. Anak aku salah seorang yang aku lihat moodnya turun naik. Tidak segembira sewaktu zaman normal kita bebas bergerak seperi dahulu.

Kisahnya pada satu pagi sewaktu aku tengah menunggu dhuha, Iman bangun tidor dan terus datang ke bilik aku.

Adeh 😭

masa ni aku tengah duduk bersila di atas sejadah berdekatan tepi katil . Iman datang bila dan terus duduk di atas katil dan bercakap sambil pandang tingkap tu dan bebel bebel.

Cepat-cepat aku amik gambar sebab rasa macam alahai sedeynya tengok momen dia termenung tengok luar macam ni dan meluahkan ayat seperti ini hendak menangis dan sedih .

Aku tak nampak muka dia tapi aku dapat dengar eksperisi hati dia

“Bila iman boleh start sekolah mama?”

Nampak sangat dia rindu pada kawan-kawan, cikgu and suasana sekolah . Iyaah kan , Dia pun letih duduk dirumah sahaja tambah dia pulak anak tunggal. Mama and papa dia ni lah sahaja teman untuk dia bersembang.

Ada hari kami layan, ada hari kami pun sibuk dengan rutin kerja.

Bila tengok Kes makin menaik aku perlahan lahan cakap pada dia. Aku terpaksa alert pada dia. Agak Mustahil untuk dia masuk ke sekolah pada 20 hb Jan nanti. Dia pandang muka aku dan macam terkejut

kenapa tak boleh?

Semasa PKP pertama iman telah mengharunginya dengan baik dan berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang agak baik juga tapi bila Pkp bersambung -sambung mungkin bertambah lelah. Macam tiada kesudahan kan.

Entahlah bagaimana dia nak menghadapai UPSR dan UPKK nanti,

Covid19 Psikologi ramai kanak-kanak hadapi masalah yang sama

Selepas aku up gambar dia menyayat hati di atas ni iman duduk tepi katil ramai yang memberikan komen sama, kesemua anak anak mereka tidak sabar untuk kesekolah. Kesemua meluahkan betapa mereka tidak sabar untuk memasuki alam persekolahan semula.

Hanya segelintir sahaja yang memberikan komen komen lucu kerana tidak payah bangun awal pagi dan dapat bermain game sepanjang hari

Yang pasti Iman memang sangat Rindu rakan rakan yang lain tambahan pulak tahun ini adalah tahun terakhir iman di sekolah rendah.

Tidak dapat terima hakikat

Aduh jenuh nak fahamkan dia, or mungkin dia faham tapi tidak boleh terima hakikat yang terlampau lama berada di rumah. Bila aku maklumkan bahawa pihak kerajaan memutuskan sesi perskolahan ditunda, Iman Siap grumpy and sedih sangat rupanya.

Mengalir air mata sambil peluk bantal. Bukan aku sahaja yang dah tepu rupanya. Kasihan sungguh bila aku tengok air mata dia mengalir.

Entahlah! tahun ni dia dapat amik UPSR atau tak. Tapi to be frank aku dan suami memang tidak berapa kisah sgt yang part tu, sebab dia dan kami tidak bercita cita nak masukkan dia ke sekolah asrama penuh.

Kami rasa 12 tahun bersama kami tidak cukup. Biarlah sehingga dia berada bersama kami sehingga sekolah menengah kerana kami yakin selepas itu dia akan melanjutkan pelajaran ke tempat lain pula,

Insyaallah.

Cuma cabaran untuk kami sepajang musim PKP ini agak rasa susah untuk memasikan suruh dia terus belajar. Momentum ulangkaji dekat rumah ni agak susah tambahan pula kami bukanlah ibu bapa yang terlatik untuk mengajar subjek subjek mengikut syyllabus terkini. Sikit sikit bolehlah kan.

Aduh, Cepat- cepatlah habis pandemik ini… 😭

Perkembangan kanak kanak semasa pandemik seperti iman seusianya memang terganggu. Mereka seperti tersekat, dan terkurung dalam erti kebebasan. Ianya benar menganggu Covid19 Psikologi kanak-kanak

Covid19 Psikologi kanak-kanak

Pencalonan SRC menceriakan hidup Iman seketika

Harini up gambar dia yg semangat nak submit pencalonan pengawas bagi sessi 2021. Iman sebenarnya telah menjadi pengawas sejak darjah 2

Cuma Kali ni sekolah buat kelainan pulak. Bukan lagi di panggil pengawas tetapi SRC Student Reprenstative Council.

Setiap calon perlu kena hantar poster manifesto, wah dah macam Election di zaman U. Sekurang-kurang ini dapat menceriakan hidupya seketika. Sempat bermesyuarat dengan ahli yang terpilih.

psikologi4

Itulah kenangan persekolahan iman di awal tahun 2021

Kita yang dewasa pun Burnt Out inikan psikologi kanak-kanak

Ada dalam satu hari awal januari aku sanggup pi ofis and pakai baju kerja duduk kat meja sendiri. Rindu betul suasana normal seperti dahulu bergurau senda dengan kawan kawan .

Hahah macam tak betul pulak. Tapi cukup lah aku ceria seketika.

Buat masa ini Team aku hanya work from home so kami bekerja secara online. Namun ianya amat sukar dari segi emosi untuk aku juga kerana aku sendiri prefer untuk bersemuka untuk membincangkan segala permasalahan.

Ya Allah hapuskan lah COVID-19 ini dari muka bumi ini.

Covid19 Psikologi kanak-kanak

8 Comments

  1. Dorsett Pink February 9, 2021
    • azni February 9, 2021
  2. Nina Mirza February 11, 2021
  3. Ardini Humaira February 11, 2021
  4. ummi nani February 11, 2021
  5. Nadia johari February 12, 2021
  6. Sunshine Kelly February 12, 2021
  7. Ai February 16, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!