hurmm.. macam mana aku nak mulakan yer. Bercampur baur ni nak cerita. Tapi biarlah aku cerita dahulu pengalaman aku buat Rawatan PRP Dr Chong Clinic
Table Of Content
Tapi Sebelum tu korang tau tak PRP ini apa? Haa korang kena faham betul betul sebelum buat sebarang kesimpulan.
Apakah PRP Treatment
Sedikit basic info untuk korang. PRP tu adalah dari singkatan Platelet Rich Plasma. Pertama, darah diambil dari tubuh pesakit dengan cara yang sama seperti dengan ujian darah, diletakkan di mesin dan ianya akan mengasingkan sel darah, platelet dan serum.
Kemudian disuntikkan semula ke kawasan tubuh yang memerlukan rawatan. Kenapa darah ?, sebab darah kita sendiri atau Platelet memang berupaya memperbaiki diri.
Ia boleh meransangkan faktor pertumbuhan, merangsang sel kulit untuk menghasilkan tisu baru, selain meningkatkan warna kulit serta kadar pengeluaran kolagen.
Jadi dari segi bidang aestetik ni membantu kulit tumbuh semula dengan sihat, kelihatan lebih cerah dan gebu.
kalau lebih Advance korang pernah dengar STEM CELL?, Kita banyak exposure yang pasal Stem cell kan.. haaa itu teknologi yang lebih advanced dan lebih bagus. Normally untuk rawatan sakit yang lebih hebat contoh kanser.
Rawatan PRP Dr Chong Clinic Sangat meyakinkan
Berbeza dengan beauty center yang lain di Klinik Dr. Chong kita akan diberi konsultansi oleh Doktor yang bertauliah. Kira memang sedap hati lah kan.
Selepas aku tahu pasal Lengtines ni, maka aku berusaha mencari maklumat ini dengan lebih detail. Untuk pengetahuan korang aku pun dalam masa yang sama tengah buat Pico laser di tempat lain. Mana mana tempat yang offer harga menarik memang aku kejar.
Pening aaa masalah “lengtines‘ aku ni. hahahah maklumlah faktor umur, bila tengok muka dah kedut jadi paniklah sat.
Yerlah kata orang itu adalah salah satu tanda age spot, tapi kita cubalah kan. Kang aku kerepot sangat kang laki lari pulak. Tapi bukan untuk laki sahaja untuk kepuasan sendiri. Itulah masa muda tak reti reti nak pakai Sunscreen.
Aku juga pernah buat rawatan untuk liang pori
Cuma
Mati mati yang aku tahu and dengar pasal treatment yang tak dibenarkan itu adalah Vampire treatment macam kardashian buat tu., alaa yang berdarah- berdarah penuh muka tu.
Sebelum treatment aku memang tanya doktor terlebih dahulu macam itukah treatment nya. Doktor kata bukan hahaha.. so aku pun confidentlah untuk teruskan treatment ini. Iyer laa tak buat mana nak tahu yer dak.!
Adeh.. dah lepas buat baru aku tahu rupanya sama, cuma kardashain buat yang version ekstrim. Tapi memang yang aku buat PRP ini tidak berdarah lansung.
To be fair untuk Klinik Dr chong bab sensitiviti agama ini memang lah mereka tidak tahu Sedangkan Aku sendiri pun tahu Rawatan PRP Klinik Dr.Chong
Sebab aku takut jadi kontroversi pulak. Tapi sebelum korang melenting. komen and terkejut hahahah biar aku cakap aku pun baru tau PRP treatment ni sebenarnya tidak dibenarkan untuk orang Islam.
Anggaplah entri aku ini untuk educate apa yang Klinik Dr Chong boleh offer dan apa yang kita orang Islam tak boleh buat . PRP ini ada juga untuk rawatan lain. Haa pastikan korang baca sampai habis
Lepas ni aku buat rawatan lain pulak yer
Yang benarnya, aku ni yang eager nak cari treatment untuk masalah melasma aku yang setepek dekat muka ini . Tapi Dr Leong di klinik ni diagnosed aku punya adalah lengtines. hahah first time aku dengar ayat ni. selepas ini dia suruh aku cari cream untuk whitening di bahagian tersebut
Yang aku tau freckles, pigmentation, melasma dan butterfly melasma.
Kelebihan PRP
Rawatan ini bukan sekadar trend atau popular; ia mempunyai faedah penjagaan kulit dan lain-lain. Selain merangsang badan untuk tumbuh sel baru yang sihat dan menggalakkan penyembuhan, suntikan PRP juga membantu:
- Memberi keremajaan wajah dan kulit
- Menggalakkan pemulihan rambut
- Meremajakan mata yang letih
- Meningkatkan kelembutan, kecerahan dan warna kulit
- Merawat kawasan yang lembut dan sukar dirawat
- Jenis kosmetik semula jadi yang boleh disuntik
- Hasil tahan lama
- Meningkatkan kelantangan wajah
Pengalaman dan proses Rawatan PRP Dr Chong Clinic
Pengalaman aku sendiri, alhamdulillah aku boleh tahan. Tidaklah sakit. cuma masa amik darah tu ada sikit seriau hahaha banyak tu. Selepas tu darah kita di proses kita kenalah rehat dulu. Sama sahaja macam untuk orang derma darah tapi yang ini hanya 20ml.
Kemudian mereka akan proses darah kita dengan mesin khas. kita akan dibawa ke bilik khas untuk diletakkan cream yang akan kebaskan muka kita. Lepas tu dibalut dengan Plastik. Dah jadi macam mumia
Kemudian Doktor masuk untuk memulakan proses Injection. Satu muka di cucuk. Skala sakit heheh dalam 3 dari 10. Bearable la. Macam gigit semut tapi di kawasan nipis memang terasa nyilu sedikit
Harga berbeza, korang rajin rajinlah follow IG dia orang. Selalunya bermula dengan harga RM500 tetapi pernah juga harga bawah RM500.00
Kesan selepas Rawatan PRP Dr Chong Clinic
- Muka memang terasa Glow
- Kulis terasa moist,
- Sedikit lebam di bahagian tertentu.
- Tiada parut
PRP juga bagus untuk rawatan lain
Walaupun ianya di haramkan untuk tujuan kosmetik sebenarnya ada sesuatu yang menarik aku faham mengenai PRP ini. Disebabkan ia adalah proses mengambil darah yang ‘baik’ dan ‘cantik’ itu.
Rawatan PRP Klinik Dr.Chong ini juga sangat bagus untuk Knee pain dan juga Osteoarthritis., (boleh refer web ni ) untuk pertumbuhan Rambut. Selain itu di luar negara juga ramai yang buat rawatan untuk Vaginal dan Penis Enlargement hehehehe. Sis cerita jer kelebihan teknologi moden ni.
Info lanjut Rawatan PRP Klinik Dr.Chong
Terdapat beberapa cawangan klinik Dr Chong.
korang boleh call and set appointment. haa. .nah aku tulis siap siap dekat sini. Selepas ni aku dah plan nak buat treatment lain pulak.
- Dr Chong Clinic (Kepong)
- 03-6179 3157 / 018-473 8818 (call & whatsapp)37G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur
- Dr Chong Clinic HQ (Kepong)
- 03-6179 3157 / 018-473 881837G, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur
- Dr Chong Clinic
- (TTDI)03-77336002 / 011-2728818814 & 16, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
- Dr Chong Clinic (Shah Alam)
- 03-5524 3083 / 018-471 0988F-G-33, Jalan Ikthisas 14/1, Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
- Dr Chong Clinic (Johor Bahru)
- 07-559 6110 / 011-5636 611049, Jalan NB2 2/2, Taman Nusa Bestari 2, 79150 Iskandar Puteri, Johor Bahru
uish seriau tgok jarun cucuk kat muka. ciktom pun xtahu plk PRP ni xboleh dalan Islam..kawan2 ciktom pun ada bt treatment ni.
Takpe sebab tak tahu kan.. tapi seriau tengok jarum tu hiks.
lepas ni kena study betul2 kan sebelum buat treatment..
alaaa, makin muda remaja kalah saya camni kaakkk
hahahahahah….. kita takde habdbag kecik dah… kasi chance laa…
Kalau bab cucuk2 ni memng seramla nak buat.. Nasib sis bgtau haram. Sebb tak tau takpela dh terbuat kan.
Tak pernah buat treatment muka kat klinik, tak berapa berani. Nak pulak bab cucuk jarum tu! 😅😅
Cucuk2 ni takut lah.. Belum kuat nak buat.
ok lah, now dah tahu PRP x dibenarkan, so bolehlah elakkan treatment ni.
boleh cuba treatment lain pula.