Aktifkan I Akaun Kwsp di Kiosk kwsp dan Bank terpilih

Nak Aktifkan I Akaun? Nak keluar dan monitor duit EPF? Sebenarnya Semudah ABC sahaja. Tidak semestinya kita perlu pergi ke pejabat KWSP. Pergilah kemana-mana tempat yang menawarkan Kioks KWSP. Bila dah i akaun dengan mudah boleh buat semakan pengeluaran kwsp nanti,

Jadinya sangat mudah. Terdapat 2 tempat untuk anda jumpa perkhidmatan kiosk KWSP

  • Pertama,di pejabat kwsp diseluruh negara, terdapat 69 kiosk KWSP yang disenaraikan
  • Kedua, pihak Ketiga Kiosks. Pihak ketiga disini bermaksud kiosk yang diletakkan  di bank-bank tempatan, stesen-stesen dan pusat masyarakat. Terdapat  786 kiosk yang diletakkan di seluruh negara.

EPF merupakan simpanan hari tua kita dan juga sumber untuk kita yang terdesak. Pastikan kita tahu mengimbangi di antara keperluan dan pengurusan kewangan sebaiknya.

Aktifkan I Akaun

Jika ahli KWSP yang ingin mohon i-Sinar, tetapi tiada dokumen sokongan, sila rujuk cara mohon i-Sinar 

Urusan yang boleh dilakukan di Kiosk KWSP

Berikut adalah senarai urusan yang boleh dilakukan di Kiosk :

  • Aktivasi TAC
  • Pendaftaran Ahli
  • Cetak Penyata
  • Pendaftaran i-Akaun

Rujuk cara pengeluaran duit KWSP akaun 1 (i-SINAR KWSP) bermula bulan Disember 2020?

Aktifkan I Akaun

Apakah I-Akaun ?

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Semakan Kelayakan Daftar dan Aktifkan I Akaun KWSP

Berikut adalah syarat kelayakan untuk daftar i-Akaun KWSP :

  • Ahli -Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
  • Majikan-Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah
Aktifkan I Akaun

Cara daftar & Aktifkan I Akaun kwsp di Kiosk

Berikut dikongsikan adalah maklumat dan tatacara tentang pendaftaran i-Akaun KWSP di Kiosk termasuk memaparkan langkah-langkah :

LANGKAH 1
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • masukkan nombor telefon terkini (aktif) dan cap jari anda.
  • Tunggu dalam 10 saat akan keluarkan kertas. Akan dipaparkan nombor ID anda beserta dengan sms password yang dihantar oleh KWSP.
LANGKAH 2
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan cap jari.
  • Sila pilih pada butang ‘Check Penyata’. Akan keluarkan kertas dengan sekali penyata akaun pertama dan akaun kedua. Sekali baki keseluruhan.
LANGKAH 3
  • Sila install i-Akaun Mobile
  • Masukkan nombor ID serta password.
  • Masukkan lagi sekali nombor ID tadi dan masukkan password baharu. Anda boleh buat pilihan sama ada key in password baru atau guna ‘fingers print‘. Terdapat pelbagai cara untuk mendaftar sebagai ahli KWSP.
  • Semak/Kemaskini Profil
  • Menjadi Ahli

Cara Mendaftar Ahli Kwsp

Sebelum itu, terlebih dahulu perlulah mendafatr sebagai pencarum. Terdapat beberapa cara untuk mendaftar sebagai ahli kwsp, berikut adalah

  • Automatik
  • Kaunter
  • i-Akaun Majikan
  • Kiosk
Cara daftar di Kiosk KWSP
  • Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk  dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.
  • Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

Waktu Operasi Kiosk Kwsp

Ahad – Khamis: 8.30AM – 4.30PM
Isnin – Jumaat: 8.30AM – 4.30PM

*Bergantung kepada jadual cuti negeri.

MAKLUMAN & PERINGATAN PENTING KWSP

Setiap nombor ahli KWSP adalah unik. Nombor ahli ini adalah juga nombor akaun KWSP anda yang akan digunakan dalam setiap urusan KWSP anda, termasuk bayaran caruman dan pengeluaran.

Oleh itu, ia amatlah penting bagi memaklumkan nombor keahlian anda kepada majikan baru bagi memastikan bayaran caruman dapat dikreditkan secara berterusan dan tepat ke dalam akaun KWSP anda.

2 Comments

  1. Aisya Ismail December 17, 2020
  2. Gowri malar a.p subramaniam August 6, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!