Alamak ada benjolan di payudara!

Benjolan di payudara | Benda yang paling menakutkan dan menghantui untuk semua kaum wanita is the big C. Sesungguhnya aku melalui saat saat suspen dan resah sewaktu lakukan ujian mammogram hari ini . Actually aku sedar ada Benjolan di payudara atau lump yang agak besar di breast bahagian kiri ini hampir 3 minggu yang dahulu. Orang panggil breast lump.

Aku tahu breast lump ni macam-macam. Ada Cyst, Fibrodonamatosis dan macam macam lagi. Tapi yerlah benda tu kat dalam, kita yang rasa dekat luar ni nampak macam sama sahaja. Manalah kita nak tahu.

So nak tak nak kenalah jumpa dengan Dr. Pakar.

Tapi aku rasa semua perempuan risau kut kalau ada benjolan atau ketulan di payudara ni

Benjolan di payudara

Setiap malam sebelum tidor aku pasti akan check size lump ni. Risau sangat bila ingat- ingat balik. Tapi bila pergi kerja, sibuk aku lupa balik. Bila teringat balik terus rasa kecut perut tu datang. Terus terbayang anak aku, laki aku .. kawin baru ke dia if aku mati dulu. hahah.. benda standard yang orang perempuan pikir.

Aku pernah buat laproscapy untuk Endometriosis, dan juga buang Lump di kawasan bahu. huhuh macam macam kan. Tapi kalau Big C ni siapalah tak takut kan. Hadoi.. mintak jauh sangat sangat.

Health Screening Programme Socso

Ini kali kedua aku buat prosedur ini. yang pertama under syarikat yang aku kerja sewaktu umur 40 tahun. Masa tu lagi macam-macam ujian dibuat, termasuklah stress tess dan juga ECG. Tapi kali ini aku nak utilise dibawah health screening program dibawah perkeso.

Ya, ianya percuma sahaja. Sebelum ni aku pernah cerita panjang lebar entri untuk full check up kesihatan. Korang follow link ini, masukkan IC kemudian sekiranya korang layak, korang akan dapat sms bersama code number.

benda dah free takkan taknak guna

Tapi hahaha aku memang buat last minit kali ini, sebab kekonon nak pergi dengan kawan kawan, dan kekonon semua nak kurus dulu baru nak pergi. Dari pertengahan tahun sehinggalah sampai masa dah nyawa nyawa ikan pada 31/12/2019 baru pergi walaupun kami tak kurus kurus juga hehhe.

Voucher aku dikeluarkan pada 2013, so bila buka website katanya expired pada akhir tahun 2019. Maka kelam kabutlah kami untuk dapatkan slot di hospital yang tersenarai

Hampir terlepas peluang untuk buat HSP

Disebabkan lump atau Benjolan di payudara yang agak ketara besar itu lah buatkan aku tak nak lepaskan peluang kali ini. Mammogram normally cecah ratusan ringgit untuk setiap kali screening.

Pada awalnya aku tak boleh proceed walaupun selepas aku berjaya buat appointment yang pertama. Puncanya adalah kerana period aku datang awal dari tarikh temujanji yang kami telah tetapkan. Maka agak suka sekiranya aku buat ujian air kencing dan juga pap smear.

As advice, Seeloknya seminggu selepas tarikh menstrual barulah aku buat pemeriksaan Benjolan di payudara ini..

Mammogram dan Ultrasound dapat pastikan Benjolan di payudara

Tapi aku tetap mohon untuk lakukakan ujian mammogram sahaja dengan pihak hospital sebab confirm dah tak boleh pakai lagi voucher tu. Alhamdulillah akhirnya aku dibenarkan untuk tunda pada tarikh 31 disember 2019.

Alhamdulillah, kami sampai tepat pada jam 8.15 pagi dan selepas pendaftaran kami terus mulakan proses seperti biasa, ambil air kencing, tekanan darah dan juga ambil sample darah. Kemudian aku di bawa untuk mammogram

Makanan juga disediakan untuk kami tau. Dari pagi sampailah tenghari. Memang terbaiklah Hospital Beacon ni. Masakan pulak sedap tau.

mammogram

Proses Mammagoram yang sedikit sakit tapi lucu betul rasanya

Hahaha… yer memang lucu sebab orang perempuan nikan malu malu juga kalau nak tunjuk private part sesana. So kisahnyanya kami kena buka baju dan berdiri dihadapan mesin khas untuk x ray breast kami dengan cara kepitan. Haa gambar atas ni mcm tulah.

Tapi takkan aku nak letak gambar perempuan yg tak pakai baju macam yang kita orang kena.

Eh! entah betul aku sebut “kepitan” seperti diatas. Tapi ianya agak sakit tapi sakit yang boleh ditahanlah. Mungkin untuk orang bersaiz agak kecil akan sedikit susah berbanding orang yang sebaliknya. Jenuh nak adjust.

Panik sekejap

Jadinya medical assistant pun tolong membetulkan kedudukan sewaktu proses mammogram untuk pastikan dapat bacaan yang lebih tepat.

“Oh ada Benjolan di payudara, sebab itukah datang untuk buat mammogram?”

Fuh.. aku dah berdebar bila dia sendiri cakap macam tu, maknanya quite prominent lahkan. So selepas beberapa pergerakan untuk x ray tu, dia terus keluar macam lekas lekas jumpa dengan Dr.

Benjolan di payudara

Alamak… aku dah tak sedap hati. Macam dia terus kalut kalut jumpa DR. untuk ceritakan apa yang dia nampak dan rasa. Serius rasa, macam adeh… adeh… apa nih . dah ketar kaki aku.

Lepas tu dia cakap, akak tunggu dekat luar dulu yer, kita tengok apa Dr cakap. So terbantutlah aku nak tukar baju terus

Actually Aku datang berdua dengan kawan aku, aku inform pada dia aku kena tunggu dulu. Belum boleh tukar baju. So sementara aku tunggu, datang sorang lagi medical assistant. Dia datang dekat betul tepi aku dengan suara yang perlaham untuk tenangkan aku.

Macam dalam drama korang tengok tu.

Akak kita kena proceed pada ultrasound pulak yer, sebab ada abnormalities dekat breast akak

Memang tahu ada benjolan tu, tapi bila dia cakap macam tu rasa macam terpukul. rasa uneasy.. entahlah susah nak gambarkan perasaan tu.

Terus aku message laki aku dan kawan kawan aku yang kerja dalam bidang perubatan. Semua cuba comfortkan aku, dan doakan aku baik baik sahaja. Laki aku pulak lambat balas, huhuhu. apa apa cari laki dulukam. Kebetulan dia meeting kut. Bila dia start respond bertambah sedihlah aku hhuhuhu, aku tahu dia pun risau tapi dia cuba comfortkan aku juga.

Sementara menunggu giliran untuk ultra sound, aku terus zikir segala mak nenek, aku google untuk doa doa yang baik. dan aku terus teringat, orang kata kalau nak tolak bala masa tu kita kena bersedeqah. Aku terus cari tempat saluran untuk aku buat semua tu.

Ya Allah, serius start panik, risau dan macam macam lah dalam kepala tu. Kawan aku pulak selepas aku buat mammogram giliran dia pun masuk, jadi aku duduk sorang sorang diluar. Memang layan perasaan sungguhlah masa tu.

Nak tunggu turn untuk ultrasound tu lamalah pulak rasanya. Fuh rasa tersiksa jiwa raga.

Proses Ultrasound dengan Doktor Laki huhu..

Bila nama aku dipanggil, mulut dan hati aku ni memang tak putus lah berdoa. Mintak jauh lah Ya allah . I’m not ready to hear benda benda yang tak best untuk tahun 2020 ni.

Masuk masuk pulak, nurse cakap minta maaf, Doktor perempuan tak ada, so Doktor laki sahaja yang ada sebab ramai doktor cuti hujung tahun. Adui.. seganlah pulak. Tapi aku dah tak kisah dah sebab aku nak tau apa masalah aku.

Lama pulak nak tunggu Doktor nak masuk, aku pulak dan kena bersedia dengan kedudukan tangan keatas dan baju dibuka separuh, huhu lagilah rasa tak selesa.

Ataupun aku yang terasa lama sebenarnya.. entahlah.

Doktor laki tu pun masuk, adeh.. doktor muda awal 30an kut. Malu juga, tapi aku set dalam kepala, tak kira aku betul betul nak tahu apakah benda asing atau Benjolan di payudara tu. So dia start conversation dengan minta maaf yer,

Saya terpaksa buat ultrasound ni sebab nampak abnormalities tu . Walaupun mammogram dah nampak tetapi paling baik untuk check adalah dengan ultrasound.

Terus aku pun cakap, owh tak apa , saya faham. Saya pun risau sebab dah dekat 3 minggu ada benjolan yang agak besar ni. Tak pernah macam ni. So dia cakap kalau macam tu kita mulakan dengan bahagian tu dahulu.

cyst

So dia pun letaklah gel yang agak banyak di kawasan tersebut. Mata aku mengadap skrin monitor tu sambil rasa malu malu sebab nak tengok muka dia. Tapi dah nekad, tak nak malu.. aku nak tanya semua benda. apa yang tak kena dengana ku ni.

Adalah beberapa minit dia pusing pusing alat ultrasound tu. Doktor cakap, hurmm agak besar nih.. tapi alhamdulillah tak merbahaya. Ini hanyalah fluid atau cecair, ia juga dikenali dengan nama cyst dan bukan sel kanser kerana ianya seperti kantung hitam.

Kalau kanser ia bukan solid seperti ini dan akan lebih kelihatan tajam tajam. So gambar dlm monitor tu sebijik seperti di atas.

Balik rumah aku pun google la apakah yang dimasukkan dengan spike and tajam itu. Owh rupanya seperti gambarajah dibawah ini.

breastcancer
https://www.verywellhealth.com/breast-cancer-tumors-or-benign-masses-430277

Ya Allah leganya! Benjolan di payudara tidak memerbahaya

Perasaan aku masa tu Syukur sangat sangat. haihh tak taulah nak cakap apa. Lega seleganya. Cuma selain ketulan ketulan besar tu ada lagi ketulan kecil di bahagian lain. Banyak pulak tu!

Doktor sempat kongsikan, pagi tadi dapat seorang patient yang confirm cancer sewaktu proses mammogram dan ultrasound ini. Kata doktor, patient tu muda sangat, Baru berumur 27 tahun dan kurus sahaja orangnya.

Haih… just imagine if aku dalam kedudukan dia. Mesti terduduk dan sedih yakmat. Datang untuk routine check up tapi dapat news yang tak berapa best kan.

Nasihat dia aku cuma perlu observe size tersebut dan sekiranya nak buang pun boleh.

Sesungguhnya aku bersyukur dan rasa lega yakmat, moga tahun 2020 ni akan bawa sinar yang baik untuk aku dan family. Moga Moga tahun depan aku akan lebih sihat, produktif, happy, murah rezeki dan dapat travel lagi.

Alhamdulillah!

22 Comments

  1. umi nazrah January 1, 2020
    • azni January 1, 2020
  2. Zharif Azis January 1, 2020
  3. adlina tasya January 2, 2020
  4. Airah January 2, 2020
  5. Fadzi Razak January 2, 2020
  6. Bella Jamal January 2, 2020
  7. Hanny Abdullah January 3, 2020
  8. Mimi Azirah January 3, 2020
  9. RAIHANAH AHMAD January 3, 2020
  10. Mohamad Khairil Bin Hassan January 3, 2020
  11. smartinvest101 January 3, 2020
  12. nikkhazami January 3, 2020
  13. MAISARAH IBRAHIM January 3, 2020
  14. MAISARAH IBRAHIM January 3, 2020
    • azni January 6, 2020
  15. Wawa Ashihara January 4, 2020
    • azni January 6, 2020
  16. IQ January 4, 2020
    • azni January 6, 2020
  17. Huda January 4, 2020
  18. Bondachanteq January 6, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!