Daging Masak Hitam Noxxa

Daging Masak Hitam Noxxa. Korang pernah dengar daging masak hitam ni? Dekat kampung aku memang femes masakan daging masak hitam ni. Bukan daging masak kicap tapi agak berbeza. Kalau masa hari raya selain daripada rendang kebanyak kampung aku yakni di gerik dia orang akan sediakan juadah nih .

Ada orang panggil resepi daging masak hitam Perak. dulu aku pun tak tahu sebab aku dibesarkan dengan budaya orang kuala . Bila keluar dari Gerik, kawan kawan yang dah jadi mak mak lah kongsikan sedapnya resepi daging masak hitam nih .

Resepi asal dari azie surip tapi aku dah ubah ubah sikit mengikut kesesuain aku hehehe. Gambar pun aku pinjam dari ciknom punya, aku terlupa nak amik gambar daaa.. hahahah. satu lagi aku teringin nak buat daging ketumbar rizalman, aku tgk blog Netty ada tulis, nanti aku plan nak terjah buat yang tu pulak

BACA : Resepi Salm Fried Garlic Sauce


Bahan – bahan Daging masak hitam

  1. 1/2kg daging -potong nipis
  2. Bahan untuk blend
    • 5 biji bwg merah *
    • 3 ulas bwg putih *
    • 1 inci halia *
    • 2 btg serai *
    • 10 biji cili kering *
    • 8 sudu besar kicap pekat*
    • 2 sudu besar sos tiram *
    • 2 sudu besar sos tomato*
    • 1 sudu jintan putih
    • 1 sudu jintan manis
    • 2 sudu biji ketumbar
  3. Minyak utk tumis
  4. 2 tangkai daun kari
  5. 1 btg kayu manis
  6. 5 biji buah pelaga & cengkih
  7. Garam & air secukupnya
Daging Masak Hitam Noxxa
images ; che nom

Cara masak daging masak hitam Noxxa

Yang renyah hanya penyediaan bahan-bahan di atas tapi dengan Noxxa semua jadi mudah. Korang follow je instruction ni okay. Step by step aku kongsikan ni.

Insyallah sedap.

Tekan stir fry mode pada Noxxa

Panaskan minyak, tumis daun kari, kayu manis, pelaga & cengkih

Masukkan bahan yg diblend

Biar masak kejap dan mendidih

Masukkan daging & sikit air

Off stir fry, tekan HP 15minit, bila dh cukup masa release pressure

Buka penutup, tekan stir fry utk pekatkan kuah.

Rasakan dgn garam kalau kurang masin.

Reheat Mode

Dah dpt kepekatan yg kita nak boleh la off stir fry & biarkan dlm keadaan reheat

Juadah ni memang sedap kalau makan dengan lemang dan juga ketupat palas, tapi untuk juadah harian pun sedap jer. Makan dengan nasi panas panas . Silap-silap bertambah heheh. Ada noxxa kan Senang. Mudah sahaja kerja kita . Daging and noxxa memang serasi, elok sangat empuk dan lembut.

Cuba korang try okay

One Response

  1. wani June 23, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!