Resepi Pan fried salmon garlic sauce yang sedap bangat!

Fried salmon garlic sauce. Aku dulu tak reti makan salmon. Aku rasa macam hanyir jer. Until aku pergi try satu restoran nama Delicious. Kalau tak silap aku owner dia Tiara Jacqueline. Tapi dia buat cara lain, dia pakai pesto. Dengan kulit salmon yang garing garing tu makan, pergh pastu ada pesto atas tu memang best lah. Sampailah restoran tu tutup.

So aku pun mencarilah resepii tu dekat internet. Aku rasa hampir hampir betul lah. kalau korang nak try boleh tengok resepi tu kat sini. heheh aku dah siap tulis entri ni. Cumanya Raw Salmon dekat sushi tu aku still tak boleh telan hahaha.

Aku memang peminat makanan western dari lauk tradisional sebab aku rasa aku tak pandai sangat kalau masakan melayu, hahah ada orang lain yang lebih terer.

So aku nak share satu resepi baru salmon yang best aku dapat dari cousin aku.

Akhirnya bila cukup barang baru sempat buat resepi BugBerry Berry Pan fried salmon garlic sauce, tapi ni pun ada derhaka jugak sebab tukar pea sprouts .

Mmg sempoi 👍

.. iman mkn sampai menjilat jari. Senang sangat masaknya janji barang ada semua jadi. Hehe pi lah intai fb cousin i tu sebab selain pandai masak mcm2 jugak aktiviti dia sampai tak tau mana dia cari masa. Nih resepi dari cousin i yang tak lokek tu. Nanti cakap thank u kat dia naaa

Bahan-bahan Pan fried Salmon

Fried salmon garlic sauce
  1. Salmon
  2. Gula
  3. Garam
  4. Blackpepper Olive oil/oil
  5. Bahan untuk Creamy Garlic Sauce
    • Garlic – 5 ulas (cincang halus)
    • Cooking Cream/Thick Cream 1 kotak
  6. Lemon 1 1/2 biji ikut pada tahap masam masing2
  7. Baby spinach (optional)
  8. Parsley

Cara memasak

Total Time: 30 minutes

Persediaan untuk prep salmon

Korang perlukan Salmon, garam, black pepper dan olive oil. lumurkan dan rata kesemua bahan tersebut okay.

Kemudian pindahkan salmon tersebut atas pan fried atau kuali leper

Masak atas pan grill sampai warna bertukar orange dan garingsalmon3

Meanwhile standby untuk buat sos creamy garlic ni pulak okay

Bahan di perlukan, Creamy garlic sauce Olive oil +garlic tumis sehingga garing

Masukkan cooking cream

Dah sebati bersedia nak masukkan bahan-bahan lain pula

masukkan sedikit air,Perahan lemon (1/2 biji),

Garam & Gula

Haa jangan lupa pulak nak masuk nih .

Biarkan selama few mins sehingga nampak pekat

Bersedia untuk masukkan sayur pula

masukkan baby spinach tapi aku pakai pea sprout tu.

Penambah rasa dan rupa

hirisan lemon dipotong bulat

Biarkan Ia masak dan blend semua rasa tu.

masak few min dan tutup api

Tiba masa untuk gabungkan salmon dan sauce tersebut

Masukkan salmon ke dalam pan bersama Creamy Garlic Sauce

Daun parsley

tabur hirisan daun parsley, lebih sedap english parsley tau

Side dish

Untuk grilled veggies (optional), Boleh grill bersama salmon tadi.

Wajib cuba Resepi Pan fried salmon garlic sauce

Tolonglah cuba Resepi Pan fried salmon garlic sauce ini, serius sedap macam korang makan dekat restoran mahal. Asyik makanan melayu sahaja kan, apa kata korang try makanan orang putih pulak hehehe.

3 Comments

  1. Ray June 15, 2021
  2. huda June 19, 2021
  3. Mama Reen June 21, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!