Ketahui Proses dan Tips Bina Rumah Banglo

Tips Bina Rumah Banglo ? yer .. kena faham dan baca kesemua tips yang akan aku kongsikan ini. Proses bina rumah banglo tidak semudah yang kita jangka sebenarnya. Sesiapa pun yang mempunyai tanah atau ingin membeli tanah pastinya sudah pasang angan-angan untuk membina banglo bak istana.

Kalau aku punya duit dan tanah confirm aku pun akan buat banglo. Aku suka natural light yang akan masuk kiri kanan ke dalam rumah bukan mcm rumah tengah huhuh .

hehhe bukan tidak bersyukur dengan rumah yang ada sekarang, tapi perasaan teringin memliki tu tetap ada. Kebetulan salah seorang kenalan FB aku yang sangat berpengalaman dalam kejuruteraan kongsikan beberapa tips untuk membina banglo yang harus kita pertimbangkan sekiranya ingin membina banglo.

Fuh! bukan mudah rupanya. Thank you tuan Haji Zainudin omar, selalu kongsikan pelbagai tips dari travel hinggalah pembinaan. Aku memang pembaca setia FB dia sayang jika tidak di kongsikan dengan pembaca aku pulak dan sebenarnya lebih kepada rujukan aku nanti. Best betul bila aku baca Tips Bina Rumah Banglo dari dia, memang banyak benda yang aku tak terpikir.

Ramai yang mencari kan tips bina banglo kan?

Tips Bina Rumah Banglo

Bagi mereka yang mempunyai tanah lot atau tanah pertanian di kampong, memang berbaloi membina rumah dengan bajet lebih murah dari pembelian rumah pemaju. Selain dari itu Faktor lokasi juga memainkan peranan yang penting yang akan menaikkan harga dan kos keseluruhan pembinaan banglo tersebut.

Setakat ubahsuai kecik kecik ni ada yang memang mampu untuk ber DIY, tapi kalau projek besar, jangan dibuat oit.. hahha.. jenuh

BACA : 11 cara ubahsuai rumah secara DIY vs Kontraktor

Jom aku kongsikan tips dari Jurutera berpengalaman ini. Kalau point ini dari aku nanti hahaha macam tak valid pulak sebab ini bukan bidang aku

Tips Bina Rumah Banglo Idaman

1. Berapa keluasan tanah lot yang diperlukan?

  • Paling minima dan selesa ialah 4000 kaki persegi (50’x80’).
  • Tiada masalah jika anda mempunyai tanah lot keluasan besar tetapi akan memeningkan kepala untuk penyelenggaraan.
  • Berapa keluasan rumah yang selesa?
    • keluarga sederhana empat bilik, 1 stor dan 3 tandas adalah memadai dengan saiz antara 1500 hingga 3000 kaki persegi.3. Bajet.
    • Semuanya bergantung pada kewangan anda, dan dari pengalaman saya harga Rm150-RM180 kps adalah sesuai dan berpatutan.
    • Terlalu murah nanti kontrektor akan cuba curi dalam kos pembinaan dimana kualiti bangunan akan menurun. Lagi teruk, kontrektor mungkin cabut lari dan biarkan rumah anda terbengkalai. Ini bermakna untuk rumah saiz 2000 kps, bajet pembinaan anda ialah RM360,000 (Rm180/kps).
    • Anda boleh membina rumah dengan kos RM100/kps tetapi akan memeningkan kepala. Anda juga boleh bina rumah dengan bajet RM250/kps jika memilih kemasan yang mahal.

2 Bajet yang tak nampak.

  • Kos lantik juruperunding (akitek, engineer, pelukis pelan dll)
  • Kos submit pelan kepada Majlis
  • Kos sambungan air dan letrik.

3. Bajet yang selalu tertinggal.

  • Kos pagar (RM100 per ft run)
  • Kos pembetung (culvert
  • Kos piling jika perlu
  • Kos treatment anai-anai.
  • Kos tanaman rumput dan lanskap.
  • Kos built-in cabinet terutama cabinet dapor, langsir, aircon dan furniture (10% dari bajet).
  • Kos fittings (kepala paip, grills, kipas, sinki, tandas, kunci, dll).
  • Kos water heater, lampu dalaman dan kawasan.
  • iKos perparitan.
  • Kos premix hadapan rumah.

4. Pemilihan Akitek.

  • Ramai menjadi ‘cheapskate’ kerana ingin potong bajet dengan tidak melantik akitek dan jurutera merekabentuk rumah idaman.
  • Akhirnya rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.
  • Percayalah, bahawa anda tidak rugi melantik akitek dan jurutera kerana mereka terlatih dalam rekabentuk rumah mengikut kepuasan pelanggan.
  • Jika anda membina rumah simple berbentuk empat segi, cukup dengan mengambil khidmat pelukis pelan.

5. Kos Juruperunding.

  • Harga boleh dirunding tetapi kebiasaan antara 3% – 8% dari harga rumah.
  • Anggaran kos pelukis pelan antara RM3,000 – RM6,000 bergantung pada kepandaian anda menawar.

6. Pemilihan Kontraktor

  • Ini bab paling rumit kerana terdapat berbagai kontraktor yang mengaku berpengalaman membina rumah.
  • Kebiasaan saya nasihatkan rakan-rakan untuk memilih kontraktor yang sedang membina rumah berdekatan dengan cadangan rumah anda.
  • Teliti kualiti pembinaan yang dilaksanakan dan bertanya pada tuan rumah tentang keikhlasan kontraktor tersebut.
  • Ada kontraktor memberi khidmat ‘All in One’, dari melukis pelan, submission Majlis, pembinaan, permohonan utiliti sehingga siap.
  • Satu lagi cara ialah mendapat kontraktor dari rekomen rakan-rakan yang pernah berurusan dengan beliau.
  • Jangan pilih kontraktor yang advertise atas pokok. Berapa untung kontraktor? Paling minima 10% dan kebiasaan 30%.
  • Jika harga terlalu murah dan kontraktor tidak beroleh keuntungan tentunya mereka akan cabut lari.
  • Tiada kontraktor mahu menyiapkan projek tanpa keuntungan dan membina rumah secara percuma untuk anda.

Rancang dan fahami Tips Bina Rumah Banglo ini

Memandangkan kita akan mengeluarkan jumlah wang yang besar projek ini, makanya korang kenalah berhati hati dan membuat perancangan yang lebih teliti. In fact aku yang telah melalui beberapa siri renovasi tidak terlepas mengalami saat-saat kecewa hahah. Pernah juga merasa kena ‘ scam’ dan jugak tidak berpuas hati.

Paling ‘ disaster’ dalam hidup kami bila jubin lantai rumah kami meletup dan perlu melalui proses renovasi yang mengejut, kos pun mengejut. Banyak yang kami pelajari dari saat itu. 3 kontraktor yang kami panggil memberikan harga yang berbeza beza.

Jadi korang mesti bijak memilih kontraktor yang terbaik dan mengurangkan pening kepala korang nanti. Harga murah dan mahal belum tentu dapat menjamin kualiti nanti. yang penting korang kena tengok dan lihat hasil kerja terdahulu. Kena paham Tips Bina Rumah Banglo yang aku kongsikan ini

Salah satu syarikat yang reliable korang boleh berurusan dengan syarikat NUSARA BINA PMC ini .

Syarikat NUSARA BINA PMC

Syarikat kami terdiri daripada individu yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan pembinaan pelbagai projek dari kecil hingga besar.

Antara pengalaman kami ialah kerja-kerja penurapan jalan, projek pembinaan jalan raya, pembinaan bangunan kerajaan, bangunan komersial, apartment dan kondominium hinggalah ke projek-projek persendirian.

Nusara Bina PMC merupakan syarikat kontraktor berpengalaman 11 tahun yang pakar dalam ubahsuai rumah, bina rumah, wiring, almari pasang siap, kabinet dapur, wiring, plaster ceiling, tiling dan pelbagai lagi.

Tips Bina Rumah Banglo


Nusara Bina PMC mempunyai panel kilang sendiri, justeru kos lebih rendah tanpa orang tengah, pembuatan lebih cepat dan dapat design 100% mengikut kemahuan pelanggan. Paling utama sekali, kami hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk ketahanan jangka panjang, malah kami berani memberi waranti baiki percuma kalau ada kerosakan dalam 1 tahun setelah projek siap.

Instagram : Nusara Bina PMC
Facebook : Nusara Bina PMC
Web : Nusara Bina PMC

2 Comments

  1. Nina Mirza April 25, 2021
  2. Nadia johari April 27, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!