Optom Eyecare Optometris Bangi menawarkan total solusi yang terbaik untuk mata kita. Untuk aku yang berkaca mata sejak sejak masuk usia spesel nih hehehhe memang sentiasa meninjau mana mana kedai cermin mata yang boleh menawarkan servis dan harga yang berpatutan. Naik umur 40 sahaja terus mata rabun dekat.
Table Of Content
Faktor Umur huhuhu
lepas tu nak buat cermin mata multi focal ni bukan sebarang harga yer . Nangis wey nak membayar. Harap spek yang sedia ada ni dapat bertahan beberapa tahun lagi. Tapi orang cakap power tetap naik selalunya, jadi aku bersiap sedia sahajalah bila nak tukar nanti.
Kadang aku tak pentingkan sangat rupa bentuk spek tersebut tapi aku mencari sesuaty yang value added. Bak kata bukan rupa jadi ukuran, bukan deretan bentuk cermin matajadi pilihan. Tapi servis yang terbaik yang lebih utama
Orang muda mungkin tak berapa setuju dengan aku heheh tapi pernah tak korang dengar orang kencing manis selalunya akan menghadapi masalah yang semakin kabur. Malah ada yang hilang penghilatan terus.
Haaa ada sebab semua tu . semua berkaitan dengan saraf mata. Ini yang aku nak story mori pasal Optom Eyecare nih
Menarik bagi aku , sebab mereka menawarkan perkhidmatan yang lebih dari berbanding tipikal kedai cermin mata yg lain.
Perkhidmatan Klinikal Mata di Optom Eyecare Optometris Bangi
Optom Eyecare ini bukan sebarang kedai cermin mata, paling menarik mereka menawarkan perkhidmatan kajian sampai ke dalam biji mata kita, ke dalam urat saraf mata nun. Bagus untuk orang nak check kesan kencing manis and saraf mata tau.
Perkhidmatan klinikal ini adalah pemeriksaan mata dan kondisi mata kita bukan sekadar ‘check power‘ rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata iaitu retina mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni sihat atau tidak sihat serta bermasalah.
BACA : Klinik Kulit Shah Alam
Mesin di sana boleh mengesan salur mata yang bermasalah, dari keadaan salur mata tu boleh kesan kita ada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan sebagainya. Sangat- sangat bagus terutamanya bagi orang tua yang berisiko ada diabetis dan kolesterol tinggi sebab kita boleh tahu sebab-sebabnya.
4 Step Pemeriksaan Mata
Berbanding dengan kedai cermin mata yang lain, kedai ini menawarkan pemeriksaan yang sangat teliti. Mereka telah melaburkan sejumlah wang yang tinggi untuk pembelian mesin mesin yang sangat efisien untuk menjamin keputusan yang terbaik
- Mesin Autorefcractor – Ukuran power/ silau yang lebih tepat
- Mesin Phoropter – pemeriksaan samada rabun dekat atau jauh.
- Mesin Diagnostic – check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta
- Mesin Slit Lamp – saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa.
Cermin Mata Yang Sempurna Di Wajah
Custom cermin mata korang sendiri, kalau boleh kita nak yang perfect di wajah. Kalau boleh kita tak nak nampak pelik atau besar sangat, atau kecik sangat, atau taknak nampak kembang bila pakai tudung ?
Haa di sini korang boleh test dulu dengan apps yang dicipat khas untuk menvisualise kan rupa bila pilih sesuatu spek
Dengan kata lain Korang jugak boleh pilih warna, frame, dan sebagainya
Info Optom Eyecare Optometris Bangi
Sekiranya korang berminat nak mencuba dan mendapatkan konsultansi, Optom Eyecare ada dua cawangan tau. Satu di Bangi dan satu lagi di Alor Setar. Korang boleh berkunjung ke sana mana-mana yang berdekatan.
1) Cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
2) Cawangan Mergong, Alor Setar Kedah.
No 17-Gf, Taman Bandar Baru Mergong,
5150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
- Website: https://www.optom.com.my.
- Facebook: http://www.facebook.com/optombangi
- Instagram: http://www.instagram.com/optombangi
No Comment! Be the first one.