Endometriosis dan zuriat masalah yang sering menghantui wanita

Endometriosis dan zuriat. Perempuan penuh misteri, begitu juga dengan kisah penyakit. Untuk orang yang tidak bernasib baik macam aku ni , penyakit Endometriosis dan zuriat merupakan isu paling besar dalam hidup aku.

Ini adalah pengalaman pesakit endometriosis

Mungkin ada kawan2 yang tahu, betapa struggle nya  aku untuk mendapatkan Hero sorang tu.  Setelah 8 tahun berumah tangga barulah dimurahkan rezeki untuk punya zuriat sendiri.  hurm.. nak citer bab kesusahan tu sebenarnya dah lupa bila jer si hero ni muncul.

Sebenarnya apa yang aku nak share dekat sini, sekiranya ada adik atau anak sedara  atau kawan perempuan yang menghadapi sakit period pain ini jika berlarutan bawak bawaklah berjumpa dengan Dr pakar.

Catatan ini untuk saya buktikan pesakit endometriosis masih boleh mengandung, endometriosis berjaya hamil

Amik mudah sakit datang bulan Endometriosis dan zuriat

Kesilapan saya dahulu, saya ingatkan period pain ini adalah biasa jer, tak payahlah nak heboh heboh.. macam dah kira suratan takdir yang harus diterima oleh kaum wanita. Kadang tu kalau haid tak teratur pun ramai amik tak kisahkan!

Sebenarnya TIDAK!!

Setiap kali datang bulan, kadang tu sampai cramp dari kaki hingga bahagian pinggang. Aku ni dok bayangkan ini adalah lumrah or biasa jerlah kan. disebabkan susah untuk mendapatkan zuriat setelah mencuba beberapa tahun, so saya pun teruslah berjumpa dengan pakar O&G yang terkenal prof. hamid arshad.

SAH.. saya mengalami sakit endometriosis yang akhirnya mengacau sistem penanakan saya dimana telah terbentuknya “spider web” yang akhirya telah mengecilkan saluran falupian dan kawasan sekitarnya.

BACA : 15 tips ikhtiar dapatkan zuriat

Saya akui lifestyle saya yang terlampau sempoi.. makan tak tentu masa.. makan main hentam sahaja.. err.. dulu saya peminat jeruk yang dlm bekas air kuning tu.. siap hirup lagi. Muda muda lagi senang sgt berangin .. dan sakit kepala. ish ish.. mmg teruk.. so kalau boleh hindarkan lah makanan yg macam tu.  mmg tak bagus.

rawatan sakit endometriosis

So atas nasihat dr. saya pun menjalani laproscapy untuk betulkan rahim yang kebelakang dan juga endometriosis.. Mmg selepas tu saya rasa kurang sakit. rasanya tu pada tahun 2001. Kemudian pada tahun 2003, masa nak kalut pindah rumah baru tu.. saya kena serangan sakit endometriosis yg punyalah sakit.. masa tu tengah bershopping di bukit bintang.  

Ya Allah punyalah sakit. rasa perut ni kena tumbuk tumbuk.. so pada masa tu hospital yang paling dekat adalah Gleaneagles… sah saya kena serangan endometriosis.. bila dibuat scan.. haa. tu dia ada kolam darah dalam perut.punyalah besar.

Endometriosis dan zuriat

Endometriosis dan zuriat apa kaitannya

Endometriosis untuk kes saya ni, dimana tisu2 endometrium di hasilkan di luar rahim.. sepatutnya di dalam rahim.. ia terbentuk dan menunggu telur disenyawakan.. heheh betul ker ayat ni.. hurm.. lebih kuranglah.  so sekiranya tidak berlaku implantation so ia akan gugur sebagai darah period.  

Jadi bagaimana dengan luar rahim?? haa.. kan takde saluran nak keluar.. so terbentuklah darah kotor dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman dan of courselah sakit.. 🙁 so kali ke2 saya menjalani laproscapy ni… tapi kali ni teknik laser pulak.. so takdelah parut sangat.

Mengandung luar rahim pulak

Setelah balik dari umrah pda 2005, alhamdulillah saya sah mengandung.. tapi.kegembiraan tu tak lama.. kes luar rahim pulak… haishh.. susahkan nak dpt anak.. kes budak budak dok buang buang  anak pulak suka hati sahajakan..  haa.. sakitnya rasa nak pecah perut ni.. atau dengan lebih tepat satu bahagian badan lah.

Rupanya tak semua dr dapat detect kes luar rahim ni. Pada mulanya saya ni dah lewat period..

Kebetulan masa tu nak dapatkan Dr. hamid arshad tak dapat slot so saya rujuk kepada dr. lain di hospital pantai. Unfortunately memang tak nampak 2 line tu. So saya balik  jerlah rumah. malam tu saya kena serangan sakit yg amat sgt.. saya hanya yakin pada prof. hamid arshad sahaja untuk tengokkan keadaan saya.

Nasib menyebelahi saya dapat jumpa dengan prof hamiddan mmg saya amat terhutang budi dengan kawan saya tu sehingga hari ni..

TQ  kak nini dari Klinik Prof Hamid

Okay back to my story, prof hamid terus spot luar rahim and terus buat operation hari yang sama. owh.. rupanya kalau terlambat, nasib saya ni entahlah… huhuhu wallahualam, boleh bawa mati rupanya so terpaksalah buang janin tersebut.. dan saya mmg dah sedih sbb selalunya kes luar rahim mcm ni salur fallopian kena buang. tapi .. alhamdulillah.. prof.hamid sekali lagi berjaya menyelamatkan fallopian saya so chances untuk concieve akan masih tinggi.

Selepas proses pembuangan endometriosis dan lain lain.. mmg setiap kali dtg bulan saya dah tak sakit lagi.  malah kadang kadang tak sedar. so  kalau ada sapa2 yg punya simptom yg sama seperti saya ni.. better ambil tindakan yang sepatutnya yer..

Macam macam penyakit perempuan, endometriosis pulak

ha.. ini baru citer Endometrios.. belum andomyiosis.. pCos .. and lain laina.. uish byk byk.. kalau betul betul nak tahu.. rajin rajinlah lawat blog prof hamid arshad. http://hamidarshat6.blogspot.com/ banyak info info yang boleh dipelajari.  Memang ada kaitan Endometriosis dan zuriat.

Akhirnya terjawab

So kisah atau journey saya tidak terbantut di situ sahaja.. actually it was a good sign yang mmg saya ni boleh mengandung. so selepas tu sayacuba jadi org yg stress free.. positif, dan terus berubat lah baik yang tradiosional dan moden.

Panjang saya tulis ikhtiar saya untuk dapatkan zuriat dalam entri seterusnya 

Akhirnya pada 2/7/2008 bersamaan tarikh hari jadi mr. asben, saya disahkan mengandung.. dan pada 1st march 2009 lahirlah muhammad Iman rifqi. dan sekarang saya masih mencuba untuk mendapatkan yg kedua.

Mungkin faktor umur yang nak masuk 4 series ni mcm agak susah.. tapi.. takpalah.. kita cuba juga… kesian pulak tgk iman takder kawan kan.   Moga usaha saya ni dapat termakbul tahun hadapan. AMIN

6 Comments

  1. Qider October 25, 2013
    • azni January 3, 2014
  2. Sohoque May 27, 2016
    • azni May 30, 2016
  3. MrsPip June 30, 2021
  4. wawa azwa January 3, 2023

Add Comment

error: Content is protected !!