Aktiviti pembelajaran iman di rumah semasa PKP

uih .. kena simpan sini sebagai sejarah dan memori bagaimana Aktiviti pembelajaran anak semasa PKP, musid pandemic Covid 19. kiranya macam try and error sebab ini first experience untuk aku , eh untuk satu dunialah kan. Ada bagus dan ada juga tidak bagus pengalaman aku ini. Bercampur campur, jadi.. korang nilailah sendiri.

Aku rasa pun korang pun sama macam aku kan!

Cabaran pembelajaran di rumah

Bukan mak bapak sahaja struggle #wfh . Hero kecik ni pun sama . Ada hari mood okay, ada hari main game sahaja masa memula PKP. Bila tengok dia main game dan tengok youtube sakit hati pulak tengok aih. Jadi kami pun start pikir mcm mana nak urus dia ni.

Ini citer aku anak sorang, yang ramai anak sure lagi penuh cabaran mak pak ditambah dengan kerja opis yang berlambak dan resources yang limited.

Alhamdulillah, Sekolah iman memang banyak menyediakan kerja juga online teaching dan kerja sekolah. Plus tuition dia masih berjalan seperti sebelum. Kalau dulu rutin iman dari jam 8.00 pagi- 6 petang dia sekolah kerana iman sekolah integrasi. Malam pula ada tution.

Aktiviti pembelajaran anak semasa PKP

Alkisahnya pada satu haritu kena marah sbb ada terlepas beberapa online kelas. Yelah mak pak pun tak sempat monitor.. makpak pun sibuk ngan meeting online. So it actually it’s our bad!

Kalau pernah baca entri- entri aku sebelum ni ada beberapa kali aku share pasal nak mendidik anak aku nih . Kalau baik korang amiklah buat panduan . Aku and husband memang suka observed pattern dia ni plus pengalaman orang lain.

Percayalah .. Anak lelaki dan anak perempuan berbeza!

Aktiviti pembelajaran anak semasa PKP

So macammana kami harung semasa musim pkp ni, inilah antara usaha untuk pastikan iman tidak ketinggalan.

Aktiviti pembelajaran anak semasa PKP

  1. Accountability
    • Aku selalu berpegang pada kata kata sorang parenting motivator dalam satu sesi workshop yang aku pernah pergi dahulu. First and foremost Anak ini kena ada “Accountability”
    • Aku selalu explain pada iman dia mestilah selalu bertanggungjawab atas apa tindakan dia sendiri. Sebab kalau dia malas dan gagal dia kena tanggung sendiri
    • Tambah-tambah bila dah home school macam ni masa pun sangat sangat fleksibel dan mak bapak pun sangat sibuk.
    • Jadi.. kita sama sama jaga kita.
    • So we all suggest dia sendiri manage and update di white board yang kami letakkan di rumah dan lebih mudah untuk kami monitor dia
    • Kesannya dia suka, sebab perasan jadi mcm cikgu or mcm bos2.
  2. Komunikasi wassap & handphone
    • Kebanyakan maklumat yang cikgu cikgu berikan adalah melalui wassap.
    • Agak sukar kalau kami berkongsi HP. Kebetulan ada Iphone aku yang lama dan kami belikan satu kad khas kepada dia.
    • Sebarang tugasan yang diberikan akan terus di forward. Cuma keburukannya kebergantungan yang tinggi pada gadget akan merisaukan kami.
    • Kos sim card tapi penggunaan wifi di rumah
  3. Sediakan printer
    • 3 minggu pertama agak struggle sebab banyak latihan yang diberikan dalam bentuk PDF, perlu dimuat turun. latihan tersebut pula akan dimuat naik dalam group FB.
    • setelah menunggu hampir 2 minggu barulah kami dapat printer yang dipesan melalui lazada.
    • Memudahkan dia untuk membuat kerja berbanding sebelum ini.
    • Kos dalam RM220 brand Canon
  4. Sediakan Komputer khas
    • Nasib baik lah ada komputer lama dekat rumah. Setakat nak online conferencing masuk FB group belajar tu okaylah .
    • Kalau share dengan komputer mak bapak aduii jenuh lah berebut.
    • Kesiankan anak anak kalau tak ada computer atau hp ni.
    • Aku ni pun bernasib baik ada extra dan juga wifi sepanjang masa.
    • Tapi nampak gayanya kesemua parents kena sediakan 1 komputer khas untuk anak-anak selepas ini.
    • To be frank sebelum ini iman hanya menggunakan komputer untuk menonton Youtube sahaja. Kami under estimate dia. Selepas hampir 2 bulan menggunakan komputer dia secara tidak lansung cekap dalam cara penyimpanan file dan sebagainya.
  5. White board
    • Ini yang paling penting. Bukan sebagai tempat untuk kami mengajar tapi untuk dia sendiri tulis task apa yang dia perlukan untuk hari tersebut.
    • Semuanya bermula tertinggal beberapa kelas kami pikir ini yang terbaik untuk dia.
    • Bangun pagi jam 9 dia dah ada effort list down apa dia kena buat harini.
    • Bila dah list dia plak start panik and stress sebab baru nampak betapa banyak kerja rumah yang perlu buat 😝.  Tak tau nak kata baguih or tidak teknik mcm ni tapi saja nak ajar dia accountable with his work.
    • Tapi korang baca ayat aku di atas antara anak lelaki dan perempuan kan. yer… ini lah perbezaanya. Aku perasan anak lelaki ini kadang kadang lebih visual. So bila dia tuliskan apa yang dia lakukan untuk hari tersebut dia lebih efektif dalam menyusun jadual
  6. Online Kelas
    • Cikgu dan guru-guru kebanyakkan mengajar dengan pelbagai platform. seperti zoom, jitsi dan juga Fb
    • Keperluan komputer yang bagus, dilengkapi dengan mic dan headset
  7. Timing dan jadual
    • Fuh ini memang mencabar , sekejap dia boleh follow sekejap dia terlepas tengok youtube.
    • Jadi kami anak beranak duduk bersama di kawasan yang sama untuk memudahkan proses pemantauan dan juga sekiranya dia ada sebarang keraguan.
    • Tapi ada masa dia bersikap accountable contohnya sendiri bangun pada hujung minggu untuk online mengaji walaupun maka
Aktiviti pembelajaran anak semasa PKP

Aku sebenarnya beruntung, sebab suami aku ni memang passion bab mengajar anak sebab dia dulu suka aktiviti kaunseling. Jadi dia lebih sabar dalam melayan karenah anak aku hehehe

Sesungguhnya ramai yang agak stress kerja work from home. Untuk orangg perempuan pulak nak kena masak masak dan pikir hal rumah tangga yang lain. Plus nak melayan anak yang tanya macam macam soalan. Jadi aku cuba untuk kurangkan stress macam tu dengan pembahagian kerja secara tak lansung.

haih ini lah cerita sedikit sebanyak yang aku boleh kongsikan pengalaman Aktiviti pembelajaran anak semasa PKP zaman covid19 ini . Adakah ini akan menjadi new normal? aku pun tak tahu tapi di sebabkan kita menuju arah teknologi digital memang nak tak nak aku nasihat untuk para ibu bapa tologn lah ikhtiarkan dapat 1 komputer untuk anak anak belajar di rumah.

Mungkin kerajaan pun kena fikir untuk keluarga yang tidak berkemampuan pula nanti bagaimana.

3 Comments

  1. Rohani May 4, 2020
    • azni May 5, 2020
  2. Dorsett Pink May 8, 2020

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!