10 Tips untuk nampak kekal muda walau diusia tua

Siapa tidak takut tua kan tetapi masanya tetap akan tiba. Lari lah kemana pun. Masa akan berjalan dan tiap tahun umur kita tetap berganjak. Jadi untuk itu , kena ketahui 10 tips nampak muda. Bak kata orang putih kita kena embrace and aging gracefully

Cuma kita janganlah tua sebelum waktu. Kadang-kadang hanya memerlukan beberapa teknik dan tips untuk memastikan kita tidaklah nampak terlampau tua walaupun memang kita berumur gitu hahaha.

Walaupun kita berumur 40 and cukuplah kita nampak muda angka umur 30 tahun, Agak mustahil untuk kelihatan seperti belasan tahun. haha jangan aim high sangat, tapi mana tahu kan. Mungkin ada yang memang lakukannya.

Cuma janganlah kita yang masih berumur 40an tetapi seperti orang yang berumur 60an pulak. uih … sis memang risau bab ni dah lah lagi 4 tahun nak masuk umur 50 huhuhu

So here goes

10 tips nampak muda

Perkongsian tips ini berdasarkan pemerhatian, pembacaan, perbualan dengan pakar-pakar make up artis, doktor dan juga pakar kesihatan yang aku jumpa selama berblogging. Jadi terpanggil untuk kongsikan dengan korang semua. Mana yang elok amalkanlah.

1. Penjagaan Mata

  • Dalam banyak part yang kena jaga dari segi pernampilan adalah bahagian mata.
  • Bahagian paling sensitif adalah dibawah mata. Kedutan akan mula terserlah di bahagian bawah , dan di tepi mata
  • Inilah nasihat yang MUA nasihatkan pada aku dalam satu sessi beauty produk
  • Sebab tu kalau kita letak concealer di bahagian mata, otamatik kita akan nampak lain.
  • Jadi dapatkan eye cream atau eye gel, untuk korang amalkan.
  • Yang penting kena amalkan dari muda okay sebab Inilah benda pertama yang orang nampak dan lihat pada kita
  • Setiap kali aku pergi facial treatment, beautician selalu nasihat tidorlah sebelum pukul 11 kalau nak elak dark circle.
10 tips nampak muda
Photo by Amanda Dalbjörn on Unsplash

2. Penjagaan Kulit

  • Beza orang tua dengan orang muda mestilah tahap ‘kekenduran kulit‘ atau ‘glowingnya‘ muka kita.
  • Ada masa kita nampak orang muda pun boleh nampak tua, dan orang tua pulak nampak muda
  • Pokoknya adalah penjagaan kulit, tidak kira lah umur berapa.
  • Penjagaan kulit muka di kawasan muka dan badan berbeza. Muka lebih manja dan perlu extra perhatian
  • Pastikan sentiasa extra cuci untuk muka selepas penggunaan make up.
  • Yang penting sunblock jangan tinggal. Pigmentasi akan aktif dibawah kulit kita nanti.
  • To be frank inilah info yang aku tidak tahu sewaktu zaman muda. Ingat pergi laut sahaja untuk apply sunblock hahaha. so sekarang aku struggle untuk fight with Melasma setepek di muka tu.
  • Mask perlu di ulang pakai selang 2/3 hari untuk hydrate kan muka.

3. Perut

  • Samada orang muda dan orang tua, satu lagi benda penting yang korang kena jaga cuba jaga ialah perut.
  • Elakkan kelihatan boroi atau seperti orang mengandung.
  • Tidak kira untuk orang lelaki atau perempuan
  • Untuk orang yang banyak anak mungkin menghadapi masalah untuk menjaga perut.
  • Tapi ini tidak boleh dijadikan alasan lah kan, sebab ramai sahaja yang berjaya kurus.
  • Pokoknya penjagaan perut adalah pengambilan makan secara sederhana dan senaman yang bersesuaian dan berterusan untuk menjaga perut

4. Penggunaan Make up yang sederhana

  • Setuju atau tidak sekiranya penggunaan makeup yang berlebihan untuk orang berumur ni juga boleh membuatkan muka kita nampak lebih tua
  • Seeloknya make up yang natural dan fresh
  • Kurangkan penggunaan warna warna garang jika ke pejabat, mungkin boleh lebih vibrant untuk majlis tertentu sekali sekali.
  • Untuk orang yang agak berumur tidak perlu make up mengalahkan artis
  • Make up yang natural dan fresh lebih baik
10 tips nampak muda
Photo by freestocks on Unsplash

5. Gigi

  • Salah satu aspek yang aku rasa sangat penting adalah bahagian GIGI.
  • Sebaiknya gigi dijaga dengan baik dari muda.
  • Jangan biarkan gigi yang telah dicabut kosong begitu sahaja.
  • Buatlah bridge, crowning atau pun gigi palsu.
  • Kegagalan untuk mengganti gigi yang telah dicabut secepat mungkin akan membuatkan gigi kita bertambah jarang.
  • Selain dari itu kita akan nampak lebih cengkung sekiranya gigi berkurangan.

6. Jangan terlampau kurus

  • Kenyataan ini sesuai untuk orang yang berumur 40an ke atas and jangalah terlampau kurus walaupun semua orang inginkan badan yang slim dan kurus
  • Tapi setengah orang lupa dengan faktor kekenyalan kulit dan badan kita akan membuatkan kita kelihatan ‘sagging’.
  • Kes ini terutama yang kurus mengejut seperti diet crash dan juga potongan usus.
  • Yang pasti sekiranya tidak pergi ke Gym untuk pembinaan otot semula pasti akan kelihatan lebih tua.

7. Pemilihan warna baju

  • Panjang lebar aku cerita dalam entri sebelum ini aku dah kupaskan kepentingan pemilihan warna.
  • Basically, untuk yang berumur ini jangan terikut dengan orang muda kerana ia akan kelihatan lebih akward.
  • Ingat, Kita bukan artis!!
  • Seeloknya pilih warna yang sweet dan pastel untuk kelihatan lebih tenang

8. Jangan Stress

  • Yakinlah, jika aku bilang punca segala penyakit adalah stress
  • Kita akan sentiasa berada dalam negative vibe sekiranya sentiasa stress.
  • Seeloknya perlu tahu membahagikan antara kerja dan keluarga
  • Badan dan riak wajah kita memang senang berubah mengikut tahap stress badan kita
  • dalam umur 40an, aku memilih kerja yang kurang beri tekanan tapi aku enjoy untuk melalukkanya setiap hari.
  • aku selalu divert tekanan dengan berblogging, travel dan deko rumah

9. Senaman

  • Walau bagaimana kita kawal makanan dan berjaya kurus, senaman jangan tinggal.
  • Senaman akan membantu kita untuk terus ada stamina dan lebih bermaya
  • Senaman juga salah satu cara untuk kita membuang toksik, dan supaya anggota badan akan lebih kuat
  • Namun, aku lihat beberapa kawan lelaki aku yang terlampau aktif cycling dek panahan matahari kulit mereka bukan sahaja terbakar tetapi nampak lebih tua.
  • Maklumlah orang lelaki bukan kesah bab ini kan.
  • Maksudnya perlu tahu had senaman yang bersesuain dengan kehendak kita
  • yer ini lah antara 10 tips nampak muda untuk aspek senaman.
10 tips nampak muda
Photo by i yunmai on Unsplash

10.Kawal Pemakanan

  • Semakin berumur semakin kena kawal pemakanan.
  • Makan berlebihan pasti akan membawa penyakit kepada kita.
  • Lebih malang kalau kita akan jadi obes pula.
  • Bermulalah dari sekarang dengang pengurangan makanan suku suku separuh.
  • Lebihkan sayuran dan buahan, pasti kulit kita akan lebih glowing.
  • Memang tough bab ni, huhuhu tapi ini memang terbukti. Makan vitamin C takkan sama dengan natural source.

Sebenarnya ada banyak tips yang aku boleh kongsikan, buat masa ini kita cuba hadam dan praktikan ini terlebih dahulu. okay tak 10 tips nampak muda ni. kalau nak lebih details boleh refer di https://www.townandcountrymag.com/style/beauty-products/g19410418/how-to-look-younger/

Ingat living in happy life semua positif vibe pun akan hadir dalam hidup kita.

20 Comments

  1. Ruby September 22, 2020
  2. Julia Mahir September 22, 2020
  3. messarah September 22, 2020
  4. Tiara Sapphire September 22, 2020
  5. ATIE ZIEYA September 22, 2020
  6. diana September 22, 2020
    • azni September 22, 2020
  7. Zaza September 22, 2020
  8. Muhammad Naim Abdullah September 22, 2020
  9. farhana jafri September 22, 2020
    • azni September 22, 2020
  10. bae Roslan September 22, 2020
  11. Kitkat Nelfei September 23, 2020
  12. Sis Lin September 23, 2020
  13. Marina September 23, 2020
  14. Rane Chin September 23, 2020
  15. ayu rafikah September 23, 2020
  16. Mohd Zarin September 23, 2020
  17. Izaramli September 26, 2020
  18. Tengku Sofia October 2, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!