Nasi dagang Grannies Harum dan sedapnya!

Nasi Dagang Grannies ni memang harum sungguh. Tak tau nak habaq la, tapi sesungguhnya aku happy bila dapat juga rasa nasi dagang nih sebab lama sangat dah terliurnya. Aku ni taklah pandai masak tapi aku sendiri cerewet bila pilih makan. Kalau sekali aku suka memang ulang ulang kali aku akan makan.

Nak Cari Nasi Dagang Asli Terengganu dekat Kuala lumpur and Selangor ni ingat senang ke nak dapat. Kalau di terengganu tu kedai tepi jalan pun sedap. Tapi kat area sini memang depa hentam kow kow tapi tak sedap.

Bagi aku mahal sikit pun tak apa janji sedap and Puas bila makan tu.

Kami anak beranak memang adventure sikit bila bab makan ni. Sanggup mencari, sanggup redah kl di malam hari kalau tiba tiba sahaja kami teringin makan daging singgang dekat Kampung baru tu.

Yer… to that extend tahap JJCM kami ni.

BACA : RESEPI UDANG KAM HEONG


Siapa pernah makan nasi dagang Grannies?

Hehehe aku selalu tengok artis/selebriti share review makan nasi dagang ni dekat Instagram. Jahat tul influencer ni. hahah memang kacau abis diet aku. Depa berjayalah influence aku nak try cuba nasi dagang ni. Lagi satu sebab berkenan sangat sebab dia bungkusan nasi dagang tu cara macam tu. Nasi dagang grannies dibungkus dengan daun pisang dan meninggi macam ni. klasik kan!

Aku ni memang appreciate sungguh bila barang jualan dipakej dengan baik dan aku mengandaikan makanan ni pun sepatutnya sedaplah.

Yer aku ada penyakit craving makan macam ni boleh terliur walau tengok IG sahaja. Tapi sebab pikirkan nak bayar kos transport tu hahah kadang- kadang potong mood nak order nih. Bila mai mood kedekutlah.

Tapi kali ni sebab dah tak tahan sangat, lama sangat PKP. Otak tepu mulalah mereka bab makan hahaha. Kami satu family ni bukan jenis makan banyak tapi suka cuba makan macam-macam.

Tapi ini andaian aku hari , belum cuba belum tahu ye dak? Tapi bila dah cuba memang teringat ingat keharuman nasi tu dan lauk dia.

Nasi dagang Grannies

Betul Betul sedap ke Nasi Dagang ni?

Tapi kadang ada rasa terselit tak semestinya artis review ni sedap. Tanya dalam wassap family, anak sedara cakap dia selalu makan dkt La Cucur KlCC. Memang sedap katanya walaupun harga sedikit tinggi dari biasa.

Tapi kalau dekat La Cucur tu makanan tradisional dia mmg semua premium and sangat puas hati.

So ini kalilah kita try! Memang sedap, nasi dia tu bila bukak sahaja dari daun pisang bau dia ya allah, Wangi harum semerbak! Iman cakap bau “wangi manis”.. rasa nak terus telan hahha.. nak cakap semerbak tu tak retilah gamaknya

BACA : AKHIRNYA DAPAT JJCM DI KOTA BHARU

Nasi dagang Grannies

Nasi dagang tu boleh ratah tanpa lauk weh

Nasi tu boleh ratah macam tu sahja. Nasi dagang ni kena makan gigit cili padi, ngap masuk mulut perghhh asyik! Gulai ikan dia memang ngamlah. Iman suka ikan, sis suka ayam 👍Puas! Mahal sikit pun puas hati, pasnih tak craving dah nasi dagang kat terengganu.

Kalau korang memang craving Cari Nasi Dagang Asli Terengganu aku recommendlah korang try. Ada beberapa pilihan lauk untuk korang pilih.

Buat masa ni Grannies menggunakan sistem order online yang korang boleh dapatkan dari HQ dan ejen-ejen Grannies yang sah.

Wasap : http://www.wasap.my/60139075199/nasidagang

Facebook : Grannies

Instagram : @grannies.my

Selamat Mencuba !

One Response

  1. Sarip June 23, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!