Resepi Nasi Ayam Hainan Noxxa |Aku masa kecik kecik aku memang suka nasi ayam. Kalau arwah mak pergi pasar malam dia terus beli sahaja tanpa tanya aku. Simple and senang sahajakan nasi ayam ni. Ada ayam , nasi and sup. Jadi aku plan nak buat nasi ayam hainan nanti. Nasi daging dah teror, hehheh kita ber ‘ayam lah pulak. Jom cuba Resepi Nasi Ayam Hainan Noxxa
Table Of Content
Dulu makan nasi ayam yang biasa sahaja. Lepas tu baru tahu ada nasi ayam hainan. Eh Sedap jugak rupanya. Aku pulak selalu beli nasi ayam hainan tu di pasar malam. Selalunya aku kongsi dengan anak aku la heheh sebab bahaya nanti aku makan banyak .
Lagi satu aku suka betul makan nasi ayam hainan chee meng. Setiap kali anak aku habis main futsal di sport planet di ampang aku akan singgah sini .
Kalau tak nak resepi ayam hainan, korang boleh tengok koleksi periuk noxxa di sini
Masa musim PKP or movement control ni segala benda mak nak cuba masak untuk famili sebab hahaha tak boleh keluar makan makan kan. lagipun bila lagi nak coba yer dak
Bahan Bahan Resepi dan Cara masak Nasi Ayam Hainan dengan Noxxa
Masak nasi ayam hainan dengan periuk Noxxa
40 1 hour
Rebus Ayam, Start dengan Stir Fry
Masukkan minyak 1sudu
Bawang merah besar 1- siap blend
Bawang putih 3-Blend
Halia 2 inci – potong halus cantik juga1/2 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Tutup stir Fry
Air ( ikut byk beras mcm saya 2cawan air 3cawan )
Kalau nak buat sup guna air rebusan ayam lebihkan air jadi saya lebihkan 4 cawan)
Kiub Ayam 2
HP 5 minit
After that, lepaskan wap boleh keluarkan Ayam sahaja
Keluarkan air lebih 4 cawan tu utk sup.
Masukkan beras 2 cawan dan daun pandan.
Masak Nasi – Stir Fry
Tumis bawang dann halia yg dikisar menggunakan ghee atau butter.
3. Masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan seangkatan dengannya.
letakkan semula ayam td dan set HP 7 minit.
Air rebusan ayam tu rasa dulu..ikut sedap rasa kalau nak tmbh perisa , garam ( saya tidak tambah apa2 perisa ..sebab tadi dah letak kiub ayam)
Atau asing Goreng ayam pun boleh
Perap dengan sos tiram dan kicap dan goreng. Balance dari air ayam diperap, dimasukkan dalam periuk kecil dan mixkan dengan air rebusan sup.
Nasi dah ready, ayam pun dah ready, sup pun sama siap kan. So now kita kena buat sambal nasi ayamnya pulak.
Sambal Nasi Ayam Hainan
Blend kesemua bahan bahan ini yer
- Tomato 1biji/Sos Tomato
- Cili besar 5
- Cili padi 3
- Gula satu sudu
- Garam satu sudu kecil
- After blend
- Masak sampai ok rasa ikut tekak uols
- Setengah orang letak cuka or letak perahan limau, sedap juga kan.
Sos Kicap
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar kicap manis
- 5 sudu besar air rebusan ayam
- 1 sudu besar gula
So dah bersedia nak cuba resepi nasi ayam hainan ni? apa apa pun beli ayam yer hahahah.. tak ada ayam maka tak jadi lah nasi ayam nanti.
sedapnya. percaya tak, ray x pernah makan nasi ayam hainan.
Heheheh sedap sbb byk rasa halia sikit
Hai. Nak tanya HP 5 minit tu maksudnya kat screen noxxa tu keluar macam mana ye?