Terdetik nak mencuba Lazz susu kambing
Lazz susu kambing, Korang tahu, aku terbaca satu posting artikel dari Khairul Hakimin dengan kisah en adli dan anaknya yang autisme telah menggunakan susu kambing sebagai salah satu cara pemakanan sihat anaknya. Sejak aku baca artikel itulah, aku asyik terfikir boleh ke aku ni minum susu kambing ni. Sebenarnya aku memang susah sikit kalau nak minum susu. Dulu ada beli susu anlene tak terminum sampai sekarang. Kalau ada rasa chocolate boleh terima juga.
Table Of Content
Faktor kedua, kalau ikut sunah nabi sendiri mengamalkan minum susu kambing setiap hari. Apa lagi aku nak sangkalkan kebaikan susu kambing ni kan.
hurmm.. daging kambing dah pandai makan.. sampai tak pandang dah daging lembu. Tambah tambah kambing bakar yer dak. Pergh laju jer. Ini susu.. hurmm terbayangkan bau hamis lah apa lah.. adoi belum apa apa lagi dah tewas.
Pikir punya pikir, sembang punya sembang ternampak iklan Lazz Susu Kambing. Aku terus rasa nak cuba. Eh macam di dorong pulakkan. Aku mulakan dengan lazzcafe dahulu, walaupun sepatutnya aku stop coffee tapi aku tak mahu stop secara drastik. Sebelum ni bancuh kopi heheh boleh tahan pekat, bila aku minum lazz cafe ni agak ringan dan aku rasa bagus untuk membantu aku stop secara perlahan lahan. Kenapa nak stop coffee? Dalam entri aku sebelum ni ada cerita apa sebabnya.
Entri aku sebelum ni kan pasal masalah hemoglobin yang sangat sangat low sampai aku tak boleh derma darah. I is kecewa. Niat dah ada tapi tak kesampaian. Okaylah aku admit aku ni memang ada control sikit bab makan, macam daging tu agak kurang sebab aku tak suka kalau terselit kat gigi, buah pulak aku memilih. Sayur pulak sebenarnya akhir akhir aku suka juga makan salad dengan kewpie roasted mayo. Malangnya itu semua tidak membantu kut dengan faktor umur aku macam nih.
BACA : Frustnya tak boleh derma darah keran Hemoglobin rendah
Tiba tiba je aku risau, sebab teringat 2 tahun lepas aku pernah check kandungan kalsium aku ni tak berapa membanggakan. ceh.! maknanya macam tak berapa best lah. itulah ayat yang sebenar patut aku gunakan disini hahaha.
Andaian aku,
Iron banyak keluar atau hilang semasa perempuan mengeluarkan haid, sama lah juga dengan kalsium. Jadinya, tak mustahil aku ada masalah kalsium. Fuh.. terus macam rasa gabra . Napa erk aku risau?. Aku rasa aku risau sebab umor aku yang dah 40 and tahun 2018 ni makanya umur 44 lah.. uwaaa.. anak kecik lagi. Nak sihat.. nak sihat.. Sepatutnya aku kena buat check up menggunakan voucher perkeso selewatnya hujung tahun ini. Tapi tinggal dalam 10 hari jer kan.. Bukan apa aku mengharapkan setelah aku istiqamah amik Iron , Vit C dan susu kambing result kesihatan aku nanti lebih positif.
BACA : Bila Last korang buat Full check up
Kesan kekurangan kalsium
- osteoporosis
- osteopenia
- calcium deficiency disease (hypocalcemia)
Ramai kawan kawan yang dah start sakit lutut, slip disc, heheh di ulangi.. aku ni dah umor 40an makanya cerita cerita bergini dah biasa dengar di kalangan kawan kawan. Kalau dulu setiap kali reunion akan bersembang kisah kerja apa, anak berapa sekarang jumpa pasti cerita pasal sakit macam macam, makan ubat apa berubat kat mana… hahaha.. gitulah kehidupan kita kan. Tak boleh lari dari kehidupan kita.
Setiap kali aku buat research segala benda yang aku nak tahu, aku suka rekodkan di blog aku ni sebagai rujukan aku sendiri dan mungkin dapat benefit pada orang lagi juga.
Source yang aku godek ni dari www.globalhealingcenter.com dan https://www.panduansaya.com/
Ringkasan kelebihan susu kambing dari kedua sumber di atas.
- Menguatkan Tulang
- Ciri – ciri anti radang
- Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien
- Tingkatkan Metabolisma Badan
Studies performed by the USDA and Prairie View A&M University link goat’s milk to an increased ability to metabolize iron and copper, especially among individuals with digestion and absorption limitations. Besides drinking goat’s milk, you can also take digestive enzyme supplements to support digestion. - Kesihatan Jantung
- Meningkatkan Sistem Imuniti Badan
- Mencepatkan Pertumbuhan
- Mengurangkan Berat Badan
Aku ambil info ini pula dari website Lazz Susu Kambing, Mai kita hadam sama-sama okay. Maaflah aku ni kadang kadang pelupa, Blog ini lah medium aku untuk simpan segala maklumat. Eh macam buat tesis pulak dengan sumber literature kan.
Khasiat Lazz Susu Kambing untuk Golongan Dewasa / Warga Emas
Pendek kata susu yang sama sesuai untuk seisi keluarga. untuk info lajut boleh refer
FB: https://www.facebook.com/lazzsusukambing/
IG: https://www.instagram.com/lazzsusukambinghq/ @ lazzsusukambinghq
Website: www.lazzsusukambing.com
Azni…ngeri nya I tengok banyak lubang besau2 kat tulang tuh sebab kurang kalsium. Lepas tuh rasa lawak nak gelak bila bab borak2 ngan kawan2 dulu borak lain now borak pasal penyakit pulak. HAHAHAH! patut sedih..ni gelak pulak kan. But ..yes! itulah kitar kehidupan kita yang tak dapat nak dielakkan. Sooner or later…semua orang akan lalui fasa2 macam tuh kan? Panjang pulak komen ..walhal topiknya susu kambing kot. HAHAH! okeylah..jujurnya, kalau susu kambing macam ni..InshaALLAH..kita pun boleh telan juga. Macam2 dah skrang produk susu kambing kan? kena pilih yang sesuai lalu kot tekak ni ha.
Hahahaha betul laaa nani.. nnt dah sampai my age.. tajuk sembang reunion akan berubah.
Takutlah…sebab julia pun jarang minum susu…mama julia selalu pesan suruh minum susu…sekarang kena amal balik
Teringin jugak nak try lazz ni, insyaallah…
Bagus susu ni yer kak.. Boleh cuba nanti.
Nina pun sama kak, addicted coffee!
Tapi bila dah rasa susu Lazzcafe ni jatuh cinta ngan rasa dia yang lemak berkrim, light gitu..
SUSU kambing memang faveret saya.. agak susah nak dptkan supply susu kambing ni. Untung ler lazz ada supply susu kambing. Siap dengan pelbagai perasa lagi. Nnti nak try lah..
Den baru nak berjinak ni haa… dah tua baru sibuk nak jaga kesihatan hahahah
Nak sepekat, nak rasa.
Boleh boleh …
boleh rekemen kat parent lah gini
mak mertua dah kena osteoporosis ni, dah kena minum susu, nak suggest dekat mak la macam ni
Nampak bgus susu lazz ni. Nak cuba lah…
Baguskan..leh la kte try nanti
Byk betul khasiat susu ni kan? Kiranya sesuai untuk seisi keluarga👍🏻
Memang banyak khasiat susu kambing, bagus amalkan. Kita yang tak suka susu ni pun dah cuba amalkan minum setiap hari, lepas ni nak cuba Lazz pulak.
Setuju sangat Kak Azni …kalsium tu memang penting untuk tulang . Insaf terus bila baca entri ni…nak kena minum susu selalu gini .. tapi kan nasib ada Lazz Susu Kambing sebab Sal pun tengah consume ..
Tu laaa sal.. tambah org pompuan mcm kita byk hilang kalsium masa dtg bulan
hehee..kene minum susu dari sekrg la
haaa jgn sampai umur kak azni ni
Saya pun mengamalkan susu kambing, dah macam2 brand cuba 😀 Sekarang ni saya amalkan Susu Kambing Organik Mikkaegoat.. Kalau nak cuba susu MIKKAEGOAT, boleh hubungi saya ye..Susu kambing Mikkaegoat ni susu kambing asli, tiada campuran, maksudnya bukan susu premix @ pracampuran 🙂
http://kerongsangperak.blogspot.com
owh ada juga yer…mcm2 dah sekarang ni. baguslaa