Sinopsis Kekasih Paksa Rela TV3

Drama arahan  Idora Abdul Rahman, BFF akak dari zaman USM uolls, pasti akan menghasilkan karya yang bermutu  dan tidak menghampakan selepas drama Teman lelaki Upahan yang mendapat rating tertinggi sebelum ini. Begitu juga dengan drama Sayangku kapten Mukriz.  Bagaimana agaknya pukulan drama Kekasih Paksa Rela ini nanti yer?? Baru 2 episod jer aku tgk dekat FB ramai yang dah tak senang duduk nak menunggu episod seterusnya.

idora abdul rahman
Why so serious idora hehehe…

Dari awal bila aku lihat teaser drama ini gandingan artis baru dan lama membuatkan aku tak sabar sabar untuk keseluruhan episod. Or maybe aku yang bias bila melihat Remy ishak sebagai watak utama heheh.. tapi rata rata memang mengakui kehebatan pelakon ini.  Walaupun baru mengikuti 2 episod, membuatkan aku terus nak follow drama ini sampai habis, dan  hurmm bukan aku sahaja rasanyakan!.

BACA : Cik Serba tahu

Aura pelakon ni memang hebat. Aku berpeluang untuk melihat penggambaran untuk salah satu scene untuk drama ini. Kalau akulah pelakon wanita tersebut memang goyang dah hahahah. Cara dia lafazkan skrip, cara pandangan dia memang boleh meruntun hati wanita. Yang pasti ada beberapa babak yang pasti membuatkan penonton tidak tentu arah nanti dengan keputusan yang akan diambil oleh Adham itu sahaja yang snippet yang kawan aku boleh share. Katanya follow sahaja lah untuk keseluruhan episod nanti.

Remy ishak
I is happy dah bergambar dgn remy ishak. Tapi tak boleh over2 nanti kawan akak tu marah hahahah…

PELAKON :

  • Remy Ishak – Adham
  • Intan Najuwa – Hanan Khaira
  • Ain Edruce – Rosnaida
  • Afzan Rahman,
  • Dayang Areeda,
  • Nynaa Harizal,
  • Jalaludin Hassan,
  • Emeleda Rosemila,
  • Fizz Fairuz,
  • Aman Graseka,
  • Hazman Al-idrus
 

Alamakkk… sudah start gaduh laaa plak @ayidonara ni monday kaaa #kekasihpaksarela

A post shared by azni (@azni) on

SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA

Berkisarkan tentang Adham  dan Rosnaida bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Adham di paparkan sebagai anak dan suami yang sangat baik. Berusaha untuk memenangi kedua orang yang di sayanginya. Malah mungkin agak  terlebih sedikit dalam memberi kebebasan kepada isterinya yang membuatkan ayahnya Dato Azman tidak berapa bersetuju dengan tindakan Adham.  Tapi  adham sebenarnya  ingin menepati janjinya kepada arwah bapa  isterinya untuk menjaga sebaiknya. Tidak mungkin dia boleh membuat pilihan antara ayah dan isterinya sendiri.
 
 
Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia.
 
 
Kekasih Paksa Rela
Percintaan antara 3 segi tanpa dirancang
 
 
Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Dalam plot ini pula, mengisahkan hanan  pelajar yang menghadapi masalah keluarga atas desakan ekonomi dan masalah dalaman. Pertemuan yang tidak disangka sangka telah membawa  satu perubahan kepada hanan dan juga adham sendiri.
 
Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba.  Pada asalnya, Adham tidak melayan Hanan sebagai seorang isteri. Dia b   ernikah atas dasar simpati, tetapi Hanan berusaha untuk memenangi hati Adham bagi membalas jasa baiknya.
 
Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?
 
 
Kekasih Paksa Rela
Saat manis hanan dan adham
 
 
 
 
 
 
Perkongsian menarik dari rakan rakan FB berkenaan drama ini terutamanya dari seorang penulis hebat MAYA IRIS. 
Saya agree 100% samada penonton sedar atau tak walaupun di twitter heboh perang diantara beberapa pelakon yang agak kecewa storyline drama melayu hampir sama dari dulu yang banyak memberikan omong omong kosong dan bukan realiti. ( heheh sila tgk twitter yer..dengan hashtag #kekasihpaksarela
 

Apa kata baca dari status kawan saya penulis MAYA IRIS

 
Saya tahu post ni pasti akan mengundang kecaman. Kalau tengok dari awal, akan faham kenapa isteri pertama (Ros) berkelakuan gitu. Dia bukan menantu pilihan pak mentua. Asyik bertekak dengan pak mentua yang duduk serumah. Benci berpunca dari sejarah bisnes bapa masing-masing. Bila Ros ajak pindah, suami tak mahu. Bukannya tak mampu, kaya raya kalau nak adakan rumah lain pun. Lagi satu, saya rasa Syikin si langau tu dok racun Ros dengan kononnya, Adham redha dia buat aktiviti entah apa kat overseas sampai tak balik. Syikin nak rebut Adham. Yang pakcik tu pulak tak bertegas suruh isteri balik.
 
Saya tengok cerita ni si suami yang fail bertingkek-tingkek
 
1. Tak pandai didik isteri no. 1
2. Lupa tanggungjawab sebagai suami
3. Tidak menjalankan poligami dengan adil
4. Menzalimi isteri no. 2
5. Tak jaga ikhtilat dengan perempuan bukan mahram (Nonie & Syikin) hingga menimbulkan fitnah.
6. Menzalimi diri sendiri dengan menafikan hak sendiri. – sanggup berpuasa
 
 
Walau apa-apapun saya kesian kat isteri pertama. Bercinta sejak kecil, mengikut kata Nonie. Cuma penonton nampak dia abaikan suami sebab cerita tak fokus kat dia. Isteri kedua pun baik sebab dari awal lagi dia tak mahu jadi perampas. Tapi sebab pelakon mantap dan lakonan berkesan, kita tak nampak kepincangan seorang suami.
 
Jadi, kita tengok jer lar sampai habis. Harapnya ending tak buat penonton pulak geram bertingkek-tingkek.
#dramatv #jangankecamsaya #kekasihpaksarela

8 Comments

  1. ema December 29, 2017
    • azni December 29, 2017
  2. YB Shehan January 2, 2018
  3. MZ January 2, 2018
  4. liya January 10, 2018
  5. Kenariputih January 11, 2018
  6. fynazulkz January 31, 2018
  7. Siti Hasmah Ibrahim February 9, 2018

Add Comment

error: Content is protected !!