Sinopsis Marry Me Senorita

SINOPSIS MARRY ME SENORITA. wow ! akhirnya Janna Nick berlakon di samping kekasihnya Dini Schatzmann. Omaigod..omaigod. Aku memang suka tengok depa berdua nih

Sama pada. Macammana kelaku janna nick di belakang tabir berlakon dengan boypren dia nikan. Drama ini adalah adaptasi daripada novel karya Suri Ryana.

Rasanya ini gandingan pertama merekakan! Dah terlepas episod pertama Sinopsis Marry Me senorita haritu. Tapi apa susah you tube kan ada hehe

Memenuhi Slot Mega Drama Astro RIa bermula 2 februari 2021

Pertemuan Pertama

Semuanya tanpa di rancang. Sofiy Leia dipaksa meninggalkan rumah oleh ibu saudaranya sebaik sahaja bapa saudara Sofiy meninggal dunia. Dia dikejar dan untuk menyelamatkan dirinya, dia mencari perlindungan di bawah gazebo di mana Isa Alejandro juga turut berehat.

Sinopsis Marry Me senorita

Oleh kerana keadaan hujan lebat dan matahari sudah terbenam, Sofiy tidak mempunyai pilihan selain bermalam di sana. Walaupun pada masa itu dia menganggap Isa adalah seorang yang sombong, namun dia tetap menceritakan kisah tentang apa yang telah berlaku dalam hidupnya.

Sofiy benar benar perlukan seseorang untuk luahkan kesedihannya.

Isa mengingatkan Sofiy agar tidak terlalu mempercayai rakan baiknya, Tina, tetapi Sofiy tidak mempecayainya .

Tina berjanji akan membantu Sofiy untuk mencari pekerjaan. Sofiy panik apabila Tina cuba menjualnya kepada bos tempat dia bekerja dan Sofiy memanggil Isa untuk meminta pertolongan. Setelah menyelamatkan Sofiy, Isa membawanya ke rumah datuk dan nenek Isa

Isa memperkenalkan dirinya sebagai bakal isteri. Isa meminta Sofiy untuk menikahinya bagi membantu memulihkan kepercayaan datuknya dan pada masa yang sama membantu memastikan keselamatan Sofiy dari Tina dan majikannya. 

Inilah permulaan bibit Sinopsis Marry Me senorita

BACA : Sinopsis Takdir Yang Tertulis

Isa Melamar Sofy

“Marry me, senorita.” – Isa Alejandro..

Meskipun baru berkenalan kurang dari seminggu, Isa Alejandro (Dini Schatzmann), lelaki kacukan Sepanyol sudah berani melamar Sofiy Leia (Janna Nick).

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku.

Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

Sinopsis Marry Me senorita

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” – Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” – Engku Aziz

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” – Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” – Isa Alejandr

Adakah mereka akan terus menyintai satu sama lain ?

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza.

Dalam masa yang sama , Sofiy ada saingan. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro.

Sinopsis Marry Me senorita

Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang.

Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” – Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” – Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

Info Sinopsis Marry Me senorita

  • EPISOD : 20
  • TARIKH TAYANGAN : 2 Februari 2021
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
  • PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
  • PENULIS NOVEL : Suri Ryana
  • PENGARAH : Nur Ain Sharif
  • PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
  • PELAKON : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin

LAGU TEMA (OST) Marry Me Senorita

  • Surat Akhir – Amira Othman Magis – Fattah Fawzy
  • Suatu Yang Tak Pasti – Margosa Tingkap Kaca – Margosa 
  • Pelangi Tak Berwarna – Margosa
  • Bagaimana Jika Aku Tiada – Empty Page
  • Cahaya – Empty PageJika – Empty Page

Tonton Marry Senorita Episod 1 hingga hingga 20

4 Comments

  1. Nardnaddy February 11, 2021
    • azni February 11, 2021
  2. abam kie February 12, 2021
  3. sueizza February 13, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!