Sinopsis kisah Cinta Rumi Lakonan Khai Bahar

Aku tak sabar nak menonton Drama ini SINOPSIS KISAH CINTA RUMI sebab ianya arahan kawan baik aku dari zaman USM dulu, Idora Abdul Rahman. Aku budak broadcasting, dia budak filem. Tapi dia yang betul betul pergi jauh dalam bidang ni. Banyak dah drama yang dia direct antara kekasih paksa rela, Teman Lelaki upahan.

Banyak kali jugak dia jemput aku lepak ke set, tapi itulah tak sempat sempat dah akhirnya aku sempat lah datang untuk last scene khai bahar. Kebetulan Manager Khai Bahar pulak adalah opis mate aku dahulu. heheh kalau ikut kawan2 aku dalam bidang media semua lah puji khai bahar ni. Sangat bersopan santun, masa shooting pun kalau time rehat dia kan tidur, sembang2 dengan krew dan jarang sekali dengar dia mengutuk orang lain.

Terbaiklah khai bahar ! moga akan terus sukses

Sinopsis Kisah Cinta Rumi

Kisah Cinta Rumi

Okaylah mari kita cerita pasal sinopsis Kisah CInta rumi ini. Sejak kecil, Mika diajar oleh ayahnya, Mahmud untuk mencari mata pendapatan dengan apa jua cara pun. Mika terjebak dengan kegiatan haram demi hasil pencarian hidup keluarganya. Mika membesar menjadi peragut. Membesar di Chow Kit, Mika sering menghabiskan masa di jalanan dan berkawan dengan budak-budak nakal.

Walaupun MIka masih mempunya bapa yang bekerja sebagai pemandu teksi tetapi disebabkan oleh sikap bapanya yang suka berjudi membuatkan mereka menghadapi masalah kewangan yang teruk. Malah bapa Mika juga berhutang dengan Ah Long.

Sinopsis Kisah Cinta Rumi

Mika lah yang terpaksa menanggung keluarga mereka.

Dalam satu cerita lain pula mengenai runisa, lakonan Riena Dina. Mereka berbeza darjat dan berbeza cerita. Runisa, seorang gadis yang baru berumur 23 tahun sentiasa tidak bersetuju dengan ibu dan kakaknya yang sangat mementingkan status. Minat dan passsion Runisa pada seni, dan sering menghabiskan masa dengan kegiatan seninya dan membuatkan ibu nisa pula kecewa dengan sikapnya tidak mahu membantu di pejabat.

Runisa adalah anak isteri kedua bapanya. Konflik kedua keluarga ini bertambah hebat bila ayah mereka meninggal, Namun hubungannya dengan abang tiri agak baik.

Satu pertemuan yang tidak dirancang antara Mika dan Runisa telah membibitkan rasa cinta antara mereka berdua. Puan Haniza, ibu Runisa berikhtiar untuk memisahkan pasangan muda ini.  Maka bermulalah pelbagai konflik kisah mereka dan tentangan demi tentangan terhadap mereka.

Info Drama Kisah Cinta Rumi 

  • Bilangan Episod : 13
  • Hari Dan Masa : Rabu hingga Sabtu, 9:00 malam
  • Siaran TV: Slot Lestary TV3
  • Idea Asal: Raja Azidah Raja Jaafar
  • Pengarah : Idora Abdul Rahman
  • Produksi : Creative Skill Solution
  • Barisan Pelakon : Khai Bahar, Riena Diana, Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar, Cahaya Nilam, Noniswara, Louisa Alissa Chong, Gen Darwish

Barisan Pelakon Kisah Cinta Rumi 

  • Khai Bahar sebagai Mika
  • Riena Diana sebagai Runi
  • Sharifah Rose sebagai Zahra
  • Hariz Hamdan sebagai Zafril
  • Dynas Mokhtar sebagai Haniza
  • Cahaya Nilam as Raihana
  • Gen Darwish sebagai Addin

Lagu Tema OST 

Hilang Gelita – Khai Bahar
Cinta Terakhir – Aman Nassim
Yang Terbaik – Ariff Sany

Add Comment

error: Content is protected !!