Dr Beau serum natural skin oil khas untuk kulit

Dr Beau Serum | Aku dan masalah jeragat berpisah tiada. Kali ni aku buat rawatan pico laser sebanyak 4 kali dan dalam masa yang sama aku serentak ambik serum Dr Beau. Banyak aku nak ceritakan pasal usaha dan rawatan aku ni. Tapi kali ni aku nak cerita mengenai Dr Beau Serum ini dulu. Yang pico laser tu nanti aku cerita kemudian yer .

Produk ini juga dikenali sebagai Dr. Beau Pure Natural Skin Oil dirumus khas dari sumber Vitamin E ekstak dari bahan herba semulajadi. Maknanya tiada bahan sintetik ataupun kimia tiruan dalam serum ni. Jadi… Memang terbaik lah untuk kita menggunakannya tanpa rasa was-was

drbeau1

Sebelum tu korang kena faham kenapa aku dan beberapa orang perempuan ada masalah jeragat or melasma ni? Struggle tau nak cuba settlekan masalah ni. Baca lah entri aku sebelum-sebelum ni, hahah memang tak habis lah aku cerita.

Yang pasti kesalahan pertama disebabkan dari zaman muda aku tak pakai sun block, dan kulit aku pula sejenis combination. Kulit aku tak berminyak sebab itulah aku tidak ada masalah jerawat. Tapi kesan untuk orang kulit kering pula kalau tidak dijaga akan menyebabkan masalah jeragat.

Jadi disini lah peranan serum Dr. Beau ini. aghhh…. i really need this! I really nak dissolve terus jeragat dan melasma di muka aku tu.

Dr Beau Serum

Khasiat Dr. Beau Pure Natural Skin Oils

Selain Vitamin E yang mampu merawat kulit, terdapat 6 lagi jenis minyak yang dirumus dalam  Dr Beau Serum Pure Natural Skin Oil ni. Setiap datu minyak mempunyai fungsi yang tersendiri untuk merawat kulit.

JENIS MINYAKFUNGSI
Rosehip Oil melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
Argan Oil mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
Almond Oilmerawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
Apricot Kernel Oil pelembap untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
Wheat Germ Oil salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral
Evening Primrose Oilmengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Memang aku tak boleh nafikan yang Dr. Beau Pure Natural Skin Oil ni sangat hebat dari segi kandungannya yang semulajadi. Banyak betul kesan penggunaannya, dari melembabkan kulit, mengawal minyak pada kulit, mengawal jerawat hinggalah kepada melewatkan kesan penuaan.

Dr Beau Serum

Ada juga yang mengatakan ia mampu merawat parut akibat melecur dan masalah lebam di bawah mata. Bukan kaleng-kaleng ni! So, pada sesiapa yang ada masalah kulit atau yang menitikberatkan penjagaan kulit, korang patut cuba produk ni.

Cara nak pakai Dr Beau Serum

Produk ni senang nak dibawa ke mana-mana dan tak remeh sebab ia bukan dalam bentuk cecair. Walaupun isinya adalah serum berminyak tapi disalut di dalam kapsul gel yang lebut. Jadi, korang tak perlu risau kalau tertumpah dan melekit pada bag atau pakaian.

Dr. Beau Pure Natural Skin Oil elok dipakai pada wak tu pagi dan malam. Cara menggunakannya senang je.

  • Bersihkan kulit muka
  • Teteskan Dr. Beau Pure Natural Skin Oil pada talapak tangan
  • Gosok dan ratakan pada tapak tangan
  • Usapkan ke seluruh atau sebagian kulit muka hingga batas leher

Korang janganlah risau kalau produk di sesuai hanya untuk jenis kulit-kulit tertentu. Kulit kita ni bermacam-macam jenis. Ada  kulit kering, kulit sensitive dan ada yang kulit berminyak pulak.

So, jangan risau.

Bahan-bahan dari Dr. Beau Pure Natural Skin Oil ni sesuai untuk digunakan untuk semua jenis kulit. Dr. Beau Pure Natural Skin Oil juga selamat digunakan kerana ia telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Surprisingly, aku ingat muka aku akan stay berminyak, tapi bila aku dah usapkan seluruh muka dia macam serap masuk ke dalam kulit. Macam hilang.. ajaib betul aku rasa.

Kulit rasa lembut, dan lembab and wangi sahaja lepas tu terus tidor hahaha

Info Lanjut

Untuk yang nak order atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi link kat bawah ini:

5 Comments

  1. Shamiera Osment December 23, 2020
  2. mrspip December 23, 2020
  3. Yaya Azura December 24, 2020
  4. MARZUKI BIN ZAINUDDIN December 25, 2020
  5. SitiYangMenaip December 25, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!